Mulanya disini ~ Mei 2003
Kalaulah emak tahu keadaan aku di sini, mesti dia menangis hiba. Mesti dia bentak-bentak suruh aku bungkus baju dan balik sekarang juga. Bukanlah sekarang pun dia tidak bentak-bentak suruh aku balik, cuma aku selalu pujuk dia yang keadaan aku baik. Aku selamat. Sedangkan pada hakikatnya sekarang, aku dan beribu-ribu rakyat tempatan tersepit di antara bedilan-bedilan mortar dan peluru-peluru raifal yang sering bersimpang siur tidak kenal mangsa, lelaki atau perempuan, orang tua mahupun kanak-kanak.
Aku di bumi Sungai Tigris. Atau lebih tepat Baghdad, Bumi Arab, tempat pusat kebudayaan dan ilmu Allah sejak zaman sahabat Rasulullah. Ramai para ulama dan bijak pandai dahulu kala yang mengaji, menimbu ilmu Allah di sini. Di bumi inilah dan sinilah tempatnya juga, sudah hampir dua tahun aku tercampak. Bukan! Mencampakkan diriku di tanah Arab ini. Ini semua gara-gara terpengaruh dengan sekumpulan pelajar Iraq yang belajar satu universiti dengan aku di Glasgow Scotland dahulu.
Inilah teks yang tertera di bab awal ZDT. Teks yang membuat aku terus membaca hingga ke mukasurat enam puluh tujuh. Aku terhenti di situ. Kemudian buku ini hilang. Rupanya anak teruna ku yang menyambar Si Kembang Tigris ini.
Aku tertarik dengan plot ceritanya. Begitu menguja. Memang cerita yang lain dari yang lain. Bayangkan seorang gadis melayu bisa hidup di tengah bumi yang sedang bergolak ganas dalam peperangan. Cuma dengan nawaitu Lillahi Taala ingin mendidik anak-anak Iraq menjadi insan yang berguna dan membela tanahair yang di perkosa.
Setahun di sana Khairunnisa sudah bisa berbahasa Arab-Iraq. Malahan dengan lenggok tempatan lagi. Dengan kedegilannya, di buang jauh-jauh rasa rindu-dendam pada keluarganya di tanah air. Dengan berpegang di mana bumi di pijak disitu langit dijunjung. Dia terus berjalan kedepan tanpa menoleh kebelakang lagi dengan azam yang satu. Mendidik anak-anak sesama Islam. Penulis telah berjaya menggambarkan keriuhan, kekejaman, kerakusan dan seribu satu rasa ketakutan di bumi yang teggang itu dengan teliti.
Dengan lenggok bahasa yang sempoi, tiada melankolik memuji dewa dewi, penulis berjaya mengikat aku membaca hingga ke titik akhir. Bahkan dia berjaya menggariskan senyum di bibir ku, juga sekali gus menjuraikan airmata ku. Adehhhh…
Pemetaan ceritanya juga sungguh menakjubkan. Mungkin pengalamannya sebagai wartawan memudahkan penulis menulis fakta-fakta masa dan tempat tragedi yang berlaku secara rasional. Serasa aku juga turut bersama-samanya ke hulu ke hilir meneroka tanah Arab yang berdarah itu. Terlintas di benak ku ingin membuka buku peta dunia lama ku, mencari di mana sebenarnya Khairunnisa berada. Sehingga satu halaman ZDT ini penulis juga membentangkan peta Iraq untuk menenangkan kegusaran Sang Ibu. Hahahaha begitu sekali penulis cuba membawa ku hanyut ke dalam dunia Si Kembang Tigris ini.
Sebenarnya aku memang meminati geografi dan sejarah. Aku masih mengingati tragedi Perang Saudara Iraq-Kuwait berlaku di awal tahun 1990 dan akhirnya tahun 1991 perang Teluk itu pun meletus. Setiap malam aku mengadap depan TV menunggu dunia Jam 10, akulah penonton setia berita mutakhir Peperangan Teluk itu. Alhamdulillah akhirnya Iraq mengundurkan tenteranya jua setelah menerima keceman hebat dari seluruh dunia.
Penutup ceritanya walaupun sudah dapat ku tebak namun aku masih mahu meneruskan pencarian cinta hakiki Khairunnisa itu. Tahniah Khairyn berjaya menulis sebuah cerita adventure-spiritual yang meninggalkan pelbagai nilai moral yang menginsafkan.

