Memang Pontianak Harum Sundal Malam tu membawa padah pada kami anak beranak. Anak-anak dan aku demam silih berganti. Adih.... Aku tak pernah demam seteruk ini. Empat hari empat malam demam panas tak kebah-kebah. Betapa seksanya bila diserang demam tanpa room mate disisi.
Yang aku ingat hari itu. Kepala ku berdenyut-denyut dan sakit sangat. Tak dapat diangkat langsung.Tekak ku perit. Telinga ku sakit. Mata ku terasa amat berat untuk dibuka. Cuma terdengar suara adik sayup-sayup risau mengatakan kepala ku begitu panas sekali. Dan aku juga merasa tangannya yang sejuk meramas pundak ku. Aku tak berapa pasti bila masa dia memasukan thermometer dibawah ketiak ku. Yang aku dengar jeritannya menyebut angka 41. Sambil menginggut-inggut badan ku menyuruh aku bangun pergi kehospital mintak cuti. Lepas itu aku tidur lagi, langsung tidak mempedulikan apa yang dirungutkannya.
Tahu-tahu bila aku terjaga ada tuala lembap tersadai diatas pundak ku. Kaki ku dibaluti stoking tebal. Ku lihat jam didinding menunjukan jarum pendek diangka 2 dan jarum panjang diangka 4. Aku tersentak, wah aku dah lambat untuk pergi kerja. Ku cuba mengintai cahaya diluar dari celah-celah langsir tebal yang tergantung dibilik tidur ku. Ternyata waktu itu 2:20 pagi. Bukannya petang seperti telahan ku. Sudah lama rupanya aku ketiduran. Yang aku ingat, aku ke bilik air pukol lapan, pagi sebelumnya. Bila terasa pening dan dingin mencengkam hingga ketulang som-som ku, aku mengambil panadol dan naik kekatil sambil menarik comforter dan terus tidur lagi.
Bila ku buka mata, adoi kesiannya anak ku. Leynah tidur pulas dikatilnya. Adik tidur sambil memeluk tubuh ku. Bila aku cuba bangun dia cepat tersedar pulak. Dengan risaunya bertanya mahu kemana aku. Ke hospital kah??? Haha kelakarnya subuh-subuh buta ini dengan keadaan yang terhuyung hayang, mana sanggup aku membawa kereta keluar dari rumah. Entah-entah belum sampai turun kebawah, aku sudah tergolek dianak tangga rumah. Aku kembali tidur bersama adik disisi.
Esok paginya bila aku terjaga, satu perkara yang datang dalam kepala ku ialah my urgent documnet yang belum ku hantar lagi pada HRD. Datelinenya memang pagi itu. Aku cuba gagahi jua bangkit dari katil ku. Pandangan ku berpinar-pinar. Kamar tidur ku seolah-olah berputar seperti kipas angin speed 1. Ku cuba duduk dan bawa bertenang seketika. Tekak ku terasa kering dan perit. Hidung ku sebu dan susah hendak bernafas. Seperti ada sesuatu benda yang menghadang rongga pernafasan ku. Ku cuba menelan air liur ku. Tiba-tiba ada sesuatu bendalir yg melekat diatas lidah ku. Ku cuba jolok-jolokan lidah ku kelangit-langit. Aku terkejut. Terasa langit-langit ku mengelembong dan seakan-akan sarat dengan cecair.Tak patut. Akal waras ku menidakkan deria rasa lidah ku. Biasanya langit-langit itu melengkong keatas. Tapi kali ini menggelembong kebawah pulak. Bak atap khemah yang mengumpulkan air bila hujan turun, mengakibatkan atap kanvas itu turun memberoyot kebawah. Itulah yang dapat ku gambarkan disini. Aku panik seketika. Kenapa dengan langit-langit dalam mulut ku????. Aku menghembuskan nafas ku keluar dari hidung. kalau-kalau bendalir itu boleh diluahkan dari sana. Tapi hidung ku seolah-olah tersumbat. Aku kaku beberapa detik. Otak ku ligat memikirkan keganjilan langit-langit ku itu. Tak pernah aku mengaliminya sepanjang hidup ku.
Jam sudah menunjukan 6:15pagi. Aku pun bangun melangkah menuju kebilik air. Aku terkejut sekali lagi bila melihat wajah ku dicermin. Wajah yang pucat dengan rambut yang kusut. Aku mengalami dihidarasi. Bibir ku putih. Mata ku luroi. Saling tak tumpah macam perempuan yang mengilai itu. Hish.. seramnya. Aku cepat-cepat menyuci muka ku. Bila aku cuba membuka mulut untuk menyuci gigi. Ya Allah seksanya Tuhan saja yang tahu.

Perlahan-lahan ku cuba buka mulut luas-luas untuk melihat sendiri apa kena dengan langit-langit ku tadi. Tapi malang, mulut ku terlalu sakit untuk itu. Lalu aku cuma jelirkan lidah ku keluar. Wow! I got a geographical tongue(bak kata bekas Doktor Lutfi dulu). Lidah ku yang pecah-pecah itu terasa pedih bila ku berus. Selepas itu aku mandi dengan air hangat. Baru terasa segar semula.
