BUKU I
TERISIK -
Kerap kali..
Nilai dan kepentingan sesuatu itu cuma disedari apabila ia tidak lagi dimiliki...
~~~~~~~~~~
BUKU II
DENDAM
Cinta sejati
Bukan sekadar ingin sentiasa hidup disampingnya, tetapi juga tidak boleh terus hidup tanpa kehadirannya
~~~~~~~~~~
BUKU III
TERISIK DENDAM
Lazimnya...
Pujukan dan dorongan lebih berkesan berbanding desakan dan paksaan
Abdul Rahim Awang membawakan sebuah cerita yang begitu telanjang sekali memaparkan kesah kerakusan manusia yang berhati binatang. Yang hanya mementingkan harta, kuasa dan nafsu semata. Keterbukaannya yang begitu berani ini terlalu menyentuh isu-isu yang sensitif; baik sosial, politik, budaya dan agama. Ku kira novel BARAnya ini bukan lah satu wadah untuk para remaja kita. Ia hanyalah sesuai untuk tatapan orang-orang yang benar-benar dewasa. Maksud ku dewasa disini adalah orang yang bisa melihat sesuatu perkara dari persepsi yang berbeza.
Pada bahagian awal(BUKU I) membaca BARA ini seperti aku sedang menonoton cerita Hindustan. Aku tidak dapat merasakan bahang BARA yang cuba diangkat ARA dalam ceritanya ini. Walau terdapat aksi ala Ninja disitu. ARA gagal memaparkan dendam Hayati secara total. Mungkinkah akibat adengan Hindustan(semasa dipadang rugby dan dibilik rawatan Rosli) yang menggangu rasa sensitif ku. Yang dapat ku rasakan hanyalah cerita-cerita fiksyen biasa yang selalu ku tonton difilem-filem hindustan.
Tiba di BUKU II persepsi ku mula berubah. Rentak cerita bertukar nada. ARA dengan berani cuba memaparkan kelakuan sumbang dan taktik kotor yang biasa dimainkan oleh orang-orang berpengaruh untuk tampil lebih gagah dan berkuasa dipentas dunia. Dia dengan terang-terangan menghina orang-orang pilitik, bangsawan, elite dan celebrety yang gila JAWS(judi, arak, wang dan seks).
Disini aku hanya dapat menyimpulkan yang BARA ini bukanlah satu wadah untuk mendidik anak remaja. Ianya hanyalah satu paparan ARA yang cukup berani untuk menghebahkan peri salahlaku dan kekejaman orang-orang koporat yang betul-betul kaparat. Terlalu banyak adengan-adengan 'SERAM' yang melangkau batas-batas budaya dan iman kita sebagai orang melayu-islam. Betul-betul aib dan menjijikan. Hinggakan aku sendiri tidak dapat meneruskan bacaan ku pada baris-baris yang meloyakan tekak ku.
~Sekapur sireh~
Penyakit gatal tangan ku datang lagi. Walau badan ku terasa letih tapi mata ku tidak mahu ditutup. Fikiran ku merawang jauh memikirkan rancangan taboo 'Orang Itu'.
Aduh! sanggup kah aku meninggalkan dia???
Dia yang menyara hidup ku selama 19 tahun.
Dia yang membesarkan anak-anak ku.
Dia yang menceriakan hari ku.
Dia yang menghimpit aku.
Dia yang mendidik aku.
Tegakah aku???