|
Wednesday, October 05, 2005

resepi percuma dari kilang tepung cap kunci.. hehe
Bahan:
1000g tepung high protein
20g instant yeast
5g bread improver
15g garam
50g susu tepung
250g gula pasir
450g air sejuk (sejuk ais)
2 biji telur gred-B
100g butter atau marjerin
100g shortening
Cara Membuat:
Campurkan semua bahan yang kering dan gaulkan. Kemudian masukkan telur & air, adun rata sekitar 5 minit sehingga dapat satu doh kasar. Masukkan butter/margarine dan shortening dan uli lagi 20 minit sehingga dapat doh yang kenyal. Rehatkan doh dalam bekas bertutup sekitar 15minit, kemudian potong, timbang 50g atau 60g setiap satu dan bulatkan. Rehatkan lagi sekitar 10minit, lalu bentuk atau isi sesuai selera. Rehatkan lagi sekitar 60 ke 75minit atau 2 kali ukuran asal. Sapu dengan telur yang dicampu dengan susu segar. Bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah C selama 15 ke 20 minit hingga kekuningan.
Selamat mencuba.
nota:
Kalau takde mesin dough mixer dan nak uli dengan tangan, adalah lebih baik buat sikit je. Setengah adunan ataupun suku adunan. Lenguh wooo uli satu kilo dengan tangan...
Inti:
Beli yang ready made jer hehehe. Atau korang buat sambal ikan bilis atau pun sardin.
tips:
1. Bahan minyak tu bolehlah gunakan sepenuhnya butter mahupun sepenuhnya margerin. contohnya 200g butter.
2. Bread improver tu kalau takde pun boleh juga.
3. Suhu bilik semasa rehat 60minit tu mestilah antara 35 ke 39degree C. Kalau suhu bilik sejuk dia lambat naik.
Resipi Roti percuma kat atas nih aku pinjam dari rumah Bahtiar Si Pembuat Roti. Korang bolehlah cuba, 100% tepat. Tak payah was-was, memang jadi punya. Kalau tak nak buat sendiri boleh beli roti kat Bandar TAR, dia ade menjaja rotinya disitu. Bahtiar aku dah buat promosi, berapa % nak bagi Nina nih *wink*
~Sekapur Sireh~
Hari ini bermulanya puasa diBonai. Sedehnya aku tak dapat mengerjakan ibadah ini bersama-sama. Sudah menjadi fitrah dunia, kaum perempuan ada waktu cuti khas diperuntukan.
Awal-awal pagi lagi aku kekedai mencari bahan-bahan kuih. Tokeh kedai belum lagi habis membuka pintu kedainya, kaki ku sudah lancang menceroboh masuk. Mata ku liar mencari bahan-bahan kuih yang diperlukan. Aku hampir terpekik melihat harga bahan-bahan kuih yang melambung naik. Mentega 2Kg yg dulunya cuma $13.80 kini dah $15.60, tepung Mother's choice dulu $1.80 kini $2.60, Almond dulu 1kg $22.00 kini $24.90, Blueberry pula naik $1.20 begitu juga chocolate cooking naik $1.00 dan segala bahan dekorasi biskut semua naik sampai 20%. Aku betul-betul kesal, rasa nak baling tin mentega tuh kat tokeh C*n* yang tersengih macam kerang busuk mendengar omelan ku. Aku tak peduli petpotpetpot diawal pagi didalam kedainya. Biar tuah paginya tak jadi masuk(ehm.. tak kosa ngan Feng Shui Tokeh ni.. biar dia terlingkup.. jahatnya aku :P)
Sampai kerumah pukol 9:30pagi, adek aku buat temujanji nak bawa menyukat kedai lagi. Hampir pukol 11pagi dia dan Ryn laki bini datang menjemput ku. Kami teruskan lagi projek menyukat kedai dari kawasan Berakas hingga ke Gadong. Mencari sesuatu, tak juga berkenan dihati.. tapi aku jugak yang tersangkut. Acap kali masuk kedai aku jer yang penuh tangan.. memang tak dapat elak pun.. bila melihat sesuatu yang tak dapat dibendung.. pesan hubby dan sumpah ku hilang.. entah kemana..
