<BODY><center><script language='JavaScript' type='text/javascript' src='http://ads.blogdrive.com/adx.js'></script> <script language='JavaScript' type='text/javascript'> <!-- if (!document.phpAds_used) document.phpAds_used = ','; phpAds_random = new String (Math.random()); phpAds_random = phpAds_random.substring(2,11); document.write ("<" + "script language='JavaScript' type='text/javascript' src='"); document.write ("http://ads.blogdrive.com/adjs.php?n=" + phpAds_random); document.write ("&amp;what=zone:3"); document.write ("&amp;exclude=" + document.phpAds_used); if (document.referrer) document.write ("&amp;referer=" + escape(document.referrer)); document.write ("'><" + "/script>"); //--> </script><noscript><a href='http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a6b05a3e' target='_blank' rel=nofollow><img src='http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:3&amp;n=a6b05a3e' border='0' alt=''></a></noscript></center> <body> Jari Dang Amai

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com
Tuesday, February 17, 2009
Cobaan..

 

Rwandan women after class by Samer!.

 

Setelah tiga hari berada di Madinah kami sudah mula mengerti sedikit perangai jemaah-jemaah dan pengawal pintu masjid Nabawi. Kami jua semakin faham waktu-waktu lenggang dan padat untuk memasuki masjid. Tiap-tiap waktu solat kami cuba ke masjid seawal mungkin. Berazam tidak mahu terkandas di surambi atau di mulut pintu masjid lagi. Alhamdulillah kami dapat sof yang selesa.

 

Hari itu kami duduk di sof depan yang penuh dengan jemaah kulit hitam. Hanya ada beberapa orang saja jemaah melayu Indon. Sementara menanti waktu solat, aku membasahkan bibirku dengan membaca surat cinta Tuhan. Ryn dengan Quraan digitalnya. Beberapa detik disitu bau badan orang hitam menyucuk-nyucuk hidung ku, membuat aku sedikit lemas dan terganggu.. Hati iblisku berbisik. "Hish busuknya ko". Demi Tuhan.. aku tidak menzahirkannya dengan lisan. Dalam masa lebih dua jam itu aku terpaksa menahan nafas sehingga usai solat.

 

Rupanya bau busuk orang hitam itu mengejarku sampai kekamar hotel. Jubah yang ku pakai itu terus saja ku lucutkan. Ku cuba hidu lagi tangan ku, kemudian badan ku. Pun.. bau orang hitam itu juga. Aku buru-buru mandi, bersabun dan bersyampo. Tapi bau orang hitam itu masih menyelubungi badanku. Subhanallah. Astaghafirullah. Sesungguhnya Tuhan itu maha mendengar dan mengetahui apa yang tersembunyi dalam dada-dada.. Aku baru tersedar terus solat sunat taubat. Ya Allah ampunkanlah dosaku. Ampunkanlah dosaku. Ampunkanlah dosaku.

 

"...sesungguhnya Allah maha mengetahui akan segala(isi hati) yang ada di dalam dada".

 

Surah Al-Maaidah - ayat 7

 

 

~Sekapur sirih~
Minggu yang penuh dengan cobaan dan dugaan. Hari selasa si Belalang ku sakit jantung, singap-singap putus nyawa.

 

Hari rabu kami kejarkan ayahda kehospital dengan ambulan.

 

Hari Khamis, baru tersedar ayahda bukan saja kena serangan asthma tapi kekejangan anggota badan sebelah kanannya. Saraf lidahnya jua tidak berfungsi dengan sempurna. Mulanya aku ingat dia berbicara tidak tembus begitu kerana dia tidak memasang 'mutiara batu'nya. Rupanya...

 

Kata tok Jampi, ayahda terkena angin dan dimasuki 'Jun'. Wallahuwa'lam. Moga DIA menjauhi ayahda dari rasukkanan segala jin dan syaitan.

 

Hari Sabtu cik andaRATU ku pulak yang demam panas, berasap satu badan. Kata abe si Klavu, cik andaRATU ku sudah tiba masanya untuk dihantar ke jabatan Arkib Negara Sungai Akar. Sudah melebihi had waktu sepuluh tahun... Cuma laku timbang-kilo aja.

 

Nak cari kayu. Nak cari kayu...

