Ku mengharapkan Ramadhan Kali ini penuh makna Agar dapat kulalui Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah Setahun sudah pun berlalu Masa yang pantas berlalu Hingga tak terasa ku berada Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan Sebagaimana yang diperintahNya Moga dapat ku lenturkan Nafsu yang selalu membelenggu diri Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja Tuhan pimpinlah daku yang lemah Mengharungi segalanya dengan sabar Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah... Dengan rahmatMu oh Tuhanku... Ku tempuh jua
Kak Sri Diah August 23, 2009 11:13 PM PDT Alhamdulillah, puji-pujian kepada ALLAH SWT Tuhan semesta alam yang memberi berkatnya kepada kita kerana dapat merasai lagi Ramadan kali ini. Semoga Ramadan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelummnya.
Kak Sri pun ingin memohon jutaan maaf sekiranya selama kita berkenalan Kak Sri ada melakukan perkara-perkara yang tidak disenangi, membuatkan Nina dukacita dan kecewa. Sesungguhnya hanya ALLAH SWT yang maha berkuasa, maha Esa.
Agak lama Kak Sri tidak berblog, kerana kesibukan tugas dan beberapa urusan keluarga yang amat menuntut masa dan perhatian...
Dan Alhamdulillah novel terbaru sudah terbit - agak Islamik - semoga dapat menjadi tauladan kepada yang membacanya. InsyaAllah.
nina August 25, 2009 06:53 PM PDT kak Sri Diah, Alhamdulillah kita masih dberi kesempatan menyambut Ramadan lagi tahun dan moga ini bukan Ramadan terakhir kita. Amin Ya Rabalalamin.
Nina pun begitu juga kak Sri memana kesilapan harap dapat dimaafkan.
Insya Allah nanti kita dapatkan novel baru tu. Salam tahniah moga terus berkarya :)
Brunei tanah air kita
Warisan berkurun lamanya
Budaya Melayu teras bangsa
Islam cara hidup kita
Kita purih pancir mulia
Tabah gagah berhemah tinggi
Bermaruah dan berperibadi
Bersopan sedar harga diri
Masa depan penuh cabaran
Kita ungkayahkan dengan iman
Dengan ilmu bakti setia
Ikhlas amanah kerana Allah
Bangunkan kemakmuran
pelihara keamanan
Teguhkan kedaulatan
Tegakkan keadilan
Junjunglah kebenaran
Hidupkan kerohanian
Ajaran Allah kita turutkan
Tegak bersatu mendukung negara
Brunei sejahtera bumi tercinta
Taat setia rakyat bahagia
Di bawah naungan Sultan kita
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Anak pemagat dibawa lari,
Dibawa oleh anak Benggali;
Mari tuan duduk kemari,
Makan sirih bersama kami
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kalau nak tahu apa cerita hari ni..
klik waktu tempatan
~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pohon besar empat pemeluk
Hendak ditebang berdiri duduk
Kalau tidak panjang penjuluk
Manakan dapat bunga yang elok
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~