
Semenjak cuti sekolah bermula beberapa minggu yang lalu anak-anak cuma diam dirumah. Maka aktiviti enjin papak(kunyah) anak-anak menjadi-jadi. Bangun pagi ruah(selongkar) tindulang(tudung dulang). Ruah kutin(balang kaleng).. Ruah esbok(peti ais).. Bila stok sudah habis, Si abang mula beraksi dengan sendok dan kuali. Si kakak pula sedia ngan piring dan sudu. Si adek tetap dengan telatah nakalnya mengatil(menyakat) kakak ngan Si kecil Leynah. Lalu hari-hari ku penuh dengan hilai tawa dan tangis manja. Kadang disulami jerit pekik tarzan betina. Begitulah meriahnya mahligai cinta ku.
Petang itu ruang basah-karing(ruang famili) ku sunyi sepi. Hairan. Kemana anak-anak pergi? Almari TV pun bakabat(bertutup) rapi. Aku melepaskan lelah di 'couch' ku yang sudah lusuh. Lalu terus terlelap disitu seketika. Si kecil ku mengejutkan aku dengan ciuman manjanya sambil merengek nak mintak 'candy'. Begitulah dia..
Malam mula merangkak. Si adek masih belum menyapa.. Hairan lagi. Kata Si pembantu dia masih tidur. Hah! Tidur? Memang jarang sekali dia ketiduran dari petang sampai kemalam. Naluri ku berkata sesuatu..
Si kakak turun dengan senyum bermakna.. Aku cuma memerhati gelagatnya dari sisi. Tangan ku masih sibuk membelek House & Garden majalah kegilaan ku. Si kakak tidak sabar dengan keadaan ku yang sambil lewa itu. Lalu dengan bangganya menghebahkan TV 29" SONY yang sudah berusia 17tahun itu PECAH
Hah ADEK! Abdul Wahubbbbbbbbbbbbbbbb…
~sekapur Sireh~
Dalam seminggu itu dada ku berdebar-debar. Atas mata kanan ku selang beberapa jam bergerak-gerak. Hati ku berdetik. Ya Tuhan… Berita apa lagi yang hendak Kau kirimkan. Atau petanda apa yang ingin Kau sampaikan. Cukuplah sudah cobaan yang telah kau anugerahkan. Jangan Kau ulangi lagi. Sesungguhnya hamba Mu ini tidak cukup kuat untuk menanai dugaan kecil Mu yang maha berat itu.
Dan selama seminggu itu aku mengulit malam yang amat panjang. Menanti sesuatu yang aku sendiri tidak pasti. Aku berteleku. Berdoa. Lindungilah aku dan keluarga ku. Sesungguhnya Engkaulah yang maha pengasih dan penyayang. Akhirnya debaran itu terhenti. Resah itu pun berlalu pergi. Bila mata ku jatuh keatas satu baris ayat yang mencatat nama anak sulong ku dengan tanda 'P' dengan 4mata A2 dan 4mata B1. Alhamdulillah Ya Rabbi. Diatas sejadah ku menghadap Mu dengan sujud syukur. Menitis juga air mata ku. Semoga kau anak ku akan membawa cahaya yang gemilang.