Posted at 12:11 pm by ninasuria
Sekacip Pinang (4)  




Tuesday, February 03, 2009
Kaki ayam

Hari kedua di Madinah kami dibawa melawat makam Rasulullah dan perkuburan Baqi'. Selepas sarapan pagi kami terus bekejar kelobi. Tiba-tiba bang Mat mengingatkan aku untuk mengeluarkan pas Haji. Alhamdulillah, pas Haji yang ku sangka tertinggal ada dalam tas tangan. Ryn tersentak, dia terlupa membawa pasnya. Lalu ku kerah Ryn mengambil pas Hajinya cepat-cepat.

Mutawwif sudah bersuara menyuruh kumpulan kami bergerak. Terpaksalah aku meninggalkan Ryn dengan hati berat. Kakiku melangkah. Mulutku berselawat. Hatiku berdoa. Ya Tuhan permudahkanlah aku. Ampunkanlah aku. Terimalah aku.

Tiga jam menunggu giliran masuk ke Rawdah, tidak terasa. Subhanallah. Aku merasakan masa terlalu pantas. Aku tidak tahu bagaimana aku tertinggal dan kehilangan kumpulan kami. Yang aku ingat, sepanjang masa menunggu giliran itu, aku membaca zikir dari buku Munajat(kiriman dari saudaraku di Seberang) itu. Terimakasih Jid. Terimakasih Hjh Em. Munajat kecil kamu itu menjadi teman yang paling rapat ku disana.

Tiba kumpulan kami untuk masuk kekawasan Rawdah, perasaan ku berbau-baur. Mata ku berkaca-kaca. Rasa kerdil yang teramat. Assalamualaikum Ya Rasulullah, aku memberi salam didalam hati. Ku sampaikan jua salam saudara-mara, sahabat-sahabat, teman-teman blogger dan warga jih-pi-keh-ee. Perasaan sayu memenuhi jiwaragaku. Saat itu jemaah terlalu padat dan berhimpit-himpit. Aku terjepit diantara jemaah Indon dan India. Ya Allah izinkan aku solat hajat disini Ya Allah. Aku berbisik didalam hati seraya tunduk merenung lantai. Aku terkaku. Karpet berwarna krim, berbunga hijau dan putih. Subhanallah. Astaghafirullah. Airmata ku semakin laju. Kaki ku sudah berpijak di kawasan Rawdah. Aku terus mengangkat tangan dan berdoa. Ya Allah terimalah taubatku. Ampunkanlah dosaku. Baik dosa yang ku buat terang-terangan mahupun dosa-dosa yang ku perbuat sembunyi-sembunyi. Ya Allah aku mohon kepada MU, janganlah kau datangkan darah haid ku ditanah suci MU ini. Aku ingin beribadah kepada MU dengan sempurna Ya Allah. Aku ingin beribadah dengan sempurna Ya Allah. Terimalah permohonan ku Ya Allah. Airmata ku laju tidak dapat ditahan-tahan.

Wanita India di depanku tiba-tiba meluru kedepan. Terdapat ruang kosong didepan ku, cukup-cukup untuk aku sujud. Aku terus mengangkat takbir. Alhamdulillah, aku sempat solat sunat disitu. Siap memberi salam aku baru perasan yang aku terjepit diantara tiang dan jemaah-jemaah yang masih solat didepan, dibelakang dan dikananku. Aku tidak dapat bergerak. Peluang itu tidak ku lepaskan begitu saja. Aku angkat takbir lagi membuat solat hajat. Seorang guard wanita mengambil tas tangan yang ku letakkan disisi. Usai solat aku terus mencari sesorang yang dapat menolongku mencari tas tanganku yang diambil tadi. Alhamdulillah aku terjumpa mutawwif Indon. Dialah yang membantu ku mencari tas tangan ku itu. Terus melaporkan kejadian pada guard yang berhampiran. Lalu kami dibawa ke satu sudut diluar Rawdah. Disitu ada dua longgokan plastik hitam sampah sendat berisi. Rupanya didalamnya semua barang-barang jemaah yang tercicir lalu dikutip dan dikumpulkan mereka disitu. Ahamdulillah setelah menggali, aku mendapat balik tas tangan ku yang hilang  itu. Aku peluk mutawwif yang menolong ku tadi. Rupanya didalam tas tangan yang ku sangka tiada apa-apa yang berharga didalamnya mengandungi Riyal yang membolehkan aku membeli dua ekor kambing biri-biri. Syukran jazilan. Ampunkanlah dosaku Ya Allah.


