"Istana telah benarkan saya buat makanan yang ingin saya buat. Benarkan saya merawat pesakit. Juga membiarkan saya bertemu dengan suami saya. Istana menyebabkan saya kehilangan ibu. Juga kehilangan Puan Han. Nyaris-nyaris kehilangan nyawa sendiri. Bagi saya istana tempat begini. Seperti boleh mempunyai segalanya. Tapi ia akan merampas benda kepentingan saya. Seperti boleh biar saya buat perkara yang ingin saya lakukan. Tapi ia juga akan menyebab saya kehilangan segalanya. Kesemuanya kelihatan sangat mewah. Tapi ia adalah tempat yang sedih"
~ Da Jang Geum~
Sebuah kisah benar tentang seorang perempuan yang bernama Jang Geum yang telah menjadi wanita lagenda Korea. Riwayat hidupnya yang menyayat hati. Dari kecil ibu dan ayahnya meninggalkannya. Ibunya adalah seorang Dayang Istana yang telah dibunuh oleh perbuatan khianat Puan Chui(Ketua Dayang Istana) . Ayahnya seorang askar yang telah dipenjarakan, juga kerana masaalah politik istana.
Aku suka watak kecilnya yang cerdik, lucu, berani dan keras hati itu. Demi merealisasikan impian ibunya, Jang Geum bekerja keras untuk dapat masuk ke Istana, menjadi Dayang Kecil Istana. Tanpa di sedarinya dia bertemu musuh ibunya; Puan Chui.
Puan Han(Ketua Dayang Dapur Istana)mengambil Jang Geum sebagai anak muridnya kerana melihat Jang Geum yang berbakat besar di dapur. Mereka kemudiannya menjadi sahabat yang sangat rapat.

Jang Geum semakin membesar dan menjadi seorang gadis yang cantik dan cerdik. Hobinya yang suka membaca buku perubatan dan meneroka hutan, bukit dan sungai itu menambahkan lagi pengetahuannya tentang bahan-bahan alami yang menyimpan 1001 rahsia sumber kelazatan dan kesihatan makanan.
Banyak ilmu masakan yang dapat di kutip di episod ini. Rupanya mereka menambah bumbu istemewa yang resipinya tersimpan rapi menjadi rahasia keluarga. Bahan-bahan perisa memainkan peranan penting dalam masakan mereka. Sos kacang soya, cuka, kimcai, lobak dan beberapa jeruk yang aku tidak pasti spesisnya di perap didalam tajau dan di biarkan diluar rumah. Ada yang sos tajau itu ditanam didalam tanah untuk menambah rasa yang yang luar biasa sedapnya. Cuaca, musim yang berganti dan juga debunga memberi efek rasa berlainan kepada sos-sos yang mereka buat.
Aku suka prinsip tukang masak istana itu. Untuk menjadi tukang masak yang baik mestilah memasak dengan jiwarasa ceria dan ikhlas. Memasak untuk mengenyangkan rohani dan jasmani si pemakan. Bukan saja rasa yang di ambil kira, persembahan hidangan juga di titikberatkan. Warna, bentuk, tekstur dan saiz makanan di olah begitu berseni. Aku terkagum melihat hidangan yang di sajikan.
Tika Jang Geum kehilang deria rasa, dia dapat menzahirkan rasa dalam lukisan hidangannya. Bukan itu saja malahan Jang Geum berupaya menewaskan tukang masak handal istana(Puan Chui yang tersohor dengan resipi rahsia turun temurun datok neneknya). Pahlwan China yang terkenal gagah dan cerewet itu juga akur dengan kehebatan hidangan kesihatan Jang Geum. Lalu Maharaja telah mengiktiraf Jang Guem sebagai pakar permakanan wanita pertama Korea dan sekaligus menambahkan rasa sakit hati Puan Chui yang tersedia menaruh dendam pada Jang Geum. Lalu dengan sepakat Puan Chui dan beberapa orang menteri istana memfitnah Jang Geum dan Puan Han sehingga di jatuhkan hukuman buang negeri dan di jadikan hamba abdi.

