<BODY><center><script language='JavaScript' type='text/javascript' src='http://ads.blogdrive.com/adx.js'></script> <script language='JavaScript' type='text/javascript'> <!-- if (!document.phpAds_used) document.phpAds_used = ','; phpAds_random = new String (Math.random()); phpAds_random = phpAds_random.substring(2,11); document.write ("<" + "script language='JavaScript' type='text/javascript' src='"); document.write ("http://ads.blogdrive.com/adjs.php?n=" + phpAds_random); document.write ("&amp;what=zone:3"); document.write ("&amp;exclude=" + document.phpAds_used); if (document.referrer) document.write ("&amp;referer=" + escape(document.referrer)); document.write ("'><" + "/script>"); //--> </script><noscript><a href='http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a6b05a3e' target='_blank' rel=nofollow><img src='http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:3&amp;n=a6b05a3e' border='0' alt=''></a></noscript></center> <body> Barakahnya kota Madinah « Jari Dang Amai

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com
Wednesday, May 20, 2009
Barakahnya kota Madinah

Barakahnya Madinah memang terbukti jelas dan nyata. Kami sendiri dapat menikmati akan kebarakahan tanah haram itu. Seperti yang telah diriwayatkan oleh Muslim di dalam kitab Minuman, Kelebihan Bantu Membantu Di Dalam Makanan Yang Sedikit, hadith no.179-181, yang menyatakan lebih kurang begini;  Jabir bin Abdullah r.anhuma berkata:

Aku telah mendengar Rasullah s.a.w. bersabda; 

"Makanan seorang mencukupi dua orang dan makanan dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang."

 

Dari awal-awal lagi sebelum berangkat, aku sudah mengisi bagasi ku dengan plastik tali 'tapau'. Aku teringat cerita arwah bonda, sewaktu dia mengerjakan haji beberapa tahun yang lalu, setiap kali dia turun kemasjid, pasti arwah tidak lupa membawa plastik tali 'tapau' yang berisi makanan untuk disedekahkan pada jemaah-jemaah yang berada di kaki lima masjid. Cerita ini juga disahkan oleh teman arwah yang bersama-sama arwah menunaikan Haji pada masa itu. Aku terkedu. Didalam hati, aku berazam ingin seperti arwah. Lalu, dua hari sebelum berangkat, aku penuhkan sebiji bagasi ku dengan biskut-biskut kering seperti chipsmore dan crackers pelbagai perisa. Gula-gula untuk sakit tekak juga ku bawa, melebihi keperluan sendiri(teringat akan cerita Profesor Muhd Kamil Ibrahim dalam bukunya berjudul Travelog HAJI).

Alhamdulillah, bila sampai di Madinah apa yang arwah bonda katakan itu benar-benar belaka. Makanan yang disediakan pihak muasasah terlalu 'juntrah'. Sepanjang kami berada disana, tidak pernah sekali pun kami tidak kebahagian makanan. Padahal kami selalu saja jadi jemaah yang terakhir untuk mengambil makanan, baik sarapan pagi, tengahari mahupun malam. Namun makanan disajikan masih melimpah ruah hingga kami masih lagi dapat membawa lebihan makanan-makanan itu masuk kekamar. Makanan-makanan itu kemudiannya kami bungkus dalam plastik tali tapau dan kami berikan kepada jemaah-jemaah yang kami rasa lebih memerlukan. Minum petang pula, selalu saja kami lupakan, kerna kami lebih memburu waktu solat Maghrib dan Isyak. Takut sangat-sangat tersadai di kaki-lima atau di mulut pintu masjid lagi.

Semasa berada di Madinah, kami berkesempatan melawat ekspo kurma yang kebetulan hapening di situ. Ini semua gara-gara adinda-adinda ku yang 'terhyper-active'. Tak tahu pulak, darimana mereka dapat  info ekspo kurma tersebut. Lokasi Ekspo itu tidaklah jauh dari hotel kami, cuma selang beberapa blok saja dibelakang penginapan kami. Maka tidak hairanlah jika muka kami yang beracuankan melayu ini sahaja yang datang menyibuk di Ekspo yang majoritinya orang arab dan bangsa asing dari Timur Tengah.