Tengok rak putih bernombor 362 itu.. itulah tempat meletakkan kasut-kasut jemaah. Gambar dipinjam dari laman web Islamic board forum.

Aku keluar dari kawasan Rawdah empat puluh lima minit lagi waktu zohor. Di kelilingku tiada lagi nampak jemaah melayu. Aku terus mencari tempat kasut. Rak kasut bersih. Hairan semua kasut-kasut disitu sudah tiada. Mata ku terus mencari rak kasut lain. Kut-kut aku tersilap letak. Tapi semua kosong. Tak apalah, aku memujuk hati dan terus duduk di sof yang kosong. Usai solat zohor aku pulang dengan berkaki ayam. Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa ku. Subhanallah. Walhamdulillah. Walailahaillallah. Wallahu Akbar. Aku terus berzikir didalam hati hingga sampai kehotel.

Selepas makan tengahari aku mencari Ryn. Rupanya dia cuma sempat solat zohor diluar masjid. Allahu Akbar. Lalu ku ceritakan pengalamanku balik berkaki ayam. Ryn tabahangga(terkejut). Matanya bulat menerkam ku. Kasut anak kambing biri-biri itu??? Terpacul keluar pertanyaan itu dari mulutnya.

Astaghafirullah...

~Sekapur Sirih~

Ya Allah kita sudah dibulan februari. Begitu pantas masa berlalu. Aku terlalu sibuk dimakmalku  kebelakangan ini sehingga tidak cukup waktu untuk mengemaskini rumah yang satu ini.

Keputusan peperiksaan O-Level telahpun keluar empat hari yang lalu. Tengahari itu aku bagai kucing kegugguran anak. Mencari-cari sumber soft copy result O-Level pada 'pemberita CNN' kami. Tapi hampa. Keputusan itu masih di kuarantin. Akhirnya kami mencuri lihat hard-copy result dimeja kerani sulit Tuan Ismith. Sadisnya..

Memandangkan hard-copy cuma satu, seorang teman dengan sukarelanya  menjadi announcer. Telingaku bagai tidak percaya apa yang disebutkan teman ku tadi. Abang??? Bio???

ALhamdulillahabang lulus lagi dengan cemerlang lapan O-Level tanpa diduga. Sedangkan tadinya rasa ngilu menyucuk-nyucuk ulu hatiku. Masih terngian-ngiang abang mengadu. "Babu! Praktikal Bio abang inda siap. Air panas lambat mendidih". Adussss…

Kata si Klavu. Kebetulan dan tuah badan abang. Betul ke kebertulan aja? Wallahu'alam... Sesungguhnya Allah maha mendengar. Dan aku betul-betul percaya permohonan ku dibawah pintu rumahNYA itu telah dikabulkan. Aku sujud syukur pada petang itu. Subhanallah. Walhamdulillah. Walailahaillallah. Wallahu Akbar.

Posted at 05:53 am by ninasuria
Sekacip Pinang (6)  




Tuesday, January 13, 2009
Kasut

Saat kaki ingin melangkah keluar dari rumah tiba-tiba kasut yang ku sediakan tiada disitu. Pak Imam sudah memberi isyarat pada bang Mat untuk kami mula membaca doa musafir. Aku terus menyambar sandal HPku(Hush Puppies)  yang berat lagi menyeksakan.

 

Kakiku terus melangkah. Dalam hati berdoa, Ya Allah, aku datang menghadapMU untuk mentaatiMU. Dan aku memohon padaMU permudahkanlah aku. Ku tinggalkan segala urusan duniaku, anak-anak ku, bapa ku, mertua ku, pembantu ku dan keluargaku  disini. KAU peliharalah, lindungilah dan jauhkanlah mereka dari bisikan syaitan yang direjam dan segala fitnah dunia.

 

Alhamdulillah, perjalan Brunei-Madinah lancar seperti yang dijadualkan. Kami sampai di hotel Taibah waktu maghrib dan di muka pintu kami disambut dengan zikir marhaban oleh anak buah Darussalam Holding Sdn Bhd dan dijamu dengan air zam-zam dan kurma Madinah di ruang lobi. Rasaku berbaur-baur. Mataku berkaca-kaca.

