Rupanya Laskar Pelangi sudah lama siap di layar-perakkan. Dalam aku termanggu menanti 'saat' itu tiba... aku tetiba gatal tangan mengetuk abjad L-A-S-K-A-R-P-E-L-A-N-G-I di papan kekunci di komputer riba ku. Pencarian enjin Google terus memaparkan; Laskar Pelangi The Movie.
Anda masih ingatkan novel Laskar Pelangi, Andrea Hirata? Aku pernah membuat entri mengenai novel ini setahun yang dulu..
Bagi yang terlepas entri itu.. Ceritanya adalah mengenai sepuluh orang penuntut miskin dan dua orang guru yang berjiwa tegar di sebuah Pulau Belitong yang kaya hasil buminya, tapi bukan penduduknya. Ceritanya menekankan bahawa kemiskinan itu bukan penghalang untuk anak-anak miskin itu turun kesekolah dan memburu mimpi indah hingga ke menara gading.
Nak tahu cerita sepenuhnya... klik klip video di bawah ini.. Ceriterannya begitu mengujakan. Aku paling suka bab Ikal jatuh cinta pada kuku A Ling itu. Apa yang ditulis Andrea perasaan Ikal waktu itu benar-benar berjaya difilemkan. Lucu banget
Yang istimewanya filem itu di lakunkan oleh anak-anak Pulau Belitung itu sendiri.. Juga lokasinya pun di Pulau Belitong itu juga. Sebuah pulau yang amat cantik sekali.
Saksikanlah sendiri...
~Sekapur Sirih
Salam semua, kabare? Kita sudah didalam bulan Zulkaedah. Rasanya baru semalam aku menjejaki bumi Haram Makkah. Kini musim Haji datang lagi. Mendengar teman-teman yang akan menjadi tetamuNYA... hati terlonjak bahagia. Alhamdulillah akhirnya mereka dijemputNYA jua. Pergilah teman dengan lapang dada. Ikhlaskan hati pasti DIA menerima mu sebagai tetamuNYA yang teristimewa.
Salam Aidilfitri semua. Tak terasa waktu begitu cepat berlalu. Dan kita sudahpun di penghujung Syawal 1430H. Sudah lama aku meninggalkan blog ini. Jua meninggalkan aktiviti Gayah Enterprise yang meributkan.
Meniti hari-hari yang sepi ini rupanya adalah saat yang paling indah dan membahagiakan. Rupanya kesakitan yang dianugerahkanNYA itu adalah satu hadiah yang tidak ternilaikan. Hanya mata hati yang bisa merasakannya.
Tika sungkai(berbuka puasa), dimeja makan, tiba-tiba Lutfan dengan matanya yang nakal bertanya, "Babu, puasa?".
Aku menjawab dengan sepontan, "Puasaaaa...".
Mata Lutfan tidak berpuas hati dengan jawabanku. Jari lunaknya terus mengair-ngair nasi didalam pinggannya, dikumpal-kumpal lalu disuapkan kedalam mulutnya. Sekejap-sekejap matanya melirik ku lagi dengan hujung matanya, menyelidikku dari sisi. Mungkin.
Aku buat dergg aja. Aku terus mencarik isi ayam panggang dan mencelup kedalam cicah air asam cili api. Belum ayam panggang masuk kedalam kerongkong ku Lutfan bersuara lagi, "Babu kemasjid karang?"
Aku menjawab sepontan, lagi. "Inda..".
Mulut Lutfan terus terbuka luas dengan matanya yang berkilau nakal. "Ha haah.. gotcha.. babu tipu.. babu inda puasa.."
Ayam panggang yang baru saja hendak ku telan terus tersangkut.
~Sekapur sirih~ Alhamdulillah, hari ini kita sudah masuk minggu yang ketiga di bulan Ramadan yang penuh berkah ini.
