Masukan adunan kelapa setengah dari acuan tersebut.
Masukan lagi adunan kelapa sehingga penuh acuan tersebut.
Tutup dulang pembakar tu supaya udara tidak keluar.
Bakar dalam 10minit. Kemudian balikan kueh yang separuh masak tadi.
Dan bakar lagi dalam 5 minit. Atau kuih rangin menjadi kuning kemasan.
* Boleh bakar dalam oven.
~Sekapur sireh~
Kuih rangin ni sedap dimakan panas-panas. Apa lagi lepas keluar dari dulang pembakar. Diluar rasanya ranggup didalamnya lembap pulak. Memang sedap, kelapa parut yang lemak dan manisan gula yang cair mengadunkan rasa yang
authentic. Sebenarnya kueh melayu Brunei ini sangat mudah disediakan sekarang, berbanding 30 tahun yang lampau. Zaman aku kecik dulu, betapa susah aku tengok nenek menyediakan kuih ni. Mula-mula beras pulut itu dibersehkan. Kemudian direndam hingga kembang, lepas tu ditoskan hingga kering airnya. Kemudian beras pulut itu digiling untuk menghasilkan tepung pulut yang halus sepertimana tepung pulut yang ada dipasaran sekarang ini(tapi sayang rasa tepung pulut masa ini tidaklah sesedap rasa tepung pulut yang nenek moyang kita buat dulu, mungkin air tangan dan peluh menitik kut :P).
Kelapa pulak dikopek sabutnya dan dipecahkan tempurongnya. Lalu dibuang kulit arinya(kulit hitam). Barulah diparut. Supaya mendapat hasil parutan kelapa yang cantik putih gebu. Ingat waktu dulu, aku suka tunggu nenek kopek kelapa ni.. sebab aku nak makan tumbungnya(didalam buah kelapa tua selalunya ada berisi buah yang lembut seperti span berbentuk bulat dan bewarna putih kekuningan, rasanya kadang-kadang manis).
Lepas tu kayu arang dinyalakan diatas tungku kayu. Disanalah nenek letakkan dulang tembaga untuk membakar kueh rangin tu. Selepas dulang tembaga itu penuh diisi dengan adunan rangin, nenek akan meletakan sebiji tudung belanga yang diisikan dengan kayu arang lagi diatas dulang tembaga tersebut(fungsinya sepertimana oven sekarang ini yang mempunyai api atas dan api bawah). Dengan hawa yang panas aku ikut duduk bersimpoh sebelah nenek mengipas-ngipas kayu arang supaya apinya dapat dikawal dengan baik. Maka hasil kuih rangin tu pun akan cantik dan menyelerakan.
Pinkjambu tahniah kerana telah berjaya menghasilkan bread pudding yang enak. Kita pun tumbang gumbira mendengar khabar dari seberang :P Lepas ni bolehlah mengikut kelas masakan seterusnya eik. AN macamana pulak.. dah buat ker.. takkan dilangkau PinkJambu pulak, kata mengidam nak makan pudding five star hotel tuh :P
EM orang utara kata; dia nampak EM buka meja, jual tart nenas kat gerai ramadhan(eik apasal dah bukak gerai ramadhan??? beduk belum gendang lagi!). Habaq lah kat kita-kita... no'
Pssssstttt birunila betul ke EM antaq satu lori tart nenas kat hang????? apasai tak mai (eik! betuih ka aku syakap nih... :D :D :D) Btw diyamon tu tulin bangggggggg... ;)
Ahada, ni lah salah satu diantara kuih tradisi melayu Brunei yang akak tahu dan suka makan waktu kecik-kecik hingga dah jadi mak budak nih ;)
Eita, akak dah berenti raya.. dah masuk ramadan ni kuakuakuakuangggggg (terbalik! raya dulu.. kemudian posa.. pening lalat *bowling*)
Bulan ramadhan akan bermula lusa. Tapi kalau lah anak bulan nampak nanti malam, pasti kita berpuasa esok. Dan esok petang pasti ada yang sibok didapor menyediakan hidangan untuk memenuhi selera puasa yang luarbiasa membuak-buak.
Dan aku masih lagi seperti hari kemarin.. mengira.. menghitung.. ???? Selamat menjalankan ibadah puasa, semoga diterima Allah jua.