 

'Maka yang mana satu di anatara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan(wahai umat manusia dan jin)?'

 

Kami buru-buru naik ke bilik, mengejar waktu maghrib. Usai solat terus berkejar mencari masjid Nabawi. Aku sudah nampak pagar masjid Nabawi. Debaran dadaku makin kencang. Subhanallah. Jemaah sudah penuh mengisi sof masjid Nabawi hingga keluar pagar. Kami terus saja berlari mengambil tempat betul-betul disebelah luar pagar masjid Nabawi. Airmataku laju. Luarbiasa bahagia. Akhirnya aku sampai jua ketanah suciMU ya Allah. Alhamdulillah. Astaghafirullah.

 

Pukul tiga lima puluh minit pagi waktu Madinah. Aku dan Ryn bekejar lagi ke masjid. Alhamdulillah kami dapat masuk melepasi luar pagar masjid. Tiba dimuka pintu masjid, kami terhenti. Jemaah sudah penuh padat memenuhi saf. Guard wanita itu menyuruh kami masuk. Keluar tanda tanya dikepalaku. Kita kena melompat kah?. Tiba-tiba ada tangan menjamah belakang ku. Seorang wanita berjubah hitam meminta jalan untuk masuk. Aku ketepi sedikit memberi laluan. Dia terus melangkah kepala jemaah satu demi satu. Aku terkejut kucing. Guard wanita itu merenung aku lagi menyuruh masuk. Aku dan Ryn bertentangan. Kami masih terpaku di mulut pintu dan akhirnya mengambil keputusan duduk dan membentangkan sejadah disitu daripada melangkah kepala-kepala jemaah lain untuk maju kedepan. Ya Allah ampunkan dosa-dosa ku.

 

Belum sehari di Madinah sudah terasa sandal HP ku membebankan. Alhamdulillah, bersama-samaku adalah adinda-adindaku yang sudah bergelar 'Haji seasoned'(kamus Klavu) yang siap sedia menjadi 'guide' untuk mendapatkan kasutku yang bersaiz 'Cinderella'. Selepas sarapagan pagi, kami pun ke sebuah gedung yang cuma selang satu blok dari hotel kami. Aku terpegun. Butik itu menjual pakaian wanita moden Barat yang lengkap. Mini.. Maxi.. Bikini.. Cosmetic.. Heels.. Boots.. Name it.. Semua ada. Astaghafirullah..

 

Aku terus mencari barang yang dihajati. Ya Allah. Aku terkedu lagi, bukan kasut saiz bayi gajah saja yang ada, bahkan saiz datok gajah pun ada jua disitu. Memandangkan aku selalu saja bermasaalah mencari saiz kasutku yang tiada tersenarai di Berunai, jadi aku tidak befikir panjang lagi, terus saja menyarungkan kasut yang bernilai seekor anak kambing biri-biri. Kurrrrr semangat.

 

'Maka yang mana satu di anatara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?'

 

~ Sekapur Sirih~  

Sebenarnya aku masih lelah yang amat. Urusan kerja dan rumahtangga belum lagi dapat ku synchronise.  Urusan P.A baru ku yang belum selesai. Aku rindu saat-saat disana. Tiada urusan dunia menghimpitku.

 

Dan semalam baru satu biji batu terlepas dipundak ku. Aku membuka kelas informal menghias kek dan kek cawan untuk bonda-bonda saudaraku dan sepupu-sepapatku yang sudah lama 'mengingol'. Hujung minggu yang menyeronokan, juga memenatkan. Seronok melihat mata bulat bonda-bonda saudara yang mengalahkan anak-anak baru masuk sekolah Pra-1. Penat mengemas dapurku yang bagai tongkang pecah. Alaaaa Kassim.

Posted at 06:18 am by ninasuria
Sekacip Pinang (8)  




Saturday, January 03, 2009
Alhamdulillah

Daripada Sa'ad bin Abi Waqqas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Barangsiapa makan tujuh biji tamar dari yang terdapat diantara dua gunungnya(Madinah) ketika waktu pagi, racun tidak akan memudaratkannya hinggalah ke petang hari."