Dan Alhamdulillah jua.. AJK Masjid RIPAS Rimba sudah belajar dari 'sejarah' semalam. Kami jemaah Nisaa sudah dapat bernafas lega. Ruangan solat sudah luas dan selesa. Dan kami tidak lagi huru-hara memburu waktu untuk solat Isyak dan berterawih kemasjid diluar jajahan. Syukran Jazilan
Ku mengharapkan Ramadhan Kali ini penuh makna Agar dapat kulalui Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah Setahun sudah pun berlalu Masa yang pantas berlalu Hingga tak terasa ku berada Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan Sebagaimana yang diperintahNya Moga dapat ku lenturkan Nafsu yang selalu membelenggu diri Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja Tuhan pimpinlah daku yang lemah Mengharungi segalanya dengan sabar Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah... Dengan rahmatMu oh Tuhanku... Ku tempuh jua
Kau sinaran bulan Menyerikan bitang-bintang Kaulah fajar yang menerbitkan pagi
Kau sirami embun Menyegarkan pepohonan Kau bukakan tabir siang untuk
Kau berikan mama Kasih sayang maha suci Betapa agungnya Tiada ternilaikan Oh mama, oh mamaku Tiada cinta yang suci Setulus cintamu
Ku suntingkan mama Sekuntum mawar putih Sebagai lambang kesucian cintaku
Lirik : Sharifah Aini
~Sekapur Sirih~
Hari ini tanggal 2hb Julai 2009, bermakna bonda telah lima tahun
bersemadi di SANA. Tetiba malam ini rasa sedih, rindu menyelubungi
diri. Wajah bonda datang lagi di bingkai-bingkai potret memori.
Ceritera duka itu tergambar kembali di layar mata.
Memori di pagi jumaat, 2hb Julai 2004, di wad ICU Ripas, tiada bicara,
mata terkatup, hanya debur nafas yang semakin lemah. Akhirnya bonda
pergi jua dengan aman.
Ya Tuhan... moga KAU mengampunkannya dan merahmatinya. Al-Fatihahbuat bonda
Selama empat hari di Madinah aku tidak menghubungi anak-anak, saudara-mara mahu pun teman-teman di Brunei. Hanya bang Mat saja yang tiap hari membuat 'laporan selari' lewat HPnya. Aku cuma mendengar apa yang bang Mat bicarakan dari jauh. Kebetulan pada hari itu selesai usai makan malam, Ryn mendapat sms dari adik ku Reyma, yang mengatakan, Leyn dapat 'kuligata' sebesar peta dunia diseluruh badannya dan telahpun dibawa kehospital untuk meredakan sakitnya. Hatiku berdetak. Subhanallah. Allahuakbar. Mulut ku celupar sangat. Astaghfirullah
Sehari sebelum kejadian Leyn mendapat 'kuligata' itu, sedang kami mencari 'tasbih 1000' pesanan dari seseorang di Berunai, yang aku sendiri lupa siapa, aku ternampak kemenyan berketul-ketul dan pelbagai jenis herba perubatan dijual di kedai dekat-dekat masjid Nabawi itu. Aku terlonjak gembira dan ingin membeli seketul dua kemenyan tersebut. Bang Mat menahan ku. Tapi aku membebel pulak dan merungut yang anak-anak dirumah selalu saja terkena penyakit gatal-gatal yang tidak tahu datangnya dari mana(kata satu ustaz, penyakit gatal-gatal itu dari air kencing 'Jun', dan katanya lagi untuk mengubati penyakit itu, kena cari anak-anak yang lahir diluar nikah dan bla.. bla.. bla.. Wallahuwalam).Subhanallah, Maha besar Tuhan, yang mengatur segala kejadian di muka bumi ini.
Pada satu malam selesai usai solat Isyak seorang guard masjid mengangkat papan tanda bertulis 'MELAYU' tidak jauh dari tempat kami duduk. Aku dan Ryn tiba-tiba teringin sangat nak masuk lagi ke Rawdah. Kami pun terus menunggu dan menyertai kumpulan melayu Indon.
Alhamdulillah dengan izinNYA hampir pukul sebelas malam kami berjaya masuk ke Rawdah untuk kedua-kalinya. Kawasan yang dibukakan kepada kami malam itu pun lebih besar dari kunjungan pertama. Di tepi pintu masuk, di sebelah kiri, seorang wanita sedang membaca Al-Quraan. Aku baru dapat melihat dengan jelas sebuah rak yang tinggi dari lantai kesiling, dibangunkan sebagai dinding untuk menutup makam Rasulullah dan kawasan bagunan asal masjid Nabi dari pandangan mata luar. Wallahuwalam. Dan Al-quraan tersusun rapi di dalam rak-rak tersebut.