Semasa Jang Geum dalam buangan, dia bertemu dengan seorang tabib wanita yang handal tetapi tersangat garang. Demi menebus meruah ibu bapa serta Puan Han, Jang Geum sanggup belajar ilmu perubatan pada tabib wanita yang garang itu. Inilah satu-satu peluang untuk Jang Geum masuk ke istana semula.
Jang Geum berjaya memasuki sekolah perubatan intensif istana dengan halangan yang menyakitkan. Masa dan keadaan menjadikan Jang Geum seorang pelatih tabib wanita yang cekal dan bijak. Akhirnya Jang Geum berjaya melepasi ujian perubatan yang sukar itu. Sekaligus memberi dia satu lesen untuk masuk ke dalam istana kembali dan bangkit membalas dendam.

Dayang istana adalah hak mutlak Maharaja. Tiada lelaki yang bolih menyentuh atau berhubung kasih dengan mereka. Jika perkara itu terjadi, maka ia adalah satu dosa yang tidak dapat di ampunkan. Hanya mati sahaja mahkahmahnya. Pada ketika itu jang Geum sudah terlanjur kasih pada Pegawai Pentadbir Istana; Tuan Min Jio Ho. Dan Tuan Min Jio Ho juga punya perasaan sama kepada Jang Geum.
Setelah berjaya merawat penyakit Maharani Balu dan berjaya menghentikan wabak penyakit yang berjangkit dikalangan rakyat, Maharaja pun mengambil Jang Geum sebagai tabib wanita peribadi baginda. Baginda menganugerahkan pingat 'Pegawai Pangkat 3' dengan gelaran 'Jang Geum Yang Mulia'.
Rupanya, budi bahasa dan kecerdikan serta kecantikan Jang Geum menambat hati Maharaja dari mula lagi. Baginda baru menyedari perasaan cintanya itu hadir setelah Maharani Balu murka dan mensyorkan Baginda mengambil Jang Geum sebagai gundik.
Ikutilah sendiri kisah hidup wanita lagenda yang jelita ini... Memang patutpun drama ini popular di Asia.
Bila cinta ku kembali..
Bila cinta ku pergi...
Sungguhpun telah menimbunkan
kesan perasaan beribu tahun
Ku terbang bersama angin
Tapi tiada cinta ku temui
Dimana cinta ku
yang meninggalkan ku kesunyian
Cinta yang berputar
menghilang mengikut angin
terbenam didalam gunung
seperti bintang dan bulan
Seperti mengukir embun pagi
Sungguh pun cantik
ia akan beransur hilang
Ku berdiri di lantai luas tanpa sempadan
memandang kearah pantai
hati ku ikut bersama sungai
menghilang di dalam laut
~Sekapur Sirih~
Sudah lama aku meninggalkan drama si mata sepet ini. Entah angin apa yang membawa ku menukar channel RTB2(memang tak pernah tengok pun) pada malam itu. Seorang gadis sedang tekun memotong sayur, cendawan, timun laut, kurma merah dan entah apa benda lagi yang aku tidak kenal spesis apa. Dia nampak cekap sekali bekerja di dapur dengan raut wajah yang memikat dan ekspresi muka yang penuh semangat. Mata ku melekat hingga keakhir rancangan. Oh! rupanya itu adalah drama bersiri Korea
Aku baru teringat satu waktu dulu Eita si Achik da7crownies ku pernah bersuara menyuruh aku menonton cerita si mata sepet itu. Rupanya inilah yang dimaksudkannya; JEWEL IN THE PALACE. Memang betul-betul merantai tangan dan kaki ku dari membuat kerja rumah yang tak pernah usai. Dari hari isnin ke rabu, setiap pukul 8:00malam aku akan bersedia di depan kaca TV kecil ku menghadap si tukang masak yang rupawan itu. Akhirnya aku jadi tidak sabar menanti sambungan episod seterusnya.
Pada satu tengahari yang ceria, aku bawa bang Mat pergi cari Driver Win XP dikedai lanun cina itu. Konon-kononnya lah. Dengan harga lanun BND60 untuk full episod aku berjaya mendapatkan si mata sepet itu. DUH! Aku TERpaksa BOHONG sunat pada bang Mat hanya kerana si mata sepet itu yang sekaligus menambah bebanan di bahu kiri ku.. Huhuhu ampunkan aku bang Mat... Mungkin aku sudah termakan sumpah ku sendiri yang bertalak tiga dengan mana-mana drama si mata sepet.