Ku baca lagi novel beliau yang berjodol Lorong ke Kaki Langit tanpa topeng Matt Romeo. Beliau menggunakan nama pena ADI AL-HADI(ku kira semua orang mengenali beliau dengan tulisan-tulisan Ilmiah beliau).
Walaupun tanpa topeng Matt Romeo beliau maseh tidak lepas dari 'cocoon' Matt Romeonya; gaya bahasa yang selamba, tajam dan sinis. Novelnya yang satu ini, ditulis dengan sarat dan padat mengupas kehidupan seorang wanita yang bernama Muhaini. Perjalanan hidupnya yang penuh liku, onak dan ranjau yang penuh duri. Dia adalah isteri, ibu tunggal, janda dan akhirnya diheret ke lembah yang paling hina; dunia pelacuran. Dan diakhir cerita teringat pulak filem Allah Yarham P.Ramlee; keluarga 69.
Lorong ke Kaki Langit ini menyerupai ceritanya yang terdahulu iaitu 'Kerana Mu Ainon'. Walaupun ceritanya berbeza tapi rempah ratusnya tetap sama; cinta, emosi, intelektual dan suspen. Dia menggarap ceritanya begitu teliti sekali, diadun dengan masaalah, sosial, ekonomi, budaya dan ugama menjadi sebuah cerita yang berjaya mengambil perhatian ku untuk menyudah kan ceritanya sehingga ke muka surat penamat. Walaupun diawal ceritanya amat berat dan tidak lancar tapi oleh kerana kesan suspen yang diciptakannya itu membuahkan perasaan ingin tahu ku melonjak-lonjak untuk menghabiskan mebaca novel beliau.
Dari muka surat pertama beliau mengajak kita berkerja keras memahami apa yang digambarkan. Begitu sarat dan berat untuk difahami. Diharap jangan lah anda membaca novel beliau ini dalam keadaan kepala yang berserabut. Mungkin kekusutan anda akan bertambah tiga kali lipat dengan permasalahan yang cuba dipaparkan oleh beliau dalam novel ini.
Atau kah semasa beliau menulis buku ini dia sedang dalam keadaan yang kalut dan tertekan. Entahlah aku bukanlah ahli fikir atau ahli kritik yang dapat menilai hasil tulisan seseorang. Aku hanyalah insan biasa, seorang pembaca yang hanya membaca sekadar mengisi masa senggang ku.
Posted at 09:05 am by
ninasuria
 |  |  |
REM April 27, 2005 06:17 AM PDT
Wah, analisis pada novel begitu kritikal ya! Tak sangka, Nina ini rupanya begitu 'celik sastera' dan analitik... :) |
 |

 |  |  |
ryn April 27, 2005 08:58 AM PDT
mana ku tebaca novelnya ani, i classified this book as boring and no attraction hehehe, will try to read it again, but the setback was so classic and cliche. 2-3 bab membari paning. ouch! |
 |

 |  |  |
nina suria April 27, 2005 11:55 AM PDT
rem ni perli kite eik.. otak akak ni dah lama bekarat.. so baca novel Adi Al-Hadi ni kira buat 'overhaul' sikit..
Ryn, I told u.. bila kepala tengah penuh jangan baca.. makin paning.. buat eksais minda lah |
 |

 |  |  |
nila April 27, 2005 01:43 PM PDT
wah nina, dah nak buku rumah review buku macam antubuku ke? |
 |

 |  |  |
nina suria April 27, 2005 02:16 PM PDT
tak lah kaksu.. ilmu tak tinggi mana.. kail hanya panjang sejengkal.. ni hah aura pesta buku punya fasal menceceh pulak kite dibuatnye.. |
 |

 |  |  |
nina suria April 27, 2005 02:35 PM PDT
btw Ryn.. classic?? memangpun orgnya antik, ceritanya time 'Tulang2 Berserakan' Usman Awang kut ;)
kaksu dah siap kemas eik. kite maseh lagi ni .. tapi sempat juga menceceh hehe.. penyakit gatal2 tangan kaksu ni dah menjangkit kut.. :) sayang kaksu muah... kita jumpa esok eik.. jangan nak elak hehehe |
 |