... sambungan Kitab coklat bulu sapi

Along bukan bermaksud Ceti yang penyangak lagi kejam itu. Yang ku maksudkan disini ialah saudara ku yang sulong disebelah... Terpaku seketika. Ehmmm sebelah.. Garu kepala yang tidak gatal. Disebelah siapa yah??? Urghhhhh Ka Basai tolong Ka Tangah huraikan macamana talian kita ngan si Along nih. Nak dikatakan yang sulong bukan jugak.. Kan Kaka Basai dah sulong???
Lupakan aje lah talian itu. Yang pasti bukan talian talipon. Talian pusat barangkali...
Back to kitab coklat bulu sapi. Sebenarnya aku tidak tahu nak mula dari mana. Terdapat empat halaman didalam Ucap Selamat Along ini. Halaman pertama selembar kertas jarang yang tercoret sebaris ayat dengan format memanjang kebawah; "selamat ulang tahun" dan dihiasi dibawahnya dengan sehelai daun pokok paku. Halaman kedua mengandungi suara hatinya yang mengusik kalbu. So sweeeeet lah Along. You really touch my heart. Halaman ketiga pula mengandungi posing maut Along. Oooopss betul ker ko nih. I luv ur twingkling eyes. Pun guna paper transparent jugak. Halaman terakhir Along guna kertas merah jambu. Halaman itu polos. Hatta satu patah perkataan pun. Tapi cukup memberi makna bahawa dia 'ALONG' si Pink Jambu yang ceria yang selalu memeriahkan rumah ku dengan twinkle twinkle little starnya. Memang sesuai dia jadi anak murid kesayangan tekdhu tu. I miss u dear...

~Sekapur Sireh~
Maaf aku terpaksa berhenti dulu seketika. Akan disambung cerita Kitab coklat bulu sapi ini kemudian nanti. Kaka Basai kitab ini terlalu tebal untuk dihabiskan dalam satu hari. Takut ada yang tertidur didepan PC. So aku terpaksa beri laluan kepada penaja utama Sinah Bisc untuk keudara menghiburkan anda yang mana sudah lama menanti kehadirannya.
Kepada tetamu yang tidak jemu menghantar email bertanyakan kelas memasak ini tunggulah tidak lama lagi akan keudara.. Dan disini ingin ku susun sepuloh jari kerna belum usai membalas email kamu semua. Masa terlalu sedikit untuk ku mencoret. Harap-harap aku tidak akan tenggelam dalam hambatan waktu yang menghimpit ini. Salam sayang buat kamu semua...