2:30 petang baru kami pulang kerumah. Keinginan ku mencuba resipi roti Bahtiar melonjak-lonjak. Aku pun mengumpulkan bahan-bahan yang diperlukan. Dalam masa 20minit aku sudah siap menguli doh roti menggunakan mixer kenwood ku. Aku sengaja tidak mengikut arahan Bahtiar untuk menguli doh peringkat kedua tu selama 20minit. Bukan fasal aku malas. Aku takut mesin ku tu meletup. Nak harapkan tangan ni menguli??? mana ade power?? nak pinjam kat popeye?? Faham-faham je lah .. mesin tu bukannya untuk mengadun doh roti. Karang tak fasal-fasal keluar lagi duit aku beli yang baru.. Ini kan dah hampir kopak dikenakan si Tokeh C*n* tu. Kalaulah ade kedai lain yang menjual bahan-bahan keperluan ku itu.. pasti aku tak mahu lagi tengok muka C*n* yang gila harta tu.
Aku betul-betul seronok bila ku lihat doh telah mengembang setelah direhatkan 10minit. Aku pun menarik-narik doh yang kenyal itu menjadi panjang untuk ku potong-potong kecil, mengikut sukatan 50gm untuk sebiji bun. Bila melihat doh ku tarik panjang-panjang itu, Lutfan dan Leynah merengek nak mintak doh roti tu. Sakit telinga aku mendengar jeritan mereka berdua. Aku terpaksa akur. Ku hulurkan dua ketul doh untuk mereka diam.
Tepat 60minit aku pun mula membakar dulang yang pertama. Aroma harum roti keluar mencucuk-cucuk hidung setelah 10minit berlalu. Ku intai dari luar cermin oven, nampak roti itu mengembang cantik. Bebarapa minit kemudian ku keluarkan roti tersebut. Memang cantik dan sungguh menyelerakan. Rasa nak makan terus, tapi ingatkan hari puasa(walau aku tak puasa) aku batalkan niat ku. Bila dah beduk berbuka berbunyi aku pon terus ngap roti tersebut. Memang boleh tahan rasanya. Terima kasih Bahtiar kerna sudi memberikan resipi percuma. Lain kali berilah kita resipi croissant pulak eik.
Posted at 11:33 pm by ninasuria
 |  |  | pink Jambu October 6, 2005 08:45 AM PDT
Oh alangkah bertuahnya anak dara aku memepunya BABU MERTUA yg sungguh rajin dan pakar memasak..oh..alangkah beruntungnya aku punya TOK BISAN yg hebat sekali....
mmmuah kakMONNNN |  |
  |  |  | AN October 6, 2005 11:11 AM PDT
Terimakasih kak nina, tolong post resepi & juga kat Bakhtiar. Rajinnya kak nina buat roti. Bila baca respi, AN terasa nak cuba, tapi kena tunggu lepas puasa.
Bila kak Nina nak bagi resepi biskut raya, yg ada coklat2 pulak ? Tiap kali tengok gambar biskut, rasa nak makan ja.
Kat sini tak ada lah tepung brand Mother's Choice. Tepung apa tuh ? |  |
  |  |  | kikomon October 6, 2005 02:05 PM PDT
Oh alangkah kesihannya kak nina aku.. kena dera anak hantu(anak menantu).. punya besan pun klabu.. mcm ni abislah anak lelaki kak nina, kena jd chef khadam huhuhuhuhuhuhu |  |
  |  |  | pinkPANTHER October 6, 2005 02:13 PM PDT
wahahahahaha...ada gak rupanya manusia yang tak blh nak puasa first ramadhan mcm aku.. wahahahaha... kak nina, kita serupaaaa *menyanyi riang*
nampak sedap je pic roti kat atas tu, kat mana akak curik pic tu? kalau saya rajin buat benda2 mcm ni gerenti saya pun nak try, nak buat bun inti sardin dgn tuna.. tp malangnya saya tak rajin dan saya pun tak tau apa itu bread improver.. sekian terima kasih... |  |
  |  |  | Nina October 6, 2005 04:11 PM PDT
Muah gak tuk pink besan haku.. pas ni pink kena ajo ratu wat pastry lak ;)
AN resipi coklat ???? ade ker tu ?? khohkhohkhok camna ek nak kasi ke tak nih... Allaaaaaah baru nak kira wountung.. dah *tut* (tak leh syakap, bulan posa) Insya Allah akan diusahakan..
