Hikayat jari Dang Amai

Sumbangsih untuk Bonda Almarhumah Dayang Hjh Halimah Hj Yussof




Malaysia:
  • VANILLA PASTRY BANDAR BARU BANGI.


  • Brunei Darussalam
  • BEST EASTERN BOOK STORE BRUNEI DARUSSALAM
  • LE APPLE BAKERY
  • PUSTAKA REMAJA


  • On-Line Sale:
  • JEMARI SENI
  • E-KEDAI














    PURIH BANGSA

    Brunei tanah air kita
    Warisan berkurun lamanya
    Budaya Melayu teras bangsa
    Islam cara hidup kita

    Kita purih pancir mulia
    Tabah gagah berhemah tinggi
    Bermaruah dan berperibadi
    Bersopan sedar harga diri

    Masa depan penuh cabaran
    Kita ungkayahkan dengan iman
    Dengan ilmu bakti setia
    Ikhlas amanah kerana Allah

    Bangunkan kemakmuran
    pelihara keamanan
    Teguhkan kedaulatan
    Tegakkan keadilan
    Junjunglah kebenaran
    Hidupkan kerohanian
    Ajaran Allah kita turutkan

    Tegak bersatu mendukung negara
    Brunei sejahtera bumi tercinta
    Taat setia rakyat bahagia
    Di bawah naungan Sultan kita





    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anak pemagat dibawa lari,
    Dibawa oleh anak Benggali;
    Mari tuan duduk kemari,
    Makan sirih bersama kami
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




  • << October 2005 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01
    02 03 04 05 06 07 08
    09 10 11 12 13 14 15
    16 17 18 19 20 21 22
    23 24 25 26 27 28 29
    30 31




  • Remalan Cuaca Negara Brunei Darussalam






  • ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Pohon besar empat pemeluk
    Hendak ditebang berdiri duduk
    Kalau tidak panjang penjuluk
    Manakan dapat bunga yang elok

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



    Gandang Si Dondang
  • Dendang Brunei
  • Seri Brunei


  • Brunei Tanah Air Ku
  • KHEU
  • KAMUS BERUNAI


  • Radio Televisyen Brunei
  • RTB Home Page
  • PELANGI 91.4 FM


  • Resepi RTB
  • Kek Lapis Tarap
  • Sajian Dapur Radio Kitani



  • Seni tiada sempadan
  • Jari Amaiku
  • Kaban Craft
  • Rajawali Art Gallery
  • Redzuan Rusli Melakar
  • Rozi d artist


  • Apanya kitani
  • Anak Brunei
  • Awan Biru
  • Brunei Iron Lady
  • Brunei Tau
  • Crystal Frog
  • Dang Ayang
  • My Passion
  • Rouge Economist
  • Pak Malau
  • Paulaland 16
  • Pena Gila
  • Puasha
  • Redzuan
  • Seri Dewi
  • Si Pugut
  • Temburong Central
  • Ucing Itam


  • Dang Sanak
  • Memeng
  • Penguin Kalas di gurun pasir
  • Ct


  • Kadai Orang kitani
  • Hobi
  • Made to oder


  • Dapur orang kitani

  • Blue Eden
  • Brunei Restaurant Review*
  • Cookie Monzters
  • Food for thought*
  • Food Hungry
  • Foodie Tales
  • Life, Food and Randomness
  • Sapphira Cakes
  • Self taught Chef
  • The Cupcake Queen Brunei
  • What's in your tummy
  • Carita Makan





  • Penglipur Lara
  • Adek Nakal
  • Bonda Puteri
  • Bonda Ratu
  • Spupu Spapat
  • Jidah
  • Klavu Qulit Tiqus
  • Tanah Pusaka
  • Achik
  • Otak Gila da Babas


  • Adek beradek lain mak-bapak
  • Aida Maheran
  • Wabbit Da Rabbit



  • Membuka minda
  • Atikah
  • Atok
  • Arigato
  • Baghdad is burning
  • Budin TaBabas
  • Hijau Zamrud
  • Jiwarasa
  • Jahrera
  • Mohd Hatta Ghazali
  • Khabar dari Makkah
  • Nujum Pak Belalang
  • Pramoedya
  • SuriJiwa



  • Bila mata pena menari
  • Adileah
  • Aisya Sofea
  • Aida Adriani
  • Aina Emir
  • Anis Ayuni
  • Azizi Abdullah
  • Damya Hanna
  • Darma Mohammad
  • Eyman Haykal
  • Faisal Tehrani
  • Niamat'atiffi
  • Imaen
  • Izza Aripin
  • Izzulizzati
  • Matt Romeo
  • John Norafizan
  • Khairyn Othman
  • Lynn Dayana
  • Damya Hanna
  • Lily Suriani
  • Najwa Aiman
  • Norzailina
  • Meen Zulaikha
  • Norisah Bakar
  • Lily Kamaluddin
  • Lilly Haslina
  • Noorsuraya Adnan
  • Rnysa
  • Ruby Hazri
  • Salina Ibrahim
  • Sri Diah
  • Zaharah Muhammad



  • Dang malai Dang bungang ku:
  • Dang Amai
  • Dang Anis
  • Dang Ayang
  • Dang Inoi
  • Dang Jijah
  • Dang Kalas
  • Dang Nila
  • Dang Sari



  • Bicara tentang buku
  • Anak Dara Menteri - Matt Romeo
  • Anak Dara Menteri 3 - Matt Romeo
  • Bara - Abdul Rahim Awang
  • Damai - Noor Suraya
  • Doa Buat Suamiku - Sri Diah
  • HAIKU - Lelahiro/DiPinggiran/Tabir Alam
  • Janji Kasih - Sri Diah
  • Katak Di Atas Tempurung - Hj Mohd Hussain Hj Rahmanh
  • Kasih Kita - Najwa Aiman
  • Kopi susu sepatu biru
  • Lorong Ke Kaki Langit - Adi Al-Hadi
  • Labyrinth - Imaen
  • Mahligai Cinta - Sri Diah
  • Nyanyian Tanjung Sepi - Noor Suraya
  • Surat Ungu Untuk Nuha - Noor Suraya
  • Pada angin aku berpesan - Adileah
  • Panggil aku Dahlia - Noor Suraya
  • Takdir - Norisah A.Bakar
  • Tetralogi Laskar Pelangi - Andrea Hirata
  • Tetralogi Laskar Pelangi - Andrea Hirata
  • Travelog HAJI Mengubah Sempadan Iman - Muhd Kamil Ibrahim
  • Zahrah de Tigris - Khairyn Othman