Babylonian Empire also known as The Hanging Garden
~Sekapur Sirih~
Membaca ZDT ini mengingatkan aku cikgu sejarah tingkatan satu ku waktu di kolej SOAS satu waktu dulu. Di kolej itu aku sangat aktif dalam berbagai sukan. Maklum saja ketika itu kamilah kumpulan pertamapenuntut perempuan(kurang dari 70orang kalau tidak silap) yang di masukkan ke dalam sekolah yang pelajarnya adalah semua lelaki. Namakan apa saja sukan kolej kami, pasti aku mengikutinya.
Dengan jumlah yang sedikit itu aku terpilih untuk mewakili kolej kami dalam perlawanan hoki dan bola jaring bagi perlawanan tahunan di antara kolej-kolej di Brunei. Maka setiap pukul 3:00petang kami akan di berikan kad hijau oleh cikgu PE untuk tuang kelas semasa latihan hoki ataupun bola jaring di jalankan. Apalagi, memang aku seronok gila. Biasalah kan, taim tu kita cuma ingatkan yang seronok-seronok saja. Dalam sebulan itu aku langsung tidak melihat muka cikgu sejarah dan beberapa cikgu yang terkenal garang.
Pada satu hari latihan hoki pasukan kami di batalkan. Kebetulan hari itu cikgu sejarah ku mengulang pelajaran kami yang lepas-lepas dengan menyoal secara rawak. Aku tidak bersedia, hatta buku teks sejarah pun langsung tidak ku bawa. Dengan berat hati aku terpaksa masuk juga ke kelas sejarah petang itu. Satu demi satu kawan kelas ku berdiri menjawab soalan cikgu. Aku tunduk memerhatikan huruf-huruf yang terconteng di meja tulis ku. Bermacam-macam perkataan jiwang yang terpertri di atas meja itu. Tiba-tiba nama kawan di sebelah ku di panggil. Dia berdiri dan menjawab "Sanskirts sir". Di dalam hati aku berdoa agar cikgu tidak menyeru nama ku. Rasanya aku ingin di sumpah menjadi tikus saat itu juga. Angan dewa-dewi ku muncul lagi. "Ninaaa...". Cikgu menyergah ku dari belakang. Rasa nak tercabut jantung ku. Kaki dan tangan ku mula menggeletar. Rasa kecut yang amat. Dengan mengarahkan pembaris kayu panjangnya dia menunjuk satu objek bulat yang dilukisnya dipapan hitam. "Ini simbol apa?". Aku cuma mengangkat muka sesaat. Aku langsung tidak tahu apa jawabannya. Bayangkan sudah beberapa minggu aku tuang subjek sejarah itu. Aku langsung tidak membuka atau mengulangkaji pelajaran yang tertinggal. Aku hayal dengan dunia sukan ku.
Suara cikgu semakin nyaring. "Cepat jawab, ini logo apa?". Dengan tersekat-sekat aku menjawab. "Ba.. by.. lo.. nian Empire Sir" seraya menundukkan muka ku. Aku amat takut melihat wajah cikgu yang makin menyinga itu. Hahahahahaha... suara kawan kelas ku tiba-tiba terburai memecahkan kesunyian petang itu. Cikgu ku semakin galak. Perut ku semakin kecut. Tiba-tiba cikgu meluru kemeja tulis ku dengan pembaris kayu di sebelah tangan kanannya. Alamak mati lah aku kena pengetuk. Tangan kirinya laju mengambil bola hoki dari bawah palong meja tulis ku, seraya berkata "..hah Nina... Ini.. Ini adalah logo bola hoki". Cikgu menjengilkan matanya. Kelas ku semakin bingit dengan hilai tawa mereka. Malunya akuuuuuuuuu. Akhirnya aku di denda berlari di luar karidor dengan beberapa kawan kelas ku yang gagal menjawab soalan sepontan itu. Dalam aku berlari-lari malu itu entah berapa bakul aku sumpah cikgu itu di dalam hati.
Hari ini bila mengenang kembali kenakalan 'buduh' ku itu.. Rasanya aku ingin sujud memohon ampun pada cikgu sejarah yang ku sumpah berbakul-bakul itu. Memang padan muka aku..