Akibat suasana yang sesak dan padat aku terpisah lagi dengan Ryn. Aku teruskan saja solat sunat dan solat hajat. Selesai memberi salam, aku toleh kiri-kanan, nampak sedikit kelonggaran. Guard-guard masjid pun tidak 'segarang' waktu siang. Maka aku angkat lagi takbir, solat taubat. Alhamdulillah, aku sempurna memanjatkan doa untuk anak-anak, famili dan jua sahabat-sahabat yang telah menitip pesan. Di luar, aku terus ke rak kasut. Allahuakbar, semua rak bersih. Takpe lah, aku terus mengatur langkah untuk balik kehotel.
Di mulut pintu masjid, aku terkaku. Subahanallah. mataku jatuh pada selonggok besar kasut-kasut yang dikumpulkan pembersih di tepi tangga sebelah kanan ku. Oh rupanya kasut-kasut yang hilang itu bukan diambil jemaah, tetapi dikeluarkan oleh pembersih masjid. Alhamdulillah, untuk kali keduanya kasut 'kambing biri-biri' ku terselamat lagi(lupa bagi tahu yang aku tidak memakai kasut 'kambing biri-biri' saat pertamakali aku kehilangan kasut selepas lawatan Rawdah). Kebetulan aku memakai sandal sport bang Mat yang ringan itu. Kesian bang Mat, dua kali sandalnya jadi mangsa ku Dari jauh, nampak kelibat Ryn berjalan 'inggut-inggut' menghampiri ku. Rupanya Ryn pun menerima nasib yang serupa. Kami terus menggali kasut-kasut yang mahu dibuang itu. Kalau-kalau masih ada rezki kami. Tapi hampa. Kami pulang dengan tangan kosong.
Esoknya, solat Subuh, kami terlewat sedikit, jadi kami cuma dapat sof betul-betul di sebelah rak-rak kasut yang di letakkan di tepi dinding. Kuasa Tuhan yang menentukan segalanya. Usai solat, Ryn menahan ku. "Jom, kita cari kasut". Lalu kami pun menarik rak-rak yang penuh dengan kasut itu keluar sedikit, cukup-cukup untuk badan kami masuk. Beberapa minit mencari, Ryn menjerit halus, sebelah kasutnya telah ditemuinya. Aku yang berada selang sebuah dari rak Ryn, pun jua sama. Tapi aku lebih bernasib baik, sandal bang Mat, ku temui berpasangan.
~Sekapur Sirih~ Cuti sekolah sudah dipenghujungnya, dan cutiku jua turut berakhir hari khamis ini. Aku pulun dengan projek Gayah Enterprise. Kakak pulun dengan kelas tambahan. Abang, Lutfan dan Leyinah, 'guring-limpang', 'mengayam-karan' aja dirumah. Kesiannnnnn.
Barakahnya Madinah memang terbukti jelas dan nyata. Kami sendiri dapat menikmati akan kebarakahan tanah haram itu. Seperti yang telah diriwayatkan oleh Muslim di dalam kitab Minuman, Kelebihan Bantu Membantu Di Dalam Makanan Yang Sedikit, hadith no.179-181, yang menyatakan lebih kurang begini; Jabir bin Abdullah r.anhuma berkata:
Aku telah mendengar Rasullah s.a.w. bersabda;
"Makanan seorang mencukupi dua orang dan makanan dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang."
Dari awal-awal lagi sebelum berangkat, aku sudah mengisi bagasi ku dengan plastik tali 'tapau'. Aku teringat cerita arwah bonda, sewaktu dia mengerjakan haji beberapa tahun yang lalu, setiap kali dia turun kemasjid, pasti arwah tidak lupa membawa plastik tali 'tapau' yang berisi makanan untuk disedekahkan pada jemaah-jemaah yang berada di kaki lima masjid. Cerita ini juga disahkan oleh teman arwah yang bersama-sama arwah menunaikan Haji pada masa itu. Aku terkedu. Didalam hati, aku berazam ingin seperti arwah. Lalu, dua hari sebelum berangkat, aku penuhkan sebiji bagasi ku dengan biskut-biskut kering seperti chipsmore dan crackers pelbagai perisa. Gula-gula untuk sakit tekak juga ku bawa, melebihi keperluan sendiri(teringat akan cerita Profesor Muhd Kamil Ibrahim dalam bukunya berjudul Travelog HAJI).
