
Aku tertarik pada puisi baru di perkenalkan dengan nama 'HAIKU' yang berasal dari Puisi Lama Jepun. Susunan perkataannya begitu unik sekali. Setiap satu 'HAIKU' mempunyai tiga baris perkataan dengan jumlah sukukata 5-7-5. Maksudnya 5 sukukata bagi barisan pertama, 7 sukukata bagi barisan kedua dan lima sukukata bagi barisan ketiga. Peraturan yang terikat ini telah membuatkan penulis-penulis lebih bijak mengenyam puisi mereka dengan bahasa yang singkat dan tepat, namun masih bisa melahirkan keindahan bahasa yang cukup bombastik.
Di dalam buku ini terhimpun 150buah 'HAIKU' yang tercetus dari 1001 jiwa dan rasa yang lahir dari mata hati tiga orang penulisnya. Mereka bermain dengan irama alam, menari dengan denyut nadi dan bernyanyi dengan suara hati. Hanya perasaan halus sahaja yang bisa mengerti. Marilah kita sama-sama menghayati..
Teh
Sepasang cawan
menusuk dedaun teh
hangat genggaman.

Haiku ini ada 2 maksud berlapis. Lapisan yang dilihat dari mata dan satu lagi lapisan dilihat dari segi batin. Ok, ini tafsirannya.Cuba lihat cara orang Jepun minum teh panas. Cawan mereka tidak ada tangkai. Mereka genggam cawan panas itu dan lama kelamaan, tangan mereka menjadi panas. Ini tafsiran yang luar saja. Kita tengok dari maksud tersiratnya atau metafora. Apabila dua orang (sepasang cawan) yang berkasih (menusuk daun teh) sedang minum teh bersama, genggaman atau sentuhan itu menjadi hangat.
Setiap haiku yang saya tulis ada 2 atau 3 lapisan maksudnya. Pembaca kena cari dan rasa sendiri lapisan itu.
HAIKU 16: 'TEH' oleh Lelahiro Okinawa

~Sekapur sirih~

Teh hijau donut
jari mulus bertaut
manisan bibir
Pssstt Klela, buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, kami budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.
Sesiapa yang nak resipi donut tu, masuklah kesini.

Untuk UCU yang telah lama menghilang, SELAMAT PUJA USIA sayang dengan ucapan, bila lah kau dapat cari jalan pulang. KakmOn rindu quack quack mu..