  • Layarlara
  • Jang Geum


  • Si Tukang Ulas novel
  • Antu Buku
  • Seribu Satu Malam
  • Carriekirana
  • Wan Amalyn
  • Ulat Buku




  • Kitab coklat bulu sapi ~da7Crownies~
    chance made us friends
    hearts made us sisters
  • Kaka Basai
  • Lai Damit
  • Along
  • Angah~Achik~Ucu


  • Sesuatu
  • Aku yang pancit
  • Pontianak
  • satu-dua-tiga
  • Tersampok
  • Teropong Ajaib
  • Ternakan cendawan


  • Mambang Tanah
  • Do Mulu


  • Masam-masam Manis
  • Puteri Abu dan Tongkat Sakti
  • Lucifer oh Lucifer
  • Mahligai Cinta Ku
  • Hobi Gila
  • Kucing
  • Suntuk


  • Bila hati menjerit
  • Rindunya zaman hingus meleleh
  • Disubuh duapuluh tujuh februari


    Teman Maya
  • Adhan
  • Anni
  • Bunga Di Jakarta
  • Cik CTi
  • Chempaka
  • Siti Di Kota Singa
  • Suhaila di Nagaoka



  • Landing Time
  • Eita
  • Kak Uya
  • Ija
  • Ruby Hazri
  • Ryana
  • Seriadriani


  • Gudang Buku
  • Alaf21
  • CESB
  • Jemari Seni







  • Khazanah dapor ku yang tak ternilai


    [Periuk Nasi] [Chocoholic] [Fingers] [Gourmet - 60years in making] [Salad] [Say Cheeze] [Scone] [Shortbread]


    MengAyamKaran???
  • ABC Cake
  • Ayam Madu
  • Batu Belah Batu Betangkop
  • Bread Butter Pudding
  • Brodetto
  • Choc Almond Muffin
  • Chocolate Ganache Cheese Cake
  • Custard Coconut Rough>
  • FudgyBrownies
  • Kek Cawan Sanang dan Nyaman
  • Laksa Labok
  • Myrah Cuppies
  • Makaroni Bakar
  • Kek Ngek Ngeek
  • Pancake With Caramel Apple
  • Pavlova
  • Pavlova TIPs
  • Rangin
  • Redbean Bun
  • Roll Bulu Merak
  • Roll Batu Bungan
  • Roasted Duck with Cranberry Sauce
  • Sayor Tai Thong Bu Apsah
  • Shortbread
  • SinahMon Roll
  • Snow White Cheese Cake
  • Soto Rindu
  • Summer Fruit Pie topping with Meringue
  • Tat Nenas
  • Triple Chocolate Peanut Butter Cookies
  • Trifle




  • Dapur berasap
  • Animah
  • Bakers Place
  • Brownies
  • Bunda Nandine di Batam
  • Cek De Sam
  • Cik Wan
  • Cookies Monstarr
  • Diana
  • Ihsan
  • Jun di Shah Alam
  • MamaFami
  • Kak Norz
  • Kak Pah Sherry
  • Mama Sya
  • Mamazieza
  • Mama Vouge
  • Mat Gebu di Johor
  • Princess Haryati
  • ResipiNet
  • Rinnchan
  • Rossya
  • Rozzan di Singapura
  • Su Yin
  • Tun Zureidai
  • Ummi di Pahang
  • Umi-e
  • What I eat today?


  • Betty Crocker
  • Cooking for Engineers
  • Delia Online
  • Jamie Oliver
  • Nigella Lawson
  • Gadget Candy

  • Landing time:
  • House and Garden
  • Better Homes and Garden




  • Mula mencoret 21hb March 2005






    My blog is worth $11,290.80.
    How much is your blog worth?




    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed



    Sunday, October 09, 2005
    Macoroni Bakar


     


















    Optional:

    350ml susu segar
    125 gm tepung serbaguna
    150 gm mentega
    1 cawan keju parmesan
    1 cawan keju mozarella
    1 s.m oregano
    1 s.t italian mixed herbs
    Bahan Utama:

    1 Paket  macoroni
    500gm daging cincang
    2 biji bawang besar dipotong dadu
    4 biji bawang merah dicincang
    5 ulas bawang putih dicincang
    5 biji tomato merah dipotong dadu
    1 biji red bell pepper dipotong dadu
    250ml sos tomato pasta
    2 s.b sos cili
    2 s.b cili kisar
    Minyak zaiton secukupnya.
    Garam secukup rasa.

    Nota:-
    Bahan tambahan itu boleh juga anda tinggalkan. Tapi adalah lebih baik jika anda memasukannya. Sos krim itu akan membuatkan tekstur macaroni anda melekat dan tidak berderai. Keju mozarella itu juga fungsinya untuk menambah keenakan macorini tersebut. Bila makan panas-panas keju itu mencair. Dan bila diangkat dari mangkok casserole, dia akan melekit dan elastik, seolah-olah gula-getah yang kenyal (sepertimana iklan *iz*a *ut)
    A)
    Rebus macoroni hingga empuk. Ketepikan.
    Tumis bawang dengan minyak zaitun dalam saucepan hingga naik bau.
    Masukan bahan sos kecuali tomato dan red bell pepper.
    Masukan dagging cincang, masak 5 minit
    .