Alhamdulillah, bila sampai di Madinah apa yang arwah bonda katakan itu benar-benar belaka. Makanan yang disediakan pihak muasasah terlalu 'juntrah'. Sepanjang kami berada disana, tidak pernah sekali pun kami tidak kebahagian makanan. Padahal kami selalu saja jadi jemaah yang terakhir untuk mengambil makanan, baik sarapan pagi, tengahari mahupun malam. Namun makanan disajikan masih melimpah ruah hingga kami masih lagi dapat membawa lebihan makanan-makanan itu masuk kekamar. Makanan-makanan itu kemudiannya kami bungkus dalam plastik tali tapau dan kami berikan kepada jemaah-jemaah yang kami rasa lebih memerlukan. Minum petang pula, selalu saja kami lupakan, kerna kami lebih memburu waktu solat Maghrib dan Isyak. Takut sangat-sangat tersadai di kaki-lima atau di mulut pintu masjid lagi.
Semasa berada di Madinah, kami berkesempatan melawat ekspo kurma yang kebetulan hapening di situ. Ini semua gara-gara adinda-adinda ku yang 'terhyper-active'. Tak tahu pulak, darimana mereka dapat info ekspo kurma tersebut. Lokasi Ekspo itu tidaklah jauh dari hotel kami, cuma selang beberapa blok saja dibelakang penginapan kami. Maka tidak hairanlah jika muka kami yang beracuankan melayu ini sahaja yang datang menyibuk di Ekspo yang majoritinya orang arab dan bangsa asing dari Timur Tengah.
Di depan pintu masuk Ekspo terbesar Kurma Madinah
Ekspo itu bukan saja mempamerkan kurma, malahan sejarah kurma juga turut di 'ristakan' kembali. Begitu juga kraftangan dari kurma, pun jua diperlihatkan. Hasil kraftangannya ini bukan saja dari buahnya, bahkan dari pokok, pelepah dan daunnya sekali. Sungguh unik dan berseni.
Makanan asasi orang arab jua turut sama dipamerkan disitu. Aku tertarik pada hidangan yang dipertunjukkan itu. Disamping roti, disitu juga ada madu, kurma dan halwa. Cuba perhatikan di dalam foto dibawah ini.
Aku terpaku sekejap melihat pada sebuah gerai kurma yang menjual produk butiknya yang berjenama Dallah. Gerai itu lengkap membawa bersama fountain caramel fonduenya, untuk tetamu merasai produk kurma yang mereka keluarkan. Memang sungguh sedap kurma-kurma yang dicelupkan kedalaam fondue yang pelbagai perisa, seperti mentega kacang, coklat dan juga caramel yang ditambah sedikit herba.
Dan pokok kurma yang dikanan itu adalah hasil dari buah-buah kurma yang di reka bergitu rupa sekali, hingga aku tidak perasan pada mulanya yang pohon itu sebenarnya adalah buah-buah kurma yang 'dianyam' begitu halus dan artistik.
Dan pagi itu kami pulang dengan beberapa kilo kurma Ajwa dan Ambar serta perut yang kenyang setelah membalun kurma percuma.
Memang tidak dapat disangkalkan lagi bahawasanya Madinah adalah sebuah kota yang penduduknya hidup aman damai, tiada sebarang penyakit yang berjangkit, tanahnya adalah ubat penawar, hasil buah-buahannya subur dan segar. Lihat saja pada tamar Ajwa dan Ambarnya, begitu segar dan manis serta mengenyangkan.
Sabda Rasullah s.a.w - 'Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan tamarNYA sebagai pelindung dan perisai dari racun dan sihir. Jika kita makan tujuh biji tamar-tamar itu sekaligus diwaktu pagi maka dengan izinNYA tiadalah kita terkena racun ataupun sihir pada hari itu'
Ekspo Kurma di Madinah
~Sekapur Sirih~
Saat dunia sedang gempar dengan virus khinjir yang dikenali dengan nama virus H1N1, aku sedang mengaitkan kekejaman Israel menodai tanah dan rakyat Palestine dan juga Jalur Gazza. Mungkinkah bala dari Tuhan atas kekajaman kafir musyirikin, membunuh tanpa rasa belas kasihan, maka wabak ini diturunkan untuk peringatan kita..
Aku terbaca dalam surah Al Israa' yang bermaksud;
"Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakkan dibumi(Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.
Maka apabila sampai masa janji(membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua(kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamuhamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu) dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.