Siap aku menyarungkan baju, terasa udara dingin mencengkam tubuh ku yang lemah itu. Aku menahan kesejukan dengan mengetap rapat gigi ku. Akibatnya gigi ku pulak yang terketar-ketar mengeluarkan bunyi efek itik nila menyudu air diparit. Aku terus mengambil baju jaket tebal ku dan menyarungkannya. Dengan badan yang terasa lemah dan terketar-ketar aku turun kebawah. Pembantu ku meneggur ku, sama ada aku kuat untuk pergi kerja pagi itu. Aku hanya mengiakan dengan sorotan mata ku. Pembantu ku menghulurkan secawan milo panas. Aku menolak mintak air putih. Setelah menelan 2 biji panadol, aku pun terus memandu pergi ketempat kerja ku dengan keadaan kepala yang berat dan tubuh yang menggiggil.
Dalam perjalanan, akal jahat ku datang lagi mengabui akal waras ku. Betapa kesiannya aku, ada suami tapi macam tak punya. Ku keluarkan HP ku dari dalam tas. Terdapat 5 missed call terpapar diskrin HP ku itu. Bila ku semak tidak ada satu pun tersenarai nombor hubby. Huhhhhh aku mendengus. Lepas tu ku belek lagi Message Folder. Banyak SMS yang ku terima, Cuma ada 3 SMS saja dari hubby. Itu pun cuma menyuruh aku menelfon dia. Tidak ada satu perkataan bertanyakan keadaan ku dan anak-anak. Aku mendengus sekali lagi. Takkan sebok sangat kut tak sempat-sempat nak telfon anak bini dirumah. Aku merungut-rungut lagi dalam hati.
Sampai dikantor pukol 7:05pagi. Belum ada siapa-siapa yang datang. Aku terus menuju meja kerja ku mengambil dokumen yang diminta HRD hari khamis lepas. Ku kumpulkan semuanya. Alhamdulillah belum sampai 10minit sampailah salah seorang teman ku. Aku terus mengunjukan dokumen ku dan minta bantuannya untuk membuat salinan dan menghantarkan kepada HRD kami. Aku hanya memberitahu teman ku itu yang aku tidak sehat dan mahu pergi kehospital seawal pagi itu jugak. Tekad ku cuma satu. Aku nak dapatkan MC.
Aku sudah sampai dipendaftaran Klinik Kesihatan seawall 7:40pagi. Tapi kad pesakit lain sudah tebal dalam kotak penaruhan kad. 15minit berlalu baru nama aku dipanggil dan diberi no.16. Aku mendengus lagi. 35minit kemudian nama ku dipanggil lagi oleh jururawat untuk memeriksa keadaan panas, tekanan darah dan berat badan. Aku terkejut kucing, aku kehilangan 3Kg. Ek! biar betul. Walaupun baru empat hari yang lepas selera ku berkurang tidak menjamah nasi takan sampai 3kg hilang. Mungkin timbangan klinik ni rosak kut. Selepas itu jururawat menyuruh ku duduk kembali, sementara nama ku dipanggil semula untuk bertemu doktor. Huh berapa lama lagi harus ku tunggu.
Pukol 8:55 baru nama ku dipanggil untuk masuk kedalam berjumpa doktor. Nasib doktor itu anak jati, Melayu Bonai. Wajah yang manis menyapa ku dengan penuh ramah. Hilang rasa lenguh menunggu lebih dari sejam tadi. Dia terus memeriksa mulut ku walau pun aku terpaksa membuka mulut dengan rasa seksa yang teramat. Dia menyuloh dengan lampu picitnya. Dia tersenyum lagi. Dia minta izin untuk membuka tudung ku dan memeriksa lehir ku dengan jari-jarinya . "Ooooh" dia hanya mengeluarkan kenyataan pendek itu. Aku faham sudah apa yang jarinya rasa. Pasti benjolan yang sebesar biji guli batu dikedua-dua belah lehir ku itu. Benjolan itu sudah ada lebih kurang 5hari. Mulanya tak lah terasa sangat. Cuma dihari aku demam teruk itu lah baru aku terasa benjolan itu semakin membesar. Dia terus menerangkan kepada ku yang tonsil ku mendapat infeksi yang teruk, mengakibatkan panas badan ku tinggi sekali. Dia pun seperti biasa memberi saranan beberapa makanan dan minuman yang hanya bolih aku makan dan yang mesti aku hindari. Penyakit ini boleh mendatangi ku berulangkali tambahnya lagi. Dan bolih juga dihindari dengan menjaga permakanan. Atau aku bolih juga membuang tonsil itu terus. Buang tonsil?? Ampun mak datok..
![[ image: Tonsil tissue examined during tests]](http://news.bbc.co.uk/olmedia/255000/images/_255585_tonsils150.jpg)
To see more image on tonsil please click here
~sekapur sireh~
Kali ni n3 aku lebih panjang dari biasanya. Cukup barangkali untuk menebus hari-hari ketiadaan ku untuk mengarut disini. Infa dan ItikQuack ini bukan bermakna akak nak lawan korang berdua. n3 sapa yang terlebih panjang atau jauh sekali untuk merampas anugerah desebencrownies yang kaorang rebut kan. Tapi hanyalah kerana tangan udah pada gatal hendak mengarut dan mengarut lagi.