    (B)
    Ambil saucepan, panaskan mentega dengan api yg sangat perlahan.
    Masukan tepung dan kacau sentiasa supaya tidak bergentel 2minit.
    Masukan susu segar sedikit-sedikit dan kacau lagi. Masak dalam 2minit lagi.
    Masukan keju parmesan dan gaul rata.
    Bila sudah siap, masukan sos krim ini kedalam daging (A).
    Masukan lagi macoroni, red bell pepper dan tomato cincang.
    Tuang kedalam mangkok casserole, tabur dengan french herbs dan keju mozarella.
    Bakar dalam 180celcius selama 25 minit atau pun sampai macoroni kuning keemasan.
    ~Sekapur Sireh~

    Bila difikirkan kita ni membuang masa, tenaga dan wang ringgit. Tiap kali menjelangnya ramadan, perkara yang selalu dititik beratkan ialah meja makan. Tak sah berbuka kalau tak penuh meja dengan pelbagai hidangan.
    Tak cukup digerai ramadan beli ayam golek, ikan panggang, nasi beryani, kerabu sam tam, mee goreng mamak, sirap bandung, ABC, Cendol Temburon*... namakan apa saja yang nampak dimata semua nak beli. Kemudian sampai dirumah buka peti es, nak masak lagi! Alahai... Betul punya godaan nafsu yang luar biasa.

    Tapi sampai waktu berbuka, baru sebiji kurma masuk kedalam perut dan segelas air membasahi tekak sudah terasa kenyang seperti makan nasi satu pinggan. Maha pemurah Tuhan yang memberi kita rezki. Akhirnya segala hidang yang penuh dimeja tinggal begitu saja tidak dijamah. Alangkah ruginya kita, berajakan nafsu semata.


    Seriadriani menu hari ini adalah khas Nina buatkan untuk mu. Tak tahu lah jika bukan hidangan ini yang dicari. Sekadar berkongsi ilmu yang entah boleh dimanfaatkan ataupun tidak. Sos tersebut boleh juga Seri gunakan untuk membuat Spagheti atau Lasagna. Anak-anak Nina pun suka hidangan ini.


    AN ampun! resipi biskut coklat mu akan ditunda lagi. Bahan-bahannya belum lagi sampei dierpot. Kilang tepung Australi bilang gudangnya lagi gawat, pekerja abis libur ke Bali.. :P Egg Tart Bahtiar sudah dicuba???? Akak suka makan Portuguese Egg Tart dengan crust yang berlapis-lapis tuh(mcm karipap putar). Rasanya rich sikit. Bahan krimnya cuma guna gula, telur dan susu segar. Enak banget.. yum yum yum... *wink Bahtiar*(kut2 Bahtiar dapat beri resipi tart tersebut). 

    Posted at 08:21 am by ninasuria
    Sekacip Pinang (19)  

    Wednesday, October 05, 2005
    Red Bean Bun


    resepi percuma dari kilang tepung cap kunci.. hehe

    Bahan:
    1000g tepung high protein
    20g instant yeast
    5g bread improver
    15g garam
    50g susu tepung
    250g gula pasir

    450g air sejuk (sejuk ais)
    2 biji telur gred-B
    100g butter atau marjerin
    100g shortening

    Cara Membuat:
    Campurkan semua bahan yang kering dan gaulkan. Kemudian masukkan telur & air, adun rata sekitar 5 minit sehingga dapat satu doh kasar. Masukkan butter/margarine dan shortening dan uli lagi 20 minit sehingga dapat doh yang kenyal. Rehatkan doh dalam bekas bertutup sekitar 15minit, kemudian potong, timbang 50g atau 60g setiap satu dan bulatkan. Rehatkan lagi sekitar 10minit, lalu bentuk atau isi sesuai selera. Rehatkan lagi sekitar 60 ke 75minit atau 2 kali ukuran asal. Sapu dengan telur yang dicampu dengan susu segar. Bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah C selama 15 ke 20 minit hingga kekuningan.

    Selamat mencuba.

    nota:
    Kalau takde mesin dough mixer dan nak uli dengan tangan, adalah lebih baik buat sikit je. Setengah adunan ataupun suku adunan. Lenguh wooo uli satu kilo dengan tangan...
    Inti:
    Beli yang ready made jer hehehe. Atau korang buat sambal ikan bilis atau pun sardin.

    tips:
    1. Bahan minyak tu bolehlah gunakan sepenuhnya butter mahupun sepenuhnya margerin. contohnya 200g butter.
    2. Bread improver tu kalau takde pun boleh juga.
    3. Suhu bilik semasa rehat 60minit tu mestilah antara 35 ke 39degree C. Kalau suhu bilik sejuk dia lambat naik.

    Resipi Roti percuma kat atas nih aku pinjam dari rumah Bahtiar Si Pembuat Roti. Korang bolehlah cuba, 100% tepat. Tak payah was-was, memang jadi punya. Kalau tak nak buat sendiri boleh beli roti kat Bandar TAR, dia ade menjaja rotinya disitu. Bahtiar aku dah buat promosi, berapa % nak bagi Nina nih *wink*

    ~Sekapur Sireh~
    Hari ini bermulanya puasa diBonai. Sedehnya aku tak dapat mengerjakan ibadah ini bersama-sama. Sudah menjadi fitrah dunia, kaum perempuan ada waktu cuti khas diperuntukan.

    Awal-awal pagi lagi aku kekedai mencari bahan-bahan kuih. Tokeh kedai belum lagi habis membuka pintu kedainya, kaki ku sudah lancang menceroboh masuk. Mata ku liar mencari bahan-bahan kuih yang diperlukan. Aku hampir terpekik melihat harga bahan-bahan kuih yang melambung naik. Mentega 2Kg yg dulunya cuma $13.80 kini dah $15.60, tepung Mother's choice dulu $1.80 kini $2.60, Almond dulu 1kg $22.00 kini $24.90, Blueberry pula naik $1.20 begitu juga chocolate cooking naik $1.00 dan segala bahan dekorasi biskut semua naik sampai 20%. Aku betul-betul kesal, rasa nak baling tin mentega tuh kat tokeh C*n* yang tersengih macam kerang busuk mendengar omelan ku. Aku tak peduli petpotpetpot diawal pagi didalam kedainya. Biar tuah paginya tak jadi masuk(ehm.. tak kosa ngan Feng Shui Tokeh ni.. biar dia terlingkup.. jahatnya aku :P)

    Sampai kerumah pukol 9:30pagi, adek  aku buat temujanji nak bawa menyukat kedai lagi. Hampir pukol 11pagi dia dan Ryn laki bini datang menjemput ku. Kami teruskan lagi projek menyukat kedai dari kawasan Berakas hingga ke Gadong. Mencari sesuatu, tak juga berkenan dihati.. tapi aku jugak yang tersangkut. Acap kali masuk kedai aku jer yang penuh tangan.. memang tak dapat elak pun.. bila melihat sesuatu yang  tak dapat dibendung.. pesan hubby dan sumpah ku hilang.. entah kemana..

    2:30 petang baru kami pulang kerumah. Keinginan ku mencuba resipi roti Bahtiar melonjak-lonjak. Aku pun mengumpulkan bahan-bahan yang diperlukan. Dalam masa 20minit aku sudah siap menguli doh roti menggunakan mixer kenwood ku. Aku sengaja tidak mengikut arahan Bahtiar untuk menguli doh peringkat kedua tu  selama 20minit. Bukan fasal aku malas. Aku takut mesin ku tu meletup. Nak harapkan tangan ni menguli??? mana ade power?? nak pinjam kat popeye?? Faham-faham je lah .. mesin tu bukannya untuk mengadun doh roti. Karang tak fasal-fasal keluar lagi duit aku beli yang baru.. Ini kan dah hampir kopak dikenakan si Tokeh C*n* tu. Kalaulah ade kedai lain yang menjual bahan-bahan keperluan ku itu.. pasti aku tak mahu lagi tengok muka C*n* yang gila harta tu.

    Aku betul-betul seronok bila ku lihat doh telah mengembang setelah direhatkan 10minit. Aku pun menarik-narik  doh yang kenyal itu menjadi panjang untuk ku potong-potong kecil, mengikut sukatan 50gm untuk sebiji bun. Bila melihat doh ku tarik panjang-panjang itu, Lutfan dan Leynah merengek nak mintak doh roti tu. Sakit telinga aku mendengar jeritan mereka berdua. Aku terpaksa akur. Ku hulurkan dua ketul doh untuk mereka diam.

    Tepat 60minit aku pun mula membakar dulang yang pertama. Aroma harum roti keluar mencucuk-cucuk hidung setelah 10minit berlalu. Ku intai dari  luar cermin oven, nampak roti itu mengembang cantik. Bebarapa minit kemudian ku keluarkan roti tersebut. Memang cantik dan sungguh menyelerakan. Rasa nak makan terus, tapi ingatkan hari puasa(walau aku tak puasa) aku batalkan niat ku. Bila dah beduk berbuka berbunyi aku pon terus ngap roti tersebut. Memang boleh tahan rasanya. Terima kasih Bahtiar kerna sudi memberikan resipi percuma. Lain kali berilah kita resipi croissant pulak eik.


    Posted at 11:33 pm by ninasuria
    Sekacip Pinang (12)  

    Monday, October 03, 2005
    Selamat menyambut bulan Ramadan

    RANGIN

    4 cawan kelapa parut (buang kulit hitam)
    2 cawan tepung pulut
    1 cawan gula pasir
    Garam secukup rasa


    Adun mesra kelapa parut dengan tepung pulut.
    Ambil dulang pembakar kueh tembaga (khas untuk membuat kuih tradisional melayu berbentuk bunga)
    Panaskan diatas api yang perlahan.
    Masukan adunan kelapa setengah dari acuan tersebut.
    Taburkan gula pasir diatasnya.
    Masukan lagi adunan kelapa sehingga penuh acuan tersebut.
    Tutup dulang pembakar tu supaya udara tidak keluar.
    Bakar dalam 10minit. Kemudian balikan kueh yang separuh masak tadi.
    Dan bakar lagi dalam 5 minit. Atau kuih rangin menjadi kuning kemasan.
    * Boleh bakar dalam oven.

    ~Sekapur sireh~
    Kuih rangin ni sedap dimakan panas-panas. Apa lagi lepas keluar dari dulang pembakar. Diluar rasanya ranggup didalamnya lembap pulak. Memang sedap, kelapa parut yang lemak dan manisan gula yang cair mengadunkan rasa yang authentic. Sebenarnya kueh melayu Brunei ini sangat mudah disediakan sekarang, berbanding 30 tahun yang lampau. Zaman aku kecik dulu, betapa susah aku tengok nenek menyediakan kuih ni. Mula-mula beras pulut itu dibersehkan.  Kemudian direndam hingga kembang, lepas tu ditoskan hingga kering airnya. Kemudian beras pulut itu digiling untuk menghasilkan tepung pulut yang halus sepertimana tepung pulut yang ada dipasaran sekarang ini(tapi sayang rasa tepung pulut masa ini tidaklah sesedap rasa tepung pulut yang nenek moyang kita buat dulu, mungkin air tangan dan peluh menitik kut :P).

    Kelapa pulak dikopek sabutnya dan dipecahkan tempurongnya. Lalu dibuang kulit arinya(kulit hitam). Barulah diparut. Supaya mendapat hasil parutan kelapa yang cantik putih gebu. Ingat waktu dulu, aku suka tunggu nenek kopek kelapa ni.. sebab aku nak makan tumbungnya(didalam buah kelapa tua selalunya ada berisi buah yang lembut seperti span berbentuk bulat dan bewarna putih kekuningan, rasanya kadang-kadang manis).

    Lepas tu kayu arang dinyalakan diatas tungku kayu. Disanalah nenek letakkan dulang tembaga untuk membakar kueh rangin tu. Selepas dulang tembaga itu penuh diisi dengan adunan rangin, nenek akan meletakan sebiji tudung belanga yang diisikan dengan kayu arang lagi diatas dulang tembaga tersebut(fungsinya sepertimana oven sekarang ini yang mempunyai api atas dan api bawah). Dengan hawa yang panas aku ikut duduk bersimpoh sebelah nenek mengipas-ngipas kayu arang supaya apinya dapat dikawal dengan baik. Maka hasil kuih rangin tu pun akan cantik dan menyelerakan.

    Pinkjambu tahniah kerana telah berjaya menghasilkan bread pudding yang enak. Kita pun tumbang gumbira mendengar khabar dari seberang :P Lepas ni bolehlah mengikut kelas masakan seterusnya eik. AN macamana pulak.. dah buat ker.. takkan dilangkau PinkJambu pulak, kata mengidam nak makan pudding five star hotel tuh :P

    EM orang utara kata; dia nampak EM buka meja, jual tart nenas kat gerai ramadhan(eik apasal dah bukak gerai ramadhan??? beduk belum gendang lagi!). Habaq lah kat kita-kita... no'

    Pssssstttt birunila betul ke EM antaq satu lori tart nenas kat hang????? apasai tak mai (eik! betuih ka aku syakap nih... :D :D :D) Btw diyamon tu tulin bangggggggg... ;) 

    Ahada, ni lah salah satu diantara kuih tradisi melayu Brunei yang akak tahu dan suka makan waktu kecik-kecik hingga dah jadi mak budak nih ;)

    Eita, akak dah berenti raya.. dah masuk ramadan ni kuakuakuakuangggggg (terbalik! raya dulu.. kemudian posa.. pening lalat *bowling*)

    Bulan ramadhan akan bermula lusa. Tapi kalau lah anak bulan nampak nanti malam, pasti kita berpuasa esok. Dan esok petang pasti ada yang sibok didapor menyediakan hidangan untuk memenuhi selera puasa yang luarbiasa membuak-buak.  

    Dan aku masih lagi seperti hari kemarin.. mengira.. menghitung.. ???? Selamat menjalankan ibadah puasa, semoga diterima Allah jua.



    Posted at 10:58 am by ninasuria
    Sekacip Pinang (12)  

    Saturday, September 24, 2005
    Raya.. raya.. raya..

    Senario 1
    Orang depan tanya, baju raya dah buat ker??
    (satu helai pon lum hantar lagi)
    Orang tepi tanya, kueh raya dah tempah ker??
    (eik perli ye!)
    Orang sebelah tanya, langsir raya dah siap ker??
    (nak tunggu langsir sampai jatuh)
    Orang belakang tanya, utang puasa dah qada ker??
    (dah lama dah langsai)
    Dan aku tanya, antu raya tak nak jumpe ker??
    (eik! aku terhingin ker?????)

    Senario 2
    Orang depan tanya, Nina! napa pompuan yang itu.. itu.. jer jawab kau nye hp??
    (...nombor yang anda gunakan tidak berdaftar...)
    Orang sebelah tanya, Nina! bila aku tipon kau kat rumah, napa kau tak pernah ade??
    (..ibu lagi pergi.. nanti saja telfon kembali yah)
    Orang tepi tanya, Nina! napa tak jawab sms aku ??
    (...dia guna nombor hp yang dah pencen...)
    Orang belakang tanya, Nina! kau nyorok eik??
    (...keluar rumah orang masih dalam kelambu.. sampai rumah orang dah masuk kelambu)
    Dan aku tanya, Nina! kau nak wat bisnes ker tak nie??
    (Aku???? masih berlari mengejar masa yang tak menanti ku.. huhuhu)

    Kedua-dua senario tu punya satu maksud yang sama. Iaitu R.A.Y.A raya!. Aku nak sambut raya ke tak... Dan bila aku sudah sambut raya.. Aku nak jual kueh raya ke tak.. Ni lah yang jadi dilema aku. Kawan-kawan abang aku asyik bertanya bila aku nak keluarkan senarai kueh aku. Kawan-kawan aku pun sama, sebok cari aku nak dapatkan borang tempahan kueh raya. Jiran sebelah aku pon dah bising tanya senarai kueh raya. Kiri.. kanan.. depan.. belakang.. semua cari aku fasal kueh raya.

    Aku bukan apa, aku tak ada masa nak bukak pc aku nak buat senarai kueh tu. Lagi pula sana sini orang dah siap distribute senarai kueh mereka seawal bulan Ogos yang lalu. Dan aku masih lagi macam dulu.. Angan-angan nak buat jualan gempak melambung tinggi. Tapi sampai abis bulan syaaban senarai belum jugak dikeluarkan. Customer pulak yang pening cari aku. Aku bukan nak cakap sombong. Apalagi riak. Tapi itulah realitinya. Suka buat jualan tanpa membuat plan terlebih dahulu. Kekadang plan aku tu berubah time aku dapat ilham baru. So terhasil lah produk-produk alien dipasaran Sinah Bisc.

    Akhirnya malam tadi aku pon memaksakan diri ku membuat senarai kueh raya yang entah hape. Sebahagian biskut-biskut yang tersenarai itu semua ada kat gambar bawah. Dan yang haru lagi.. sebahagian biskut dibawah ini belum bernama. Seperti biskut berbentuk jejari yang dihiasi bunga ros pink tuh(baris keempat dari kiri). Pening aku cari nama yang gempaq.. Dan akhirnya dengan fikiran yang pening lalat, aku letakan nama 'Biskut Coklat Pink Jambu' (PinkJambu! tolong halalkan ye.. ). Dan Pink Jambu tolong jangan tanya aku resipinya.. nak tahu kenapa???? aku belajar dari Si Tukang Roti " .....kalau pelanggan tau resepi nanti akan menjejaskan citarasa secara psychology. Secret has its own value." - dipetik dari Bahtiar Pembuat Roti.

    Hakcipta terpelihara :P (macamlah orang berkenan sangat )

    ~Sekapur sireh~
    Ramadhan semakin hampir menjengah kita. Macam baru semalam ku dengar suara takbir raya yang bergema tahun lalu. Baju raya ku yang dua tahun lepas pun maseh baru. Dan orang disebelah ku tu pun maseh menyimpan kueh raya tahun lalu. Entah aku pun tak tahu. Adakah betul masa terlalu cepat beredar meninggalkan kita. Atau kita yang lalai mengejar hal duniawi.

    P/s kalo nak tahu jawaban aku disebalik senario tu.. highlight jer dibawah soaltanya tuh :p

    Posted at 06:58 pm by ninasuria
    Sekacip Pinang (10)  

    Wednesday, September 21, 2005
    Tidak tahu tapi tahu...

    Seminggu aku mengikuti kursus Pembangunan Laman Web di InstitutPerkhidmatanAwam. Seperti biasa,  sesi awal dimulakan dengan suaikenal para peserta kursus. Aku seperti biasa jugak hanya akan mengenalkan diri ku yang tidak punya kemahiran apa. Itulah sikap ku. Walau aku tahu aku akan mengatakan tidak tahu. Bukan bermaksud aku sengaja buat bodoh. Aku lebih suka menjadi orang tidak tahu. Maksudnya aku selesa dengan keadaan yang tidak tahu tapi tahu.. daripada orang tahu tapi tidak tahu. Maksudnya lagi.. bila aku belajar sesuatu benda yang aku tahu tapi tidak tahu apa fungsinya samalah juga seperti orang yang tidak tahu apa. Aku mahu menjadi orang tahu yang berilmu bukan orang tahu yang tidak tahu... (opppsss korang tak usah fikir sangat.. nanti tambah pening! ahak).

    Balik dari berkursus, kerja sudah sedia menanti ku. Pemasangan komputer e-gomen projek masih lagi dijalankan. Bayangkan seluruh warga Jeh Pi Keh Ei dibekalkan dengan komputer yang berteknologi tinggi demi menyahut seruan kerajaan membudayakan kerja dengan AI SI TI. Maka masa ku penuh dengan aktiviti kehulu-kehilir. Memantau dan memastikan kerja-kerja pemasangan komputer dan penyambungan rangkaian berjalan lancar..

    Dan dapat kurasakan betapa sakitnya dua orang teman ku itu, menjalankan kerja yang sepatutnya ditangani oleh kami lima orang(dua org daripada kami dikerah mengikuti kursus dan yang satu lagi memangku jawatan sambadih yang bercuti kahwin), tetiba hanya mereka berdua sahaja yang tinggal dipertanggungjawabkan dengan bebanan kerja yang mencabar fizikal dan mental.. (i.e memungah komputer dan menghadapi kerenah pengguna yang 1001 perangai yang teramat menyenangkan :P) 

    Bukan salah ibu mengandung. Perasaan simpati tetap bersarang didalam dada. Aduss.. Biasalah kan.. culture shock. Dah terbiasa dengan budaya kerja yang lama.. Bila dikenalkan sesuatu yang baru.. adalah suara yang sumbang singgah ketelinga. Kekadang berdesing jugak telinga mendengarnya. Kalah makan sambal rindu semangkok. Tak pe lah juadah Puasa Syaaban kut......

    Dan tengah hari ini selepas menghantar adek kesekolah, aku terus mengambil kesempatan menulis n3 ini demi menyampaikan hajat EM yang dah lama ku biarkan sepi. Maaf ye EM terpaksa menunggu lama menanti resipi tart nenas yang entah hape ini..

    TART NENAS

    Bahan-bahan 
    450 gm tepung gandum 
    50 gm cornflakes (optional)
    350 gm mentega
    4 biji kuning telur 

    Untuk Intinya: 
    3 cawan gula merah
    2 biji nenas diparut 
    1 biji jus oren
    2 s.m mentega 
    5 kuntum bunga cengkih (optional)

    Intinya:
    Nenas parut dimasak dengan bunga cengkih bersama jusnya(½bahagian sahaja diambil), dengan api yg perlahan.

    Apabila hampir kering masukan jus oren dan gula merah.

    Masak sampai pekat (Kacau selalu supaya gulanya tidak hangus).
    Sebelum diangkat masukkan mentega gaul hingga sebati.

     

     Gambar hiasan - rasa macam dah raya kan????


     
    Doh:
    Pukol mentega dengan kuning telur hingga lembut(jangan terlalu lama memukol). 
    Masukan cornflake, adun hingga sebati.
    Masukan tepung gandum adun lagi sehingga menjadi doh yang lembut. 
    Masukan doh kedalam piping bag. Picit memanjang diatas kertas minyak atau lapik plastik. 
    Bentukan jem nenas td sama ada bulat lonjong atau mengikut citarasa anda.
    Letakan diatas doh dan gulung kemas.
    Sapukan kuning telor sebelum membakar.
    Bakar sehingga kuning keemasan.
     
    ~Sekapur Sireh~

    Cornflakes tu boleh diganti dengan tepung jaggung atau bahan bijiran lain. Ianya hanyalah melebihkan rasa ranggup dan terxtra sedap. Dan kalau korang terlebih rajin, tepung gandum tu boleh dijemur dipanas matahari, sehari sebelum digunakan. Ianya membantu kueh kita lebih ranggup dan ringan. Kalau korang nak biskut itu kembang, bolehlah masukan 1s.m baking powder. Tapi aku lebih suka bentuknya yang tidak mengembang itu. Lebih nampak kemas dan cantek. Telur kuning untuk disapu kepermukaan biskut itu boleh dicampur dengan 1s.m susu segar, supaya biskut itu nampak cantek, berkilat dan tidak keras.

    Sebenarnya membuat biskut ini taklah sukar sangat. Sepertimana kita membuat kek atau pun kueh tradisi melayu. Kita campak apa pon, dia akan menjadi. Cuma isu tekstur dan rasa biskut itu saja akan menjadi kita cuak untuk mencampak bahan-bahan sewenangnya. Selamat mencuba Em dan soma pengunjung rumah Nina ini.

    Posted at 12:35 pm by ninasuria
    Sekacip Pinang (12)  

    Thursday, September 15, 2005
    Bread Butter Pudding


    Custard
    12 eggs
    1litre fresh milk
    1cup evaporated milk
    1cup heavy cream (optional)
    2cup caster sugar
    10-15pc bread (cut diagonally)
    1cup butter
    1tbl.s vanilla
    1cup raisin soak with 1 lemon juice (optional)


    Butter each slice of bread(one sided only)
    Soak buttered bread with 2 cup milk in a baking tray. Put aside(*). 
    Beat egg and sugar lightly.
    Add both milk. Mixed well.
    Grease a baking dish with butter.
    Line the bread on it (*).
    Sprinkle with raisins.
    Then slowly pour the custard mixture over the bread.
    Put baking dish in a roasting pan.
    Fill pan halfway with water to make a water bath.
    Bake until custard set (about 45 minutes).
    Take it out and brush the top of pudding with butter.
    Bake another 5 to 10 minutes. Or until the bread golden brown.

    Sauce

    ½ cup caster sugar
    3 cup fresh milk
    1 cup heavy cream
    4 tbl.s custard powder
    1 tbl.s vanilla

    Mixed custard powder with ½cup milk.
    Add heavy cream and mix well. Put aside
    Heat the fresh milk.
    Pour the custard mixture gradually.
    Keep stir until the sauce become thick.

    ~Sekapur Sireh~

    Hari minggu yg baru lalu, hubby bawa kami minum pagi kat F00D Z0NE, Biasalah kalau pergi kesana, menu pilihan utama anak-anak adalah Dim sum. Anak-anak dengan hubby sudah santai dimeja dengan hidangan Dim Sum; Ha Kao, Seaweed Roll, Shark fin dumpling, Shumai, baked mussel, Beancurd Roll dan ade beberapa dish lagi yang ku tak tahu namanya.

    Aku masih mencari sesuatu yang rare spesis dari satu stall ke satu stall. Akhirnya aku ternampak bread butter pudding. Apalagi kecur air liur ku melihatnya.. Aku terus membeli sepiring bersama seteko breakfast earl grey tea kegemaran ku. Ehmm.. memang sedap. Masuk saja kemulut terasa custardnya terasa halus dan lembut mencair diatas lidah ku. It was really sinful.. Dalam aku menikmati bread pudding tersebut, terkenanglah aku pada AN. Janji manis ku.... ohhhhh...

    *tukar mode*
    Aduh bagaimana bisa aku katakan lagi...(pinjam kata-kata romantik PinkJambu). Hari-hari ku penuh dengan kerja yang tak pernah surut. Dan semalam aku makan lagi bread butter pudding direstoran Ny0nya. Hati ku makin bertambah gundah akan janji ku yang belum lagi lunas. Dan alasan apalagi yang harus ku berikan...

    Dan petang ini aku bernasib baik. Kelas tamat seawal pukol 4petang. Aku pun terus pulang dengan harapan dapat memenuhi janji ku pada AN. Alhamdulillah.. akhirnya aku baru dapat mengangkat muka sekarang. AN.. terimalah seadanya.. Kalau tak berhasil tanyalah pada Dang Ayang.. Dia lebih arif membuat Bread Pudding ini dari kekandanya.. Huhhhhh *mengingatkan orang disebelah sana* Sudah lama dia tak mengirimkan bread pudding kegemaran kekandanya ini..


    P/s Em rupanya aku masih lagi berhutang pada mu.. bagaimana aku boleh melangkau suadara mu ini AN.....??????

    Posted at 10:05 am by ninasuria
    Sekacip Pinang (15)  

    Tuesday, September 13, 2005
    Trip ke aMIRIka

    Sudah pekak telinga aku mendengar rayuan maut Si Kusying Blues Berbelang. Asyik-asyik tanya.. bila aku p tempat dia. Nasib Hp aku support 100s SMS, kalau tak paksa hari-hari aku kena buat spring cleaning. Mana taknya, soma penuh ngan SMS Si Kusying Blues Berbelang. Kalah SMS orang kena sindrom penyakit *C*.

    Setelah sehari kesahari.. minggu ke minggu.. bulan berganti bulan.. aku pun paksa hubby turun ketempat Si Kusying Blues Berbelang ni. Dah tak terlarat lagi menyimpan harta pesaka yang diturunkan Pokcik Wawa kepadanya. Si Kusying Blues Berbelang tu pon sama, tak sabar nak tengok harta karun tersebut.

    Sempena hari baik bulan baik(bertepatan hari Isra Mikraj 27 Syaaban bersamaan 1hb Sept) minggu lepas aku pun angkut famili aku semua menziarahi Si Kusying Blues Berbelang ini dengan menaiki mata belalang aku. Walau dalam hati 1,001 perasaan ngilu menghantui diri. Ketakutan aku ini berasas juga. Bila mana dua hari selepas kami menziarahi bandaraya aMIRIka, kedengaran khabar 4biji 4WD Bonai telah kena kidnap. Nasib.. nasib..

    Tiba dibandaraya aMIRIka pukol 1:40 petang (Miri yang baru dianugerahkan menjadi Bandaraya). Anak-anak aku dah bising.. komplin kebulur. Tapi aku janji ngan Si Kusying Blues Berbelang tu nak jumpa dia sebaik saja sampai di aMIRIka. Oleh kerana simpati ngan anak-laki aku dan juga perut aku sendiri, yang dah menyanyi lagu keroncong.. maka terpaksalah aku ketepikan temujanji aku dengan dia. Kami pun mengisi perut dulu kat fastfood yang tidak segera perkidmatannya. Bila perut dah kenyang, perasaan mengantuk pulak tiba. So apa lagi hubby pun terus checkin disalah sebuah hotel yang dikatakan orang selamat untuk orang-orang yang berSanisah Huri seperti aku. Bayangkan saja jika tiba-tiba bangun pagi mata belalang ghaib. Hish.. hish.. hish.. cabulnya mulut..
    Sampai jer ke bilik.. terus landing. Maka date aku dengan Si Kusying Blues Berbelang tu tertangguh lagi buat beberapa jam(sengaja aku beri dia panik sikit).

    Siap solat Asar barulah aku cari ofis kusying ni. Dalam perjalanan keofisnya, kusying SMS lagi. Betul kata aku. Dia gelabah. Aku belum sampai keofisnya lagi walau sudah hampir pukol 5petang. Aku pun beritahu dia yang aku terrrrsesat, tak dapat jumpa jalan Lut0ng. Yang ini betul aku tak tipu dia.. memang aku sesat pun. Dah bekurun tak menyusuri jalan tersebut aku dah tak ingat. Terlalu cepat tempat itu membangun rupanya. Sehingga sebuah rumah yang ku gelar Gua Niah itu pun aku tidak nampak lagi. Kemana menghilang??????

    Akhirnya aku terpaksa telefon Si Kusying Blues Berbelang minta arah tuju jalan keofisnya. Rupanya jalan keofisnya memang pernah ku lalui sebelum ini. Ehmmmm memang pun jalan pinang sebatang.

