Kau sinaran bulan
Menyerikan bitang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi
Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untuk
Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu
Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku
Lirik : Sharifah Aini
~Sekapur Sirih~
Hari ini tanggal 2hb Julai 2009, bermakna bonda telah lima tahun
bersemadi di SANA. Tetiba malam ini rasa sedih, rindu menyelubungi
diri. Wajah bonda datang lagi di bingkai-bingkai potret memori.
Ceritera duka itu tergambar kembali di layar mata.
Memori di pagi jumaat, 2hb Julai 2004, di wad ICU Ripas, tiada bicara,
mata terkatup, hanya debur nafas yang semakin lemah. Akhirnya bonda
pergi jua dengan aman.
Ya Tuhan... moga KAU mengampunkannya dan merahmatinya. Al-Fatihah buat bonda