Ayat 4-5 Surah Al-Israa
Cuba kita renungkan sekejap, bukankah khinjir itu mahluk Allah. Dan khinjir itu adalah mahluk yang memang sudah di katakan dengan terang dan nyata dalam Kalam Tuhan, bahawasanya mahluk itu haram di sentuh apalagi di makan.
Dan dalam dua tiga hari ini, di perjalan pulang kerumah, aku berkesempatan mendengar ceramah mufti dari corong radio, di gelombang 93.3FM, yang menyatakan lebih kurang begini, "Allah mengharamkan khinjir ini atas 1001 keburukan yang ada pada diri khinjir itu sendiri. Barangsiapa yang memakannyaa dikhuatiri akan mengikut sifat dan buruk perangainya yang pemalas, pengotor, suka mengawan, tidak punya rasa cemburu bila anak-isterinya dikacau jantan lain malahan dia sendiri akan menyoggokan hak-miliknya(anak-isteri) kepada khinjir(jantan) yang lain. Nau'zubillaahiminasyaitanirazim. Moga kita dilindungi dari hasutan syaitan yang direjam.
Dan berbalik paada ayat Israa' diatas;sekarang dunia tengah kalut akan keganasan virus khinjir yang membawa maut itu akan merebak keseluruh dunia. Bukankah didalam ayat itu ada menyebutkan "Kami datangkan kepada kamuhamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu)".
Subhanallah maha agung Tuhan yang menciptakan mahluk yang ada di langit dan dibumi. Yang mengatur perjalanan bulan dan matahari. Memasukan Siang yang terang benderang ke suasana malam yang gelap gulita.
Fikir-fikirkan lah. Astaghafirullah...
p/s foto-foto diaatas dipinjam dari galeri saudara sepusat-sepusingku. Di sini
Salam hari ibu untuk semua pengunjung wanita yang menziarahi ku disini. Tidak terasa hari ibu 2009 sudah datang menjengahku. Rasanya baru saja semalam bang Mat mengirimkan sejambak bunga hari ibu 2008nya.
Petang tadi aku menjemput pulang si Jentayuku di kelas Tadika Tiga Unggu nya. Dia berlari, lalu menghulurkan kartu merah jambu, seraya mencium pipi kanan-kiri dan pundak ku. Adusss... Hatiku tiba-tiba cair melihat hasil lakarannya. Lihatlah sendiri dibawah...
Barusan
Babu: Sedang membuat homework (terpaksa bawa pulang kerja opis kerumah). Jentayu: Babu
liat sini. Leynah kan lukis babu. Teranah aaah . Sambil tangan kecilnya
meluruskan posisi muka Babunya kedepan menghadapnya.
~Sekapur Sirih~ Terlalu banyak cerita yang ingin ku kongsikan disini. Tapi bila ingin mengetuk papan kekunci PC ini... Perbendaharaan-kata ku tiba-tiba terkunci. Alfa-alfa itu semakin kabur dan berterbangan, tidak bisa ku susun untuk membangunkan sebuah cerita... hatta sepotong ayat pun..
Salam semua. Saya sudah kehilangan tenaga saat ini. Projek Gayah Enterprise yang tak putus-putus menyita seluruh masa senggangku. Hatta my quality timepun turut terkorban. Aku betul-betul rindu untuk guling-guling di hujung minggu bersama-sama keluarga dan buku-buku ku. Aku sudah tidak punya cukup waktu, bermula dari kunjungan ziarah Ulat Buku ke bandar Berunai pada 28hb februari yang lalu, hinggalah hari ahad lepas.
Ampun, aku tidak dapat bersama-sama menjemput di Lapangan Terbang Antarabangsa seperti plan awal. Nasib baik saudara sepusat sepusingku Reyma dari Kota Minyak sana, datang menghantarkan-dirinya untuk menggantikan tempatku. Terimakasih seluas langit biru dinda.
Hari ini, aku baru dapat mengangkat muka, mencatat sesuatu untuk berkongsi rasa bersama kaum kerabat Ulat Buku dan geng da Seven Crownies disini. Kunjungan Makcik Raja dan anak buahnya memang dinanti-nanti sejak dua tahun lalu. Kita yang merancang tapi DIA yang menentukan.
Akhirnya semua plan induk kakmOn jadi haru-biru, tidak boleh dipakai. Sedihkan??? Psssst PinkJambu... memang tiada ada yang seronok pun.
