Seawal subuh aku, hubby ngan adik meredah hi-way Jerudong-Belait yang masih kelam, lenggang dan sunyi. Ku buang jauh-jauh resah ku meninggalkan Leyn yang demam manja dipangkuan pembantu. Adusss.. Klavu! hentikan seksokkan mu.
Adik perempuan ku baru saja usai solat subuh bila kaki ku melangkah masok ke 'cottagenya'(aku senang sekali memanggil rumahnya dengan nama ini). Aku dan hubby buru-buru melangsaikan tanggung jawab yang wajib kami kerjakan. Sebelum berangkat menuju tempat perhimpunan kami, adik ku menghidangkan sandwich bersama teh panas(teringat Dahlia sebentar.. bukan apa! aku selalu mengambil nescafee subuh-subuh, bukanya teh!). Perut ku masih terlalu awal untuk mencerna hidangan itu, aku hanya mencicipi asal ada saja.
Ditempat perhimpunan separuh dari team C7 sudah sedia menunggu. Sebelum jam 6:15pagi semua sudah sampai. Leader C7 mengarahkan hubby membaca doa selamat sebelum berangkat menuju ke aiport aMIRIka. Kami menggunakan perkhidmatan penerbangan FAX yang memuatkan 48orang penumpang. Perjalanan lancar hingga sampai ke MULU. Alhamdulillah perjalanan kami direstui walau mentari nampak malu-malu dicelah kepulan awan yang terpilu.
Sampai di pintu Royal Resort Mulu kami disambut mesra dengan sepasang lelaki dan perempuan berpakaian etnik Mulu. Seperti mempelai baru lepas bersanding saja layaknya. Mereka menyalami tetamu yang baru sampai. Manis, anggun dan sopan.
Selepas proses check-in selesai, kami pun dibawa bermarathon menuju ke bilik masing-masing. Ala Kassim!. Perjalanan kebilik kami lebih kurang 300-400meter dari lobi. Resort ini seakan menyerupai rumah panjang. Cuma didalamnya diberi sentuhan moden dan selesa dengan alat penghawa dingin. Rasa ku macam memasuki rumah di Kampong Ayer(di Brunei) sahaja. Bila berjalan bunyi lantai kedengaran berkeriut. Memang terasa macam balik kekampung hubby di Kuala Lawas. Sejuk, indah dan damai.
Aku mengeluarkan pakaian yang hendak dipakai untuk menjelajah gua Lang dan gua Rusa nanti. Bulat mata ku melihat tudung ku yang kemas tak berketak-ketak bila ku leraikan dari gulungannya. Terima kasih 'Mahligai Cinta' (novel terbaru Sri Diah) memberi tips yang bernas. Selama ini aku tidak tahu cara yang terbaik untuk mengelak pakaian dari berkedut didalam travel bag. Ooops! Mungkin lebih tepat beg yang ku gunakan kali ini adalah camping bag!.
Makan tengah hari kami disebuah restoran yang letaknya diseberang sungai Melinau. Dekat-dekat situ juga. Tapi terpaksa menaiki perahu untuk sampai kesana. Makanannya??? Duhhh... Rasanya macam makanan kuda(teringat pula dialog Dono Kasino dan Indro pelawak dari Seberang ini). Daging bukan kicap rusa?, ayam masak bukan lemak kunyit, sayur timun telor, sayur campur dan sop jaggung bening(rasa macam air basuh tangan aje!). Maaf jika aku lancang. Memang makanannya bukan selera ku dan hubby. Aku lebih appreciate jika dihidangkan ikan kering bersama nasi dari beras huma atau ubi rebus dengan ikan kering terubuk. Pasti menyengat.

Penerokaan ke gua Mulu pun bermula selepas makan tengah hari. Cuaca nampaknya tidak merestui perjalanan kami petang itu. Tapi kami teruskan jua melangkah. Pada jam 2:40 petang kami sampai ditaman Gunung Mulu. Setelah mendengar taklimat singkat dari guide kami yang da very da informative itu, kami pun mula meredah hutan tebal selama satu jam berjalan kaki. Perjalanan yang lebih 4km itu sangat tidak terasa bila dikelilingi oleh fauna berwarna warni yang indah lagi menawan. Cuma yang menghairankan, aku tidak nampak bayang beruk disitu. Walaupun ada dipaparkan papan tanda mengatakan mahluk itu bermastautin disitu. Mungkin mereka masih malu-malu untuk menyapa kedatangan kami kut!.