~Sekapur Sirih~

Salam maal Hijrah 1430 dan selamat tahun baru 2009. Aku tidak tahu nak menulis dari mana. Perbendaharaan kataku tiba-tiba terkunci. Insya Allah jika diizinkanNYA aku juga ingin berkongsi rasa semasa menjadi tetamuNYA disana. Satu waktu nanti. Entah tak tahu bila.

Cuma yang mampu ku tulis saat ini...  Adalah...  Aku benar-benar bahagia atas rahmat dan nikmat yang tak ternilai yang telah diberikanNYA disana. Doaku. Moga DIA menjemputku datang lagi kerumahNYA. Ya. Aku ingin kesana lagi. Lagi. Dan lagi.

Posted at 04:37 pm by ninasuria
Sekacip Pinang (12)  




Thursday, November 06, 2008
JemputanNYA

Ya ALLAH, Makkah adalah negeriMu, BAITULLAH adalah rumahMu. Aku datang ke sana untuk mencari rahmatMu, mentaatiMu, mengikut perintahMu, kerana reda terhadap ketentuanMu dan menunaikan perintahMu.  Aku meminta kepada Mu sebagai permintaan seorang yang berhajat kepadaMu dan takut kepada azabMu, dan masukkanlah aku ke dalam SyurgaMu.

 

Amin Ya Rabbalalamin.

 


 

 

Tika gundah hatiku mengenang amal-ibadahku yang cuma sebesar zarah. Saat gementar badanku membelek dosa-dosa semalam yang seluas langit yang terbentang. Tiba-tiba seminggu yang lalu, saudaraku di Seberang mengirimkan sebuah bungkusan yang meredakan ombak didadaku. Menyapu resah gelisahku. Terimakasih EM. Hanya Allah Ta'ala saja yang membalaskannya. Jazakallah..

 

Travelog HAJI Melepasi Sempadan Iman yang ditulis oleh Profesor Muhd Kamil Ibrahimbenar-benar mengajar aku erti keimanan dan keikhlasan. Aku benar-benar insaf. Airmataku laju membaca doa-doa yang dituliskannya. Sehingga bang Mat yang memandu disebelah memperli aku

"...buku cinta apa lagi yang inda mau khatam-khatam ani? Esuk lusa sudahkan terabang. Betaubat tah!"

 

AKu menahan sebak didada, lalu membacakannya doa penulis, patah demi patah ku baca. Suaraku bergetar. Doa-doanya menusuk lubuk hatiku. Bang Mat terdiam. Aku terus membaca lagi. Ada satu saat ku lihat dari sisi, bang Mat meraup mukanya, menyapu airmata yang tak dapat ditahan-tahan. Kami sama-sama menangis dan insaf akan kejahilan diri. Tanpa disedari kami berkongsi rasa itu.

 

Ya Allah hanya padaMu aku berserah dan hanya tempatMu aku berlindung. Aku sujud kepada Mu Ya Allah memohon kemapunananMu. Berikanlah aku hidayah dan petunjukMu. Lapangkanlah perjalananku dan terimalah aku jadi tetamuMu. Tetamu istemewaMu. TetatmuMu yang teristemewa. Dan tetamuMu yang paling teristemewa.

 

Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Allahu Akbar.

 

~Sekapur Sirih~

Sebuah journal yang ditulis penulis dengan begitu ikhlas. Tulisannya yang lahir dari lubuk hati tembus menusuk jiwa pada siapa yang membacanya. Dia menulis penuh dengan rasa rendah diri dan sentiasa mengagung-agungkan Tuhan. Bahasanya mudah dicerna, santai-santai saja.  Dia berjaya menzahirkan apa yang tersurat dan tersirat dalam pencarian untuk menjadi tetamu Allah yang teristimewa. 

 

Baginya doa-doa yang lahir dari hati adalah senjata yang dapat mempermudahkannya. Kini aku yakin bahawa doa tidak semestinya kita memohon dengan bahasa Arab yang kurang difahami maksudnya(mereka-mereka yang tidak tahu berbahasa Arab). Bacalah doa dengan bahasa yang kita fahami. Ia lebih mudah menzahirkan apa yang kita pohonkan. Bahawasanya Tuhan itu maha pendengar. Maha penyayang. Maha pengampunan. Subhanallah.

 

Buku ini benar-benar mengajar aku untuk membelek diri. Betapa ruginya aku selama ini mengabaikan nikmat yang dipinjamkanNya. Dalam usia sudah menjangