Entah gatal hati ku kan bejabir tengah hari ani. Keraja.. ehm malas ku kan cakap. Hilang satu tumbuh lagi sepuloh. Temutok ati ku kan nyiapkan keraja ku yang melonggok kan minta belaian kasih ku. Malas ku sudah kan lusir-lusir menguyong waktu. Pebaik tah ku laju belusir mengalahkan road runner, lakat jua ku ketinggalan inda cukup nafas.. ampus singap-singap ditengah jalan. Baik tah ku ambil angin dulu mangkali dapat menghilangkan virus M ku ani..
Tadi aku masuk ke CESB websitenya, terpampang promo tawaran pracetak. Diantaranya novel Matt Romeo; Anak Dara Menteri 3. Dikatakan the creator of Matt Romeo ini akan menemui peminatnya di Pesta Buku yang telah bermula kelmarin dan berakhir 2hb mei ini. Bererti dia akan menanggalkan topeng Matt Romeonya. Seperti mana penulis kegemaran ku Noor Suraya Adnan yang juga telah melepaskan topeng spidergirlnya baru-baru ini. Entah apa yang membuat aura pesta buku dinegara jiran sebelah terasa bahangnya sampai kemari.

| ISBN |
: 983-893-469-0 |
| Tahun |
: 2002 |
| Bil. Muka Surat |
: 310 |
| Harga |
: RM16.90 |
Ditenungnya aku. Aku balas tenungan itu sekali lalu. Buat pertama kali aku dapat melihat wajahnya dari dekat dan secara cukup jelas. Dalam tirai hujan itu dia kelihatan terlalu cantik. Ohhh, terus terang cakaplah, demi untuk dia sanggup tolak kereta itu sehingga ke Kampuchea…

| ISBN |
: 983-893-562-X |
| Tahun |
: 2004 |
| Bil. Muka Surat |
: 531 |
| Harga |
: RM24.90 |
Seronoknya melihat rama-rama terbang tinggi... sesekali turun menggigit jari. Sesekali hinggap di bunga berduri. Ditangkap lari. Dikejar terbang tinggi. Seronok lagi bila anak dara menteri itu akhirnya meronta-ronta manja di dalam pelukan lagi gagah macam aku ini. Bahagianya usah ditanya. Gembiranya susah hendak dicerita... yang pasti aku tidak ingin terkejar-kejar macam dulu lagi. Dia sudah diam macam kucing Siam. Dan aku sudah tidak sabar hendak berbini.

Judul: ANAK DARA MENTERI 3
Penulis: MATT ROMEO
Harga: RM 23.90
ISBN: 983-893-644-8
"Yanggg... apa yang dimenungkan tu?" Lamunanku di tingkap itu terhenti. Aku menoleh... "Sorrylah, terlambat bangun..." katanya sambil bergerak turun dari katil dan menuju ke arahku. Waktu itu sekali lagi aku terperasan betapa besarnya isteri aku. Bila dia melangkah nampak saling tak tumpah macam almari berjalan. Tidak mengapalah, biar sebesar lori pun dia tetap isteriku. "Ayang dah siapkan breakfast?" Dia meletakkan tangannya yang macam pelapik rumah itu ke pinggangku. Tidak mengapalah, biar sebesar mana pun lengan dan tangannya, dia tetap perempuan yang banyak berjasa padaku. Dialah satu-satunya manusia yang benar-benar memahamiku dan yang sentiasa bersedia melindungiku. Tanpa dia, aku mungkin bukan setakat kehilangan Tini dan Maya, tetapi juga segala-galanya termasuk harga diri sebagai seorang usahawan. "Dah, nasi lemak, mihun, roti bakar, karipap, semuanya dah ready..." jawapku."Thanks, sayang..." Dia memeluk pinggangku.
Bila membaca sinopsis novel diatas terasa gatal hati ku kan mengetahui cerita selanjutnya. Pertama kali aku mengenal Matt Romeo bila membaca novel beliau Joget Cinta Pertama. Dari muka surat pertama ku baca lenggok bahasanya mengambarkan beliau ada lah seorang penulis yang berkelibar dan antik. Ku bilang beliau antik adalah kerana aku malas nak cakap dia ini orang lama atau lebih kasar ku gelar orang tua. Maafkan aku jika terlalu lancang mengatakan mu tua!(dan aku sendiri pun juga bukan orang muda belia, tapi tidaklah juga terlalu tua. Maseh boleh dikatakan dalam kategori pertengahan dan maseh sedap mata memandang.. taklah macam cekodok sejuk hehe.. terikut gaya bahasa mu). Tapi tak apalah memang gaya bahasa itu lah menjadi trademark Matt Romeo; selamba dan tepat medefinasikan satu-satu objek yang diciptakannya, membuatkan aku kadang-kadang ketawa sendiri dan dalam waktu yang sama merasa 'bias'.
Selepas itu aku baca lagi novelnya Anak Dara Menteri, Kerana Mu Ainon dan novelnya terakhir Anak Dara Menteri 2. Pun maseh menggunakan gaya bahasa yang sama, selamba dan betul-betul meluahkan suara hati lelaki; angkuh dan tak suka mengaku kalah. Beliau begitu pintar mengadunkan emosi dan intelektual beliau dalam menghasilkan sebuah cerita yang bukan hanya untuk hiburan semata, tetapi cukup untuk memberi kita pengajaran. Message beliau sampaikan kepada kita begitu jelas sekali; ugama, sosial dan politik. Dan aku maseh terkesan dengan cerita ayahnya yang bekas ahli politik kampong sanggup menghulurkan wang derma atas nama anak lelakinya yang dibangga-banggakan dan diwar-warkan seorang tokoh perniagaan yang berjaya. Tetapi anak yang dibanggakan itu memang anak hantu. Begitu juga dia dengan lancangnya mengkritik Dato-Dato dan Tan Seri yang gila judi dan kaki perempuan.
Dan 29hb ini nanti dapat kah aku menatap wajah beliau tanpa topeng Matt Romeo. Walaupun aku sudah tahu siapa sebenarnya diri beliau.

| ISBN |
: 983-893-463-1 |
| Tahun |
: 2002 |
| Bil. Muka Surat |
: 276 |
| Harga |
: RM16.90 |
"Saya kata saya tak nak campur!" "Tolonglah..." "Saya tak mahu. Kalau orang lain mungkin saya tak kisah. Tapi kalau sepupu awak tu... eii ampun... saya tak sanggup!" "Awak mesti tolong, kalau tak..."