Kepada kelapan-lapan geng Ulat Buku, disini aku mengambil kesempatan mengucapkan terimakasih atas kunjungan da-bom kalian. Begitu jua buah-tangan yang dibawa begitu super-duper nyaman. Masih terasa-rasa rangup dan sedapnya kerepek kentang goreng berlada. Tidak kurang jua kuih goyang yang ringan itu. Sehingga ayahnda yang tidak memasang mutiaranya pun boleh mengunyah kuih goyang itu dengan begitu nikmat sekali.
Dan sate Kajang itu jugak. Rasa macam tak cukup pulak. Jeling Makcik Raja dengan muka tak malu, nak lagi banyak. Nak cerita sikit. Em! kakmOn n kompeni, nyaris-nyaris membalun semua bahagian Klavu. Adik dengan seronoknya menghebahkan didalam peti es Kingston itu masih ada dua bungkusan sate yang tertinggal. KakmOn betul-betul terlupa. Rupanya...
Pada Wabbit dan Rnysa, terimakasih atas ingatan yang manis itu. Juga pada semua tetamu kakmOn; Makcik Raja, Em, Jid, KNoor, Notie, Nacha, Nawwir dan Wan atas semua buah-tangan itu. Tak tahu bila nak membalasnya. Moga DIA memberiku kelonggaran masa. Ameen...
~Sekapur Sirih~
Setelah selamat kelapan-lapan geng UB meninggalkan bumi yang damai ini, esok paginya aku baru dapat membuka beg Doraemon yang Jid angkut itu. Didalamnya penuh dengan guling-tangan kakmOn. Hati bagai digaru-garu ingin test-drive. Memang mengecurkan. Terimakasih sebanyak bulu kambing Shaun da sheep, Jid. I lap U. Mmmmmuah. Lihatlah foto-foto terakhir kek kakmOn hasil dari beg Doraemon JID.
Si Adik sudah kembang hidung. Melihat hadiah Bude'nya itu. Tanpa menunggu sesaat, baju itu terus aja disarungkan kebadannya. Pas amat. Pandainya Bude' mengukur badan si adik.
Si Jentayuku berlebih-lebih lagi. Matanya bulat berkilau-kilau, melihat pen kaler berperisa buah-buahan itu. Terimakasihnya pada Bude' tidak putus-putus. Sehingga aku dikerahnya untuk menghubungi Bude saat itu juga untuk menyampaikan rasa terimakasih yang tak terhingga.
Yang lebih parah dalam seminggu itu... setiap hari dia menulis surat untuk Bude'nya, dengan menulis sepotong sepotong ayat-ayat cinta yang telah di 'carbon copy'nya. Jika ku kumpulkan, sudah melebihi sepuluh pucuk surat cinta Bude' dalam simpanan ku.
Di bibirnya masih terucap terimakasihnya. Di hatinya melekat wajah Bude'nya yang tak sempat disalaminya itu. Sesalnya tak sudah-sudah. Siang-malam dia dok menyalahkan kakmOn tak membawanya bersama waktu menghantar Bude'nya pulang. Pandainya Bude' mencuri hati si Jentayu ku.
Brunei tanah air kita
Warisan berkurun lamanya
Budaya Melayu teras bangsa
Islam cara hidup kita
Kita purih pancir mulia
Tabah gagah berhemah tinggi
Bermaruah dan berperibadi
Bersopan sedar harga diri
Masa depan penuh cabaran
Kita ungkayahkan dengan iman
Dengan ilmu bakti setia
Ikhlas amanah kerana Allah
Bangunkan kemakmuran
pelihara keamanan
Teguhkan kedaulatan
Tegakkan keadilan
Junjunglah kebenaran
Hidupkan kerohanian
Ajaran Allah kita turutkan
Tegak bersatu mendukung negara
Brunei sejahtera bumi tercinta
Taat setia rakyat bahagia
Di bawah naungan Sultan kita
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Anak pemagat dibawa lari,
Dibawa oleh anak Benggali;
Mari tuan duduk kemari,
Makan sirih bersama kami
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kalau nak tahu apa cerita hari ni..
klik waktu tempatan
~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pohon besar empat pemeluk
Hendak ditebang berdiri duduk
Kalau tidak panjang penjuluk
Manakan dapat bunga yang elok
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~