Tepung tu lah kunci keenakan cookies Sinah Bisc kalo nak tahu AN.. Tp skang ni tepung tu susah nak dpt. Bila dpt kualitinya pulak kurang.. dah berkutu huhuhuhuhu
pssstttttt tutup mulut bising Panther.. mak aiii abis satu kampong tahu.. betulah budak ni tak malu..
Oit panther mana ade akak curik gambo tuh.. tu akak ambik dr meja makan akak tau.. dosa tau kata akak curik. Tanya Ryn dia pon dah makan bun tuh.. *wink* Esok ari jumaat kan??? akak nak try lak filling sardin ngan corned beef.. pasti sodapkan panther.. kalo rumah ko sebelah akak, garenti akak anto 1 dulang bun tu esok :P |  |
  |  |  | Em October 7, 2005 08:58 AM PDT
terhibur hati baca potpet pot pet kak nina nih tapi bila tgk gambar roti tu, sedih pulak..virus malas dah dtg la
eh kak nina, tak nampak ke kita kat tepi pagar ni, hantarla sedulang roti (ganti panther, dia dah makan nasi lemak dah tak pandang roti lg) |  |
  |  |  | pinkPANTHER October 7, 2005 10:12 AM PDT
dengkinya kat kak ryn dah makan roti tu *jeling kak ryn penuh dengki*
kak nina, uwaaa..saya tetiba rasa bersalah bila akak ckp nak antar 1 dulang bun kat saya *menangis sayu krn rasa bersalah yg teramat*, saya baru je jerit kat tagbod yg akak tak puasa.. takpelah ye, akak maafkanlah saya ye.. lgpun mmg betul apa akak tak puasa, wahahaahah *dah hilang rasa bersalah*
*tolak kak em sampai pagar rumah sebelah* bun itu milikku dan hanya milikku seorang, lgpun nasi lemak tu kelmarin dah makan, dah buang dlm tmpt kumbahan dah pun :P |  |
  |  |  | bahtiar October 7, 2005 01:43 PM PDT
amboi... riang gembiranya makan roti.... Resepi croissant ada tapi saya sendiri pun tak pernah buat lagi sebab susah nak menggeleknya sampai 5 kali kalau takde mesin penggelek. pastu doh dia tu kena sejukkan dalam peti sejuk lagi.. susah nak explain dengan perkataan. |  |
  |  |  | Nina October 8, 2005 07:29 AM PDT
Em nyahkan lah virus M tuh.. camna nak bukak kilang tart nih.. angat-angat cokodok *pribahasa berbuka* Tak rugi cuba tau, apalagi Em taruk sardin filling.. ehmm... sedop ow.. hingga menjilat siku.. betultak AN???? Btw rupanya EM yg dok intai kat pagar blakang dapor tuh.. ingat pembantu rumh sebelah siram bunga hahaha :P
Panther terharunya dengar rasa kebersalahan mu.. tapi akak muak pulak tobat budak satu nih.. selalu buat tobat BUSH.. tak pernah jera :-@
|  |
  |  |  | Nina October 8, 2005 07:36 AM PDT
Bahtiar
Alamak Sifu Roti datanglah. Malu pulak nak hidang roti Nina nih.
Croissant tu memang rewel sikit nak buat. Nina pernah cuba 2, 3 kali dulu.. guna resipi belakang pakej tepung croissant yg dijual dpasaran. Tapi teksturnya tak secantik yg kat kedai. Tu lah nak mintak kat Bahtiar nih, kut2 u ade yg istemewa. Btw semlam nina buat lagi bun sardin ngan custard. Komen anak2 sungguh memberangsangkan.. dorg kata macam roti MUM's Bakery(famous kat Bonai)
|  |
  |  |  | dangayang October 11, 2005 12:11 PM PDT
dia cuma cakap komen anak2 yg nak amek ati mak derang tu, maklum le klo tak puji mak derang ni mogok hahahaha
roti kastad tu masin ler ;)) |  |
  |  |  | nina October 12, 2005 07:41 AM PDT
Dang Ayang kastad tu masin pasai ade org nak kawin kut.. lagipula kalo kita mkn masakan DA mcm tak taruk garam pulak, sbab dia biasa masak tawar *kelip-kelipkan bulu mata* :P :P :P
btw anak-anak lebih peka memberi markah air tangan mak dier *wink* Tp msh percaya citarasa buah hati bonda.. kalo dorg kata sedap memang sodap.. begitu juga sbaliknya :D :D :D |  |
|