
Oleh - Norisah A.Bakar
Pemenang anugerah novel Singapura anjuran PERSADA
SAYEMBARA NOVEL WATAN 2
Terbitan Pustaka Nasional Pte Ltd - 2004
Sebuah nobel yang menarik merupakan teka-teki buat para pembaca berliku dalam suspense dari awal hingga akhirnya. Kerana cemburukan Rauf – Jamilah, Ambri langsung meninggalkan isterinya yang menyebabkan Jamilah meninggal dunia setelah melahirkan Hanani. Hanani kemudian diserahkan kepada Rauf untuk dibela dan dipiliharanya, padahal kehadiran Hanani dalam rumah tangga Rauf tidak pernah disenangi oleh isterinya Enon. Sebab itu Hanani hidup tersisih tanpa mengetahui akan perkara yang sebenar mengenai dirinya.
~Teks di belakang kulit nobel~
TAKDIR memaparkan kisah hidup sebuah keluarga yang renggang akibat tragedi yang mengaibkan. Dengan berlatar balakangkan kehidupan di Segamat, Malaysia dan kehidupan di Namly Avenue, Singapura. Dua saudara kandung; Haji Ismail hidup tenang bersama keluarganya dikampong dalam kesempitan dan kekurangan dibawah kesyukuran dan nikmat yang diberi oleh NYA, manakala Rauf hidup teggang di kota metropolitan yang mewah dengan materi dunia bersama seorang isteri yang sombong berlagak dan tiga orang anak kandungnya yang sifar ilmu agamanya.
Dengan membangunkan watak-watak yang kukuh ini; Hanani, Enon, Rauf, Danial, Anuar dan Khalid, penulis berjaya mengupas kehidupan orang elite yang tipis iman dan bebas bergaul tanpa sempadan. Jurang kehidupan kota dan desa begitu ketara sekali ditulis.
Takdir membawa aku hanyut dalam dunia Hanani yang penuh misteri. Perasaan sedih, sakit hati, marah dan geram berbaur menjadi satu. Aku sedih bila mengingatkan nasib Hanani yang di tinggalkan tak berayah dan beribu. Aku sakit hati pada sikap Ambri yang gelojoh. Aku marah pada Rauf yang tunduk dibawah telunjuk isteri. Aku benci pada Enon yang materi. Aku geram pada Danial yang rakus.
Kerna takdir Hanani terbuang dari ayah kandung. Kerna takdir Hanani ditunangkan dalam usia yang tak mengerti apa. Kerna takdir Hanani tersisih dari keluarga. Kerna takdir Hanani bertemu ayah kandung. Dan kerna takdir Hanani dapat menebus maruah ibunya kembali.
Dengan gaya bahasa yang rengkas dan penggunaaan ayat-ayat yang tepat membuatkan ceritanya menyusur laju untuk di baca.
Penulis cekap mengembangkan sebuah cerita biasa menjadi sebuah cerita yang luar biasa. Persoalan demi persoalan dianyam begitu teliti. Tali-temali persoalan yang kusut itu di leraikan satu persatu dengan penuh debaran. Disinilah aku selalu menilai kejayaan seorang penulis. Dan aku suka cara penulis ini menutup tirai TAKDIR nya dengan meninggalkan tanda tanya. Dan sekalung tahniah ingin ku ucapkan kepada Norisah A.Bakar berjaya membuat ku membaca hingga ke titik akhir tulisan beliau.
~Sekapur Sirih~
Buku-buku dari PBAKL 2007 masih semak di ruang makan menanti ku. Malah buku yang ku beli pada PBAKL 2005 pun masih ada lagi yang berbungkus belum ku buka. Esok adalah hari terakhir untuk ku bermalas-malas. Lusa bang Mat dah balik semula kerumah. Aku terpaksa menanti dua pekan lagi untuk menyambung semula mood membaca ku yang terpaksa di tinggalkan malam ini. Adusss...