    Tiba diofisnya, ingat dia tunggu aku depan jalan. Rupanya dia kontrol ayu tunggu aku kat atas. Hish.. hish.. hish.. Tak ku sangka Si Kusying Blues Berbelang yang brutal rupanya adalah seorang gadis melayu aMIRIka terkuno. Terpana aku tengok dia bersalam cium tangan penuh hormat dengan aku. Santun teramat. Dalam hati, betulkah ini Si Kusying Blues Berbelang yang brutal itu. Tak nampak brutal pun. Orangnya pun tak sama dengan gambar yang ditayangkan beberapa waktu dulu. Gambar hari tu nampak orangnya brutal sangat. Tapi realitinya dia nampak lembut, manis dan yang paling mahal keibuan (dapat jadi mak tiri aku ahak..). Ceh!. Pandainya dia berlakon sehingga aku pun tertipu. Kalau tak percaya korang pergilah jumpa dia.Pasti kamu terkejut beruk melihat keayuan dia.. hish.. hish.. hish..

    Kezutan bertambah lagi, bila malamnya aku memenuhi pelawaan makan malam dirumahnya. Bapanya menyambut kami dengan ramah sekali dimuka pintu. Emak dia pulak kedengaran sibuk didapor.

    Rumahnya nampak kemas dan teratur. Nampak kehalusan tangan anak dara menata kemas ruang tamu rumah itu. Aku sendiri hampir nak pengsan bila kenakalan Leynah mula menjadi-jadi, berlari riang diruang tamunya. Bayangkan ada beberapa koleksi kaca unik dan hiasan batu karang tersusun rapi diatas coffee table.

    Bukan saja pandai mengemas, Si Kusying Blues Berbelang ini juga rupanya pandai memasak. Aku macam tak percaya jer bila baca n3 dia yang memasak malam tu.. Eh betul ke dia yang memasak nih. Boleh tahan juga Tom Yam Udang Kusying ni eik. Tak caya korang bacalah kat sini Hip Hip Hoorey Hip Hip Hoorey Boleh lah antar rombongan Cik Kiah lepas ni.

    Hampir 11:00 malam baru kami balik dari rumahnya. Terima kasih untuk kusying dan keluarga menyambut mesra kedatangan kami anak beranak. Harap-harap dapat bertandang lagi.

    Esoknye sebelum balik ke Bonai, aku singgah lagi keofis Kusying Blues Berbelang, menghantar barang yang tertinggal malam tu. aku sengaja tak bagitahu dia awal. Dalam perjalanan ke ofis dia, aku perhatikan betul-betul dimana letak sebenar rumahnya. Biasalahkan.. kalau malam tak nampak apa pon. Kusying kata rumahnya senang saja cari. Sebab rumahnya itu adalah satu-satunya rumah di Jalan Lut0ng yang ada ukiran unik kat dinding depan. Aku masih lagi membayangkan sebuah rumah yang ku panggil Gu@ Ni@h satu dekad dulu. Mungkinkah itu rumahnya. Dan bila aku terpandang saja rumah yang kami datangi malam itu.. 100% tepat jangkaan ku. Rumah Gu@ Ni@h itulah rumahnya.. Nasib hubby tak pitpotpitpot.. hunting rumah Kusying bertuah nih sampai dapat. Hahaha macamana aku boleh missed rumah tu, hingga dua tiga kali sesat. Tak patut.. tak patut..

    Posted at 12:09 pm by ninasuria
    Sekacip Pinang (20)  

    Tuesday, September 06, 2005
    Cookies time

    Custard coconut roughs

    Makes about 36
    1 ½ cups self-rising flour (mother's choice)
    ½ cup custard powder
    ½ cup caster sugar (you can add more)
    125g frozen butter (chopped)
    ¼ cup fresh cream
    ¼ cup shredded coconut (optional)

    1. Preheat oven to moderate 180c
    2. Sift flour and custard powder together into a large bowl, then mix in sugar.
    3. Rub in butter with fingertips until the mixture resembles coarse breadcrumbs. Mix in coconut.
    4. Blend in milk (by hand) until a soft dough is formed.
    5. Drop mixture in rough heaps on baking trays lined with baking paper.
    6. Sprinkle with desiccated coconut.
    7. Bake for 12 to 15 minutes. Allow to cool completely on trays before served.

     ~Sekapur Sireh ~

    Resipi ini senang sangat. Bahan-bahannya pun mudah. Langsung tak guna telur. Sengaja hidangkan yang asas dahulu.

    Anak perempuan Nina pun dapat buat. Tapi kalau anda bijak mempelbagaikan bahan-bahan tersebut, biskut ini akan bertambah menarik dan sedap untuk dijadikan hidangan istemewa untuk raya yang tidak lama lagi menjelang. 

    Oppps puasa pun belum lagi.. dah cakap fasal raya. Dah habis qada puasa ke..??? orang sebelah tu dengar habaq, kemarin dia puasa ¼hari jer.. hish.. hish.. hish..
     French congolais
       




    Posted at 03:10 pm by ninasuria
    Sekacip Pinang (11)  

    Saturday, August 27, 2005
    Uwaaaaaaaaaaaaa

    Apa lah malang nasib aku nih. Baru lepas hantar mata belalang aku p ICU, datang lagi satu balak. Besi buruk aku pon ikut kena demam burung. Putus nyawa. Paksa lah kejarkan dia p spital. Anak-anak aku pon kesian tak dapat skolah. Adoi.. sakitnye paler aku. Macam tau-tau jer dia nih. Time tuan besar tak ade kat rumah, selalu dia cari fasal. Kenapalah engkau tak sakit awal-awal. Asyik aku je yang kena.....


    Posted at 04:40 pm by ninasuria
    Sekacip Pinang (18)  

    Why do so much work?



     

    People who do lots of work...
             make lots of mistakes

    People who do less work... 
             make less mistakes

    People who do no work...
             make no mistakes

    People who make no mistakes...
             gets promoted

    That's why I spend most of my time

    sending e-mails & playing games at work ...............   I need a promotion. 


    Posted at 08:45 am by ninasuria
    Sekacip Pinang (2)  

    Next Page