Gua Lang ini dijumpai pada tahun 1977 oleh seorang penduduk asli disana. Gua itu dinamakan bersempena namanya; Lang. Dia telah meninggal dunia baru sebulan yang lepas iaitu pada 1hb ogos 2006. Begitulah apa yang dapat ku kutip dari our best guide Andy itu.
Tiba dipintu masuk gua Lang, mata ku terpaku melihat keajaiban Tuhan. Subhanallah. Sungguh indah ciptaan MU. Tidak dapat ku ungkap dengan kata-kata. Buka gua ini tidak lah luas sangat. Jadi senanglah kami menyaksikan formasi-formasi batu kapur yang beraneka bentuk dengan jelas sekali. Tidak hairanlah gua ini digelar 'gem's cave'. Terdapat bentuk-bentuk batu yang berbagai rupa. Ada yang menyerupai langsir, rimbunan hutan tropika, sotong, 'totem poles' dan bermacam-macam formasi lagi yang didapati. Taman batu kapur didalam gua ini sangatlah rapuh. Proses pertumbuhan masih panjang lagi. Setiap perinci pertumbuhan batu kapur ini dicatatkan menjangkau beribu tahun lamanya. Sebab itu semua pelawat-pelawat disitu dilarang keras untuk menyentuh batu-batu kapur tersebut. Adik-adik kami yang nakal-nakal itu cuba mencuri peggang batu tersebut. Aku mengejutkan mereka dengan mengatakan; "If you break! It considered sold". Hahaha bergema gelak team C7 diruang gua itu. Leader C7 cepat-cepat meleraikan gelak kami yang membingitkan itu. Sebenarnya pelawat-pelawat tidak digalakkan membuat bising. Takut penghuni didalam gua ini mati sakit jantung. Bayangkan saja beruk pun tidak mahu menyambut kami. Apalagi segala jenis mahluk yang memang suka tidur pules didalam gua yang sejuk dan gebu itu.
Memasuki gua Rusa yang tidak jauh dari gua Lang itu seperti aku sedang memasuki kediaman King Kong yang hijau sejuk dan berbukit-bukit. Aku terkedu sekali lagi berada dimulut gua Rusa itu. Mulut gua itu besar luas dan tinggi dari pada gua Lang. Telah dicatakan dalam buku penjajah; gua Rusa ini adalah yang terbesar dan tercantik didunia. Memang tepat sekali apa yang dikatakan walau aku baru pertama kali menyaksikan keindahan gua ciptaan Tuhan ini.

Didalam perut gua ini banyak kejadian-kejadian ajaib yang dapat kita saksikan. Ajaib! Bukan bermaksud sakti. Tetapi mahluk-mahluk yang diciptakan Tuhan itu. Penuh berseni. Tiada tandingannya dari segala tukang kayu, tukang ukir, tukang pahat ataupun tukang ketuk didunia ini. Maha besar Tuhan yang menjadikan langit dan bumi.

Kami dibawa kedalam taman batu(Si peneroka dari bangsa penjajah itu menamakan 'Garden of Eden') yang sangat indah tak termampu untuk ku susun dengan kata-kata untuk menterjemah keindahan taman ini. Teramat cantik dari segala taman yang cantik. Aku betul-betul terpukau. Sayang sejuta kali sayang kamera yang ku bawa tidak cukup karan untuk menangkapnya. Bayangkan saja alam fantasi dinasours yang ditayangkan oleh pencipta-pencipta filem Barat. Didalam taman itu mengalir air sungai jernih yang sejuk sekali. Tidak jauh dari taman itu juga ada sebiji stalactites yang menyerupai sebatang paip mandi dan digelar 'Eden's Shower'

Diatas bumbung yang tingginya120meter ini tinggallah 3 juta askar; penjaga gua sedang nyenyak tidur. Dari bawah kita hanya nampak kelompok hitam menutupi siling gua tersebut. Di lantai gua itu pula dijaga oleh dayang-dayang yang rajin menyapu dan mengeskot kami. Hati-hati bila berjalan pasti ada yang mati terpijak.
Tepat pukol 5:10petang kami selesai meneroka gua yang dikatankan taman syurga ini. Kami balik semula kesebuah taman yang luas untuk menyaksikan persembahan terbang lalu beribu-ribu askar(penjaga gua Rusa) keluar dari mulut gua itu mengikut batallion masing-masing. Dalam aku duduk melihat kumpulan askar-askar itu keluar, dalam hati aku menghitung... Lebih dari 30batallion semuanya. Tapi jam baru menunjukan 5:50 petang. Seperti yang diceritakan oleh guide kami itu, askar-askar ini akan keluar mencari makan dari 5:30-6:30petang.
Ku pandang kelangit, kepulan awan kelabu berarak menyelubungi kawasan ini. Tidak lama selepas itu guide kami mengarahkan untuk bergerak pulang. Kerana cuaca menghalang untuk kami berlama-lama disitu. Jam bang Mat menunjukkan tepat pukol 6:00petang. Belum sampai 10minit diperjalanan pulang, hujan renyai-renyai turun. Kami bergerak sepantas yang boleh. Hujan semakin lebat mencurah. Bayangkan perjalanan untuk sampai kepintu taman masih lagi jauh. Dengan tenaga yang ada, kami berlari meredah hutan tebal dengan hujan yang lebat dengan suasana yang gelap, cuma ada cahaya lampu kecil diatas kepala kami sahaja. Aku tidak lagi mengindahkan gua yang disebelah yang tersimpan rangka-rangka manusia zaman dahulu. Mata ku hanya kedepan.
Walau hujan lebat dengan angin yang bertiup, aku terasa panas sangat. Mungkin terlalu banyak lemak yang berkumpul dibadan menyelimuti ku dari angin yang sejuk itu. Pukol 6:35petang kami sampai melepasi jambatan gantung dan terus kepintu keluar taman. Alhamdulillah van kami sudah sedia menunggu... Sampai di resort hujan masih lebat mencurah. Kami harungi lagi sekali hujan untuk sampai kebilik. Setelah sampai di anjung depan bilik kami, baru ku terasa angin sejuk yang amat sangat memeluk ku hingga ketulang sumsum . Giggil mengiggil aku... (nyanyi Nash). Adusss...
Hari kedua melawat gua Angin dan gua Air Jernih.Terlalu banyak untuk diceritakan disini. Rasanya biarlah foto-foto dibawah ini yang berbicara. Kalau nak tengok lagi! rajin-rajin lah melawat kerumah lama Nina. Mungkin disana akan Nina simpan galeri do MULU....



~Sekapur Sireh~
Tangan sudah gatal untuk mengarut lagi. Rasa nikmat yang sarat tidak dapat dibendung lagi untuk ku kongsi bersama sedara sepusat sepusing sepupu sepapat dan kengkawan maya semua detik indah bercuti di pergunungan MULU. Sebenarnya ini bukanlah 'animong' seperti yang dibayangkan. Rasa peggal kaki berjalan, berlari, melompat, mendaki dengan beban beg sandang dibelakang masih dirasakan. Maklumlah badan saiz peti ais dua pintu ini melembapkan perjalanan. Tapi segala jerih payah itu terbayar dengan rasa nikmat bukan kepalang. Menikmati ciptaan Tuhan yang tidak pernah terlintas dikepala ku. Meminum air jernih dari pergunungan mengalir tenang kedalam gua yang mencatat sejarah ini adalah sesuatu pengalaman yang tidak dapat ku lupakan. Orang asli disini mengatakan jika siapa meminum air didalam air gua Air Jernih ini, badannya akan sehat segar dan mukanya akan kelihatan muda dari usianya. Betulkah begitu???Promo.. promo.. promo.. Air gua itu ada dijual digerai kak Mon, sementara stok masih ada, sila hubungi talian 9999 sambungan 280 ahak. Tapi yang pasti airjernih itu menghimpunkan berpuloh mineral didalamnya. Nyaman dan dingin sekali.


~Tambahan baru~
Ini adalah perkampungan orang Punan di Batu Bungan diulu Sungai Melinau. Disinilah satu-satunya gerai yang sempat kami singgahi untuk membeli ole-ole Mulu balik ke Brunei.
Kalau tidak silap Andy(our guide) ada menyebutkan satu movie yang ada dipasaran berjudul 'Love DIctionary' mengisahkan percintaan seorang peneroka yang datang ke MULU lalu jatuh cinta dengan seorang gadis Punan di Batu Bungan ini. Sounds fascinating... Aku kena geledah kedai AV lah nampaknya nih!
Satu lagi cerita yang aku baru tahu. Orang Punan ni terkenal dengan ilmu ghaib kata si Klavu... Bang Mat turut mengesahkan info ini. Dimana ilmu itu dinamakan selembar daun. Mereka bisa bersembunyi HANYA dibalik selembar daun. PERCAYAkah???? Rupanya bapa saudara bang Mat yang tinggal diulu Lawas itu pernah menuntut ilmu tersebut dan mempraktikkannya untuk menahan diri dari keganasan orang JEPON... Wallahuwa'lam Bisawam..


