
Al kisah datanglah satu tetamu yang tidak pernah diundang ke villa Norjabariah. Tapi tetamu ni memang spesis tak tahu malu. Dah lah menumpang, buruk perangai pulak tuh. Anak dara sunti rumah tu pun sampai mati diperkosanya. Nasib budak tu mati. Kalau tak??? pasti tahun ni kita menyaksikan keaiban yang dilakukan si binatang durjana itu. Dasyat kan?? Kaorang nak tahu binatang tuh???? Memang pun dia binatang. Ambok. Iaitu monyet. Dan anak dara sunti tu pulak adalah anak meow yang baru berumur 2-3 bulan. Kedengarannya agak lucu kannn??? Tapi kaorang janganlah gelak. Ini kajadian. Benar-benar kejadian. Bukan cobaan.
Nak pendekkan cerita, selepas kejadian ngeri tuh, ambok gila tuh pun di bela seorang lelaki Siam(pekerja buruh bangunan yang bekerja didepan villa tersebut). Mula hari tu barulah aman dunia. Tidak ada lagi yang menggangu isi rumah villa Norjabariah. Lepas lah balak.
Tiba-tiba dia muncul kembali setelah projek bangunan didepan villa itu siap dibena. Ala Kassimmmmmmmm. Dah macam-macam usaha untuk menangkap ambok itu tapi tidak berjaya. Dipanggilkan rescue 999 pun tak dapat buat hape. Sampai masok jerat pokcik Klavu pon dia boleh melepaskan diri. Memang pintar ambok tuh.
Dipendekkan lagi cerita. Setelah tidak tahan akan tabiat perosak nya itu... Pada satu hari pembantu villa itu pun memasukan dua biji pil actifed didalam minuman tin kacang soya lalu dihulurkankan pada ambok gila itu. Dia dengan rakus mengosongkan minuman tin itu sekali nafas. Sejam kemudian dia mula membuat exercise mulut badak ternganga. Huwaaaaaaargh sana. Huwaaaaargh sini. Mulutnya dimuncungkan dengan menghembuskan nafas mengantuknya.
Satu dua tiga... Dia panjat lagi pokok nangka. Huwaaargh satu.
Empat lima enam... Dia makan buah mempelam. Huwaaaaaaargh dua.
Tujuh lapan sembilan. Dia tak makan saman. Huwaaaaaaaaargh tiga
Namun matanya tak jugak pejam. Eeeeee kebalnye ambok nih.
Esoknya pembantu Villa itu tambah lagi satu dos. Tiga biji pil actifed dicampur dengan minuman tin kacang soya lagi.. Sejam berlalu dia masih seronok memanjat pokok dikeliling villa itu. Tiba-tiba dia panjat pula jandela dapor.
Satu dua tiga. Dretttttttttttttt.... Dia melungsur jatuh.
Dia cuba panjat lagi. Empat lima enam. Dretttttttttttttt... Melungsur lagi kebawah.
Dia panjat lagi. Tujuh lapan sembilan. Trengggg.. Dia jatuh pengsan. Yehaaaaaa.
Dengan kudrat yang ada si pembantu villa itu pun minta bantuan jiran sebelah untuk memasokkan ambok gila itu kedalam bekas guni beras yang siap dibuat lobang pas-pas untuk mengeluarkan kepala ambok itu.. Bila diangkat guni itu kepalanya melentok keluar dengan matanya yang berat amat. Kesian... Dia tidak berkutik pun bila nyawanya sudah diatas bumbungan. Itulah kau monyet. Kan kita dah cakap.. Jangan monyet.. Jangan.. Tapi kau degil jugak.. Tetiba ingat pulak dialog kartoon monyet makan cili satu waktu dulu di TV Mesia.
~Sekapur Sireh~
Ini entri pertama ku ditahun 2007. Sebenarnya banyak yang hendak dicoret disini. Tapiii... Ala kakmOn toksah lah cakap alasan basi tuh... Semua orang punya masa yang sama kan?? Dua-puloh-empat-jam sehari. Dah lah dah.. Buang kes.
Kalau nak cerita peti ais dua pintu silalah berkunjung dirumah sebelah..Rumah ni sudah tiada tempat untuk meletakkan apa-apa juadah pun. Cuma tinggal ruang anjung untuk berbalas pantun je.. Kalau nak letak meja da-vinci atau pinggan mikasa alamat kena letak atas bumbung lah gamaknya. Atau kakmOn kena cantas besi buruk yang penuh menyemak dalam rumah nih.