Di depan pintu masuk Ekspo terbesar Kurma Madinah

Ekspo itu bukan saja mempamerkan kurma, malahan sejarah kurma juga turut di 'ristakan' kembali. Begitu juga kraftangan dari kurma, pun jua diperlihatkan. Hasil kraftangannya ini bukan saja dari buahnya, bahkan dari pokok, pelepah dan daunnya sekali. Sungguh unik dan berseni.

Makanan asasi orang arab jua turut sama dipamerkan disitu. Aku tertarik pada hidangan yang dipertunjukkan itu. Disamping roti, disitu juga ada madu,  kurma dan halwa. Cuba perhatikan di dalam foto dibawah ini.

Aku terpaku sekejap melihat pada sebuah gerai kurma yang menjual produk butiknya yang berjenama Dallah. Gerai itu lengkap membawa bersama fountain caramel fonduenya,  untuk tetamu merasai produk kurma yang mereka keluarkan. Memang sungguh sedap kurma-kurma yang dicelupkan kedalaam fondue yang pelbagai perisa, seperti mentega kacang, coklat dan juga caramel yang ditambah sedikit herba.

 

Dan pokok kurma yang dikanan itu adalah hasil dari buah-buah kurma yang di reka bergitu rupa sekali,  hingga aku tidak perasan pada mulanya yang pohon itu sebenarnya adalah buah-buah kurma yang 'dianyam' begitu halus dan artistik.

 

Dan pagi itu kami pulang dengan beberapa kilo kurma Ajwa dan Ambar serta perut yang kenyang setelah membalun kurma percuma. 

 

 

Memang tidak dapat disangkalkan lagi bahawasanya Madinah adalah sebuah kota yang penduduknya hidup aman damai, tiada sebarang penyakit yang berjangkit,  tanahnya adalah ubat penawar, hasil buah-buahannya subur dan segar. Lihat saja pada tamar Ajwa dan Ambarnya, begitu segar dan manis serta mengenyangkan.

 

Sabda Rasullah s.a.w -  'Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan tamarNYA sebagai pelindung dan perisai dari racun dan sihir. Jika kita makan tujuh biji tamar-tamar itu sekaligus diwaktu pagi maka dengan izinNYA tiadalah kita terkena racun ataupun sihir pada hari itu'

 

Ekspo Kurma di Madinah
 
~Sekapur Sirih~
 
Saat dunia sedang gempar dengan virus khinjir yang dikenali dengan nama virus H1N1, aku sedang mengaitkan kekejaman Israel menodai tanah dan rakyat Palestine dan juga Jalur Gazza. Mungkinkah bala dari Tuhan atas kekajaman kafir musyirikin, membunuh tanpa rasa belas kasihan, maka wabak ini diturunkan untuk peringatan kita..
 
Aku terbaca dalam surah Al Israa' yang bermaksud;
 
"Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakkan dibumi(Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.
 
Maka apabila sampai masa janji(membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua(kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamuhamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu) dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.
 
Ayat 4-5 Surah Al-Israa
 
Cuba kita renungkan sekejap, bukankah khinjir itu mahluk Allah. Dan khinjir itu adalah mahluk yang memang sudah di katakan dengan terang dan nyata dalam Kalam Tuhan, bahawasanya mahluk itu haram di sentuh apalagi di makan.
 
Dan dalam dua tiga hari ini, di perjalan pulang kerumah, aku berkesempatan mendengar ceramah mufti dari corong radio, di gelombang 93.3FM, yang menyatakan lebih kurang begini, "Allah mengharamkan khinjir ini atas 1001 keburukan yang ada pada diri khinjir itu sendiri. Barangsiapa yang memakannyaa dikhuatiri akan mengikut sifat dan buruk perangainya yang pemalas, pengotor, suka mengawan, tidak punya rasa cemburu bila anak-isterinya dikacau jantan lain malahan dia sendiri akan menyoggokan hak-miliknya(anak-isteri) kepada khinjir(jantan) yang lain. Nau'zubillaahiminasyaitanirazim. Moga kita dilindungi dari hasutan syaitan yang direjam.
 
Dan berbalik paada ayat Israa' diatas;sekarang dunia tengah kalut akan keganasan virus khinjir yang membawa maut itu akan merebak keseluruh dunia. Bukankah didalam ayat itu ada menyebutkan "Kami datangkan kepada kamuhamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu)".
 
Subhanallah maha agung Tuhan yang menciptakan mahluk yang ada di langit dan dibumi. Yang mengatur perjalanan bulan dan matahari. Memasukan Siang yang terang benderang ke suasana malam yang gelap gulita.
 
Fikir-fikirkan lah. Astaghafirullah...
 
p/s foto-foto diaatas dipinjam dari galeri saudara sepusat-sepusingku. Di sini

Posted at 10:42 pm by ninasuria

Sri Diah
May 21, 2009   03:36 PM PDT
 
Salam Nina; InsyaAllah akak akan menuruti langkah Nina - sebolehnya nak pergi tahun ini juga. Mudah-mudahan dilapangkan jalan untuk akak ke sana. InsyaAllah. Seronok membaca pengalaman Nina lagi menambah rasa rindu untuk segera ke tanah suci.
* Salam hari ibu. Marsila baru sahaja menambah baby... yang keempat.
Nina
May 27, 2009   09:32 PM PDT
 
Salam Kak Sri, Alhamdulillah, rupanya kak Sri sudah menerima jemputanNYA. Insya Allah dengan nawaitu pasti DIA memberi lorongNYA.

Saat ini pun nina merindukan masjid Nabawi dan Al-Haram. Masih terngiang-ngiang suara Imam Madinah mengalunkan surah Ar-Rahman. Masih terasa pilu mengingatkan imam Makkah menangis tersedak2 saat membawakan surah Ahzab. Subhanallah. Maha suci Tuhan yang menganugerahkan Nur keimananNYA sehingga hari ini.

p/s Tak tahu pun Marsila tu hampir menyaingi nina :) Salam tahniah buat Marsila ngan suami yah, kak Sri.
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry


Hikayat jari Dang Amai

Sumbangsih untuk Bonda Almarhumah Dayang Hjh Halimah Hj Yussof




Malaysia:
  • VANILLA PASTRY BANDAR BARU BANGI.


  • Brunei Darussalam
  • BEST EASTERN BOOK STORE BRUNEI DARUSSALAM
  • LE APPLE BAKERY
  • PUSTAKA REMAJA


  • On-Line Sale:
  • JEMARI SENI
  • E-KEDAI














    PURIH BANGSA

    Brunei tanah air kita
    Warisan berkurun lamanya
    Budaya Melayu teras bangsa
    Islam cara hidup kita

    Kita purih pancir mulia
    Tabah gagah berhemah tinggi
    Bermaruah dan berperibadi
    Bersopan sedar harga diri

    Masa depan penuh cabaran
    Kita ungkayahkan dengan iman
    Dengan ilmu bakti setia
    Ikhlas amanah kerana Allah

    Bangunkan kemakmuran
    pelihara keamanan
    Teguhkan kedaulatan
    Tegakkan keadilan
    Junjunglah kebenaran
    Hidupkan kerohanian
    Ajaran Allah kita turutkan

    Tegak bersatu mendukung negara
    Brunei sejahtera bumi tercinta
    Taat setia rakyat bahagia
    Di bawah naungan Sultan kita





    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anak pemagat dibawa lari,
    Dibawa oleh anak Benggali;
    Mari tuan duduk kemari,
    Makan sirih bersama kami
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



  •    

    Kalau nak tahu apa cerita hari ni..
    klik waktu tempatan
    ~~~~~~~~~~~~~
    << May 2009 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02
    03 04 05 06 07 08 09
    10 11 12 13 14 15 16
    17 18 19 20 21 22 23
    24 25 26 27 28 29 30
    31




  • Remalan Cuaca Negara Brunei Darussalam



  • Name :
    Web URL :
    Message :
    smileys

    Hentikan merapik meraban
    1. Adakah anda ingin membaca celoteh Nina Suria lagi?

    Ya
    Tidak


       Next >>



    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Pohon besar empat pemeluk
    Hendak ditebang berdiri duduk
    Kalau tidak panjang penjuluk
    Manakan dapat bunga yang elok

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



    Gandang Si Dondang
  • Dendang Brunei
  • Seri Brunei


  • Brunei Tanah Air Ku
  • KHEU
  • KAMUS BERUNAI


  • Radio Televisyen Brunei
  • RTB Home Page
  • PELANGI 91.4 FM


  • Resepi RTB
  • Kek Lapis Tarap
  • Sajian Dapur Radio Kitani



  • Seni tiada sempadan
  • Jari Amaiku
  • Kaban Craft
  • Rajawali Art Gallery
  • Redzuan Rusli Melakar
  • Rozi d artist


  • Apanya kitani
  • Anak Brunei
  • Awan Biru
  • Brunei Iron Lady
  • Brunei Tau
  • Crystal Frog
  • Dang Ayang
  • My Passion
  • Rouge Economist
  • Pak Malau
  • Paulaland 16
  • Pena Gila
  • Puasha
  • Redzuan
  • Seri Dewi
  • Si Pugut
  • Temburong Central
  • Ucing Itam


  • Dang Sanak
  • Memeng
  • Penguin Kalas di gurun pasir
  • Ct


  • Kadai Orang kitani
  • Hobi
  • Made to oder


  • Dapur orang kitani

  • Blue Eden
  • Brunei Restaurant Review*
  • Cookie Monzters
  • Food for thought*
  • Food Hungry
  • Foodie Tales
  • Life, Food and Randomness
  • Sapphira Cakes
  • Self taught Chef
  • The Cupcake Queen Brunei
  • What's in your tummy
  • Carita Makan





  • Penglipur Lara
  • Adek Nakal
  • Bonda Puteri
  • Bonda Ratu
  • Spupu Spapat
  • Jidah
  • Klavu Qulit Tiqus
  • Tanah Pusaka
  • Achik
  • Otak Gila da Babas


  • Adek beradek lain mak-bapak
  • Aida Maheran
  • Wabbit Da Rabbit



  • Membuka minda
  • Atikah
  • Atok
  • Arigato
  • Baghdad is burning
  • Budin TaBabas
  • Hijau Zamrud
  • Jiwarasa
  • Jahrera
  • Mohd Hatta Ghazali
  • Khabar dari Makkah
  • Nujum Pak Belalang
  • Pramoedya
  • SuriJiwa



  • Bila mata pena menari
  • Aisya Sofea
  • Aida Adriani
  • Aina Emir
  • Anis Ayuni
  • Azizi Abdullah
  • Damya Hanna
  • Darma Mohammad
  • Eyman Haykal
  • Faisal Tehrani
  • Niamat'atiffi
  • Imaen
  • Izza Aripin
  • Izzulizzati
  • Matt Romeo
  • John Norafizan
  • Khairyn Othman
  • Lynn Dayana
  • Damya Hanna
  • Lily Suriani
  • Najwa Aiman
  • Norzailina
  • Meen Zulaikha
  • Norisah Bakar
  • Lily Kamaluddin
  • Lilly Haslina
  • Noorsuraya Adnan
  • Rnysa
  • Ruby Hazri
  • Salina Ibrahim
  • Sri Diah
  • Zaharah Muhammad



  • Dang malai Dang bungang ku:
  • Dang Amai
  • Dang Anis
  • Dang Ayang
  • Dang Inoi
  • Dang Jijah
  • Dang Kalas
  • Dang Nila
  • Dang Sari



  • Bicara tentang buku
  • Anak Dara Menteri - Matt Romeo
  • Anak Dara Menteri 3 - Matt Romeo
  • Bara - Abdul Rahim Awang
  • HAIKU - Lelahiro/DiPinggiran/Tabir Alam
  • Janji Kasih - Sri Diah
  • Kasih Kita - Najwa Aiman
  • Kopi susu sepatu biru
  • Lorong Ke Kaki Langit - Adi Al-Hadi
  • Labyrinth - Imaen
  • Mahligai Cinta - Sri Diah
  • Nyanyian Tanjung Sepi - Noor Suraya
  • Surat Ungu Untuk Nuha - Noor Suraya
  • Takdir - Norisah A.Bakar
  • Tetralogi Laskar Pelangi - Andrea Hirata
  • Tetralogi Laskar Pelangi - Andrea Hirata
  • Travelog HAJI Mengubah Sempadan Iman - Muhd Kamil Ibrahim
  • Zahrah de Tigris - Khairyn Othman


  • Layarlara
  • Jang Geum


  • Si Tukang Ulas novel
  • Antu Buku
  • Seribu Satu Malam
  • Carriekirana
  • Wan Amalyn
  • Ulat Buku




  • Kitab coklat bulu sapi ~da7Crownies~
    chance made us friends
    hearts made us sisters
  • Kaka Basai
  • Lai Damit
  • Along
  • Angah~Achik~Ucu


  • Sesuatu
  • Aku yang pancit
  • Pontianak
  • satu-dua-tiga
  • Tersampok
  • Teropong Ajaib
  • Ternakan cendawan


  • Mambang Tanah
  • Do Mulu


  • Masam-masam Manis
  • Puteri Abu dan Tongkat Sakti
  • Lucifer oh Lucifer
  • Mahligai Cinta Ku
  • Hobi Gila
  • Kucing
  • Suntuk


  • Bila hati menjerit
  • Rindunya zaman hingus meleleh
  • Disubuh duapuluh tujuh februari


    Teman Maya
  • Adhan
  • Anni
  • Bunga Di Jakarta
  • Cik CTi
  • Chempaka
  • Siti Di Kota Singa
  • Suhaila di Nagaoka



  • Landing Time
  • Eita
  • Kak Uya
  • Ija
  • Ruby Hazri
  • Ryana
  • Seriadriani


  • Gudang Buku
  • Alaf21
  • CESB
  • Jemari Seni







  • Khazanah dapor ku yang tak ternilai


    [Periuk Nasi] [Chocoholic] [Fingers] [Gourmet - 60years in making] [Salad] [Say Cheeze] [Scone] [Shortbread]


    MengAyamKaran???
  • ABC Cake
  • Ayam Madu
  • Batu Belah Batu Betangkop
  • Bread Butter Pudding
  • Brodetto
  • Choc Almond Muffin
  • Chocolate Ganache Cheese Cake
  • Custard Coconut Rough>
  • FudgyBrownies
  • Kek Cawan Sanang dan Nyaman
  • Laksa Labok
  • Myrah Cuppies
  • Makaroni Bakar
  • Kek Ngek Ngeek
  • Pancake With Caramel Apple
  • Pavlova
  • Pavlova TIPs
  • Rangin
  • Redbean Bun
  • Roll Bulu Merak
  • Roll Batu Bungan
  • Roasted Duck with Cranberry Sauce
  • Sayor Tai Thong Bu Apsah
  • Shortbread
  • SinahMon Roll
  • Snow White Cheese Cake
  • Soto Rindu
  • Summer Fruit Pie topping with Meringue
  • Tat Nenas
  • Triple Chocolate Peanut Butter Cookies
  • Trifle




  • Dapur berasap
  • Animah
  • Bakers Place
  • Brownies
  • Bunda Nandine di Batam
  • Cek De Sam
  • Cik Wan
  • Cookies Monstarr
  • Diana
  • Ihsan
  • Jun di Shah Alam
  • MamaFami
  • Kak Norz
  • Kak Pah Sherry
  • Mama Sya
  • Mamazieza
  • Mama Vouge
  • Mat Gebu di Johor
  • Princess Haryati
  • ResipiNet
  • Rinnchan
  • Rossya
  • Rozzan di Singapura
  • Su Yin
  • Tun Zureidai
  • Ummi di Pahang
  • Umi-e
  • What I eat today?


  • Betty Crocker
  • Cooking for Engineers
  • Delia Online
  • Jamie Oliver
  • Nigella Lawson
  • Gadget Candy

  • Landing time:
  • House and Garden
  • Better Homes and Garden




  • Mula mencoret 21hb March 2005






    My blog is worth $11,290.80.
    How much is your blog worth?




    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




    rss feed

    Who links to me?




    eXTReMe Tracker