
|
Harga: RM18 senaskhah Harga istimewa untuk pembelian melalui pos: RM15.00 (pos percuma dalam Malaysia) ***** |
|
Dunia Kamal dan Dani berbeza. Namun takdir telah mempertemukan mereka. Pembunuhan bersiri adalah 'lantai' untuk mereka saling mengenali; mencari jalan keluar dari labyrinth yang membelenggu mereka! Kamal Cinta dan rindu seperti kopi... pahit! Setia pula adalah gulanya. Kopi dan gula adalah kepahitan yang manis. Kenapakah cintanya sudah tidak bergula lagi? Dani Kadang-kadang dalam riuh di luar, di dalam begitu sepi. Seperti ada tembok yang memisahkan. Seperti gagalnya laut menakluki sungai dengan masinnya. Riuh itu laut dan Dani itu sungai...dan Maira? Maira Cintaku kepada-Mu adalah laut tanpa pantai... hujan tanpa awan. Rinduku kepada-Mu adalah mabuk tanpa anggur... makan tanpa kenyang!
Bahasa diamlah bahasa yang paling sukar. Dalam diam ada seribu pengertian. Dalam diam ada seribu soalan. Dalam diam ada seribu jawapan. Dan dalam diam ada seribu tafsiran. Dengan diam orang boleh berkata, aku cinta padamu. Dan dalam diam juga orang boleh berkata, kita tidak lagi sehaluan. lalu diam yang bagaimanakah aku dan Maira? lalu diam yang bagaimanakah aku dan Natasya?
Seorang diri dia memasuki labyrinth... berjalan dan terus berjalan: jalan yang berselirat. Dia harus memilih, namun setiap pilihan adalah halangan, lalu dia mencipta jalannya sendiri. Dia tahu, pembunuh itu berada dekat dengannya. Siapa?
~teks di luar kulit novel~
Imaen boleh dilawati di www.imaen.blogdrive.com
|
...Dia bangun dan mencapai tukul besi. Membuka ikatan mangsa dan membaringkannya ditengah-tengah ruang. Kedua-dua tangan dan kaki mangsanya di depakan. Dia mula memukul kepala mangsa bertalu-talu sambil berteriak kegirangan. Habis bersepai segala tisu, segala otak dan segala tulang hingga hancur, baru dia berhenti. Puas!
Dia pulang keriangan.
~*~
...Kamal belum lagi menunjukkan tanda-tanda sudah mual dengan apa yang disuap ke kotak fikiran hari ini. Polis perempuan itu juga masih ligat bekerja hiperaktif, sedikit overact seperti dialah polis yang paling pandai...
~*~
...Untuk menghilangkan rasa bosan dan lapar Dani kembali membaca teks tulisan pembunuh misteri itu;
Quis Custodiet Invict Solis
Akulah angsa yang terbang ke syurga
mengintai di sebalik daun awan
memerhati manusia dalam rakus menelanjangi bumi
merompak hartanya memperkosa khazanahnya membunuh isinya
lalu dalam kerdilku aku menangis
aku cari tuhan aku jelajahi semua rumah ibadat - dari masjid hingga synogue
memanjat seribu doa memohon seribu permintaan
manusia menangis di dalamnya
orang menangiskan takutkan neraka
orang menangiskan mimpikan syurga
sedikit yang menangis mencari Tuhan
sedikit yang menangis bimbangkan milik Tuhan
lalu tuhan mengutus aku
akulah kuda perang berlari kencang dari suralaya
menjadi wilmana mengusung panji yuda
menenggalkan kapala sang pendosa
menghantar mereka ke neraka
tanpa kepala mereka sesat dalam kegelapan!
Imaen kembali lagi dengan Labyrinth, setelah berjaya memikat ku dengan Vendettanya. Dalam waktu kecederaan ku cuba memasuki Labyrinth. Seperti juga Kamal, aku menggunakan cara ku tersendiri untuk memecah dan mencari jawaban rahsia Labyrinth Imaen ini dari lorong-lorong waktuku yang tak pernah senggang.
Apa yang dapat ku simpulkan disini, Imaen memang punya mata pena yang tajam. Aku suka gaya bahasanya yang mesra alam. Seni penanya beralun cantik. Dia juga punya X factor yang dapat menarik pembaca terus membaca tulisannya. Kadangkala aku tersunging senyum dengan lawak nakal lelakinya.
Kali ini tulisannya memang benar-benar membawa minda ku turut bekerja keras. Berfikir. Mengali. Menilai. Terlalu sarat dengan ilmu. Kalau dulunya dia menghidangkan Vendetta yang simple. Straight forward. Tapi kali ini Labyrinth benar-benar telah mencabar mindaku. Aku terpaksa menyusur perlahan takut ada petunjuk pembunuh misteri yang ditinggalkannya terlepas baca.
Oh! Rupanya penulis ini menyulam cerita pembunuhan kejam ini dengan cerita cinta lelaki melayu terakhir; Dani. Cerita pembunuhan misteri itu cuma bingkainya sahaja. Namun aku suka cara penulis menggarap cerita ini. Macam-macam ada. Dalam lelah ku mencari siapa pembunuh misteri itu dia sajikan aku menu antarabangsa. Dari hidangan Desa hingga ke Kota dan langsung ke Metropolitan. Dia bisa menterjemahkan lukisan rasa setiap hidangannya. Superb!. Ku rasa penulis ini adalah seorang penonton siri @stro; Travel & Living dan Discovery yang baik. Dan mungkin jugak sudah menonton drama Korea; Jewel In The Palace.
Pada satu ketika, aku hilang arah. Akak keliru(versi Ogy dalam AF5) tetiba terpacul Dr Aqmar dan Sharifah Khalida kat situ. Apakah aku sedang membaca tulisan Noor Suraya. Kerna ku tahu, itu adalah trademark Noor Suraya; tiap watak dalam satu-satu novelnya punya kaitan bersama.
~Sekapur Sirih~

foto ini kita rompak di Jupiter Image Web
Parmessan Chicken with homemade tomato sauce Versi Imaen
Bahan-bahannya:
2 keping isi dada ayam(bersihkan, buat poket untuk memasukkan keju dan tinggalkan separuh tulang sayapnya, tengok gambar diatas)
keju Parmesan
keju Mozzarella
Stok perang
Mire-poix (campuran bawang besar, lobak merah dan celery)
Bouquet garni/garnished bouquet (secekak herba yang di ikat menjadi satu, misalnya basil, daun salam, burnet, celery, chervil, rosemary atau terragon)
Lada hitam
Roma tomato
Cara-caranya.. Emmm.. Cara-caranya(versi hantarannya Siti Tanjung Perak) Hehehehe.. Anda kena baca novelnya; Labyrinth. Tidak rugi mendapatkannya. Banyak resipi-resipi yang kita dapat pelajari. Bukan saja siri Jamie Oliver bahkan Made to Oder jugak. Pada sesiapa yang terlepas dengan resipi morocco Kambing Tanjine.. Nah! ini peluang untuk anda mendapatkan ilmu masakannya..
Dan terimakasih juga untuk Imaen yang turut mempromosikan Kek Lapis Raja Isteri dalam novelnya itu. KakmOn terkedu. Betul-betul terkedu. Rupanya gurauan kakmOn di n3 Vandetta lalu diambil perhatian... Terimakasih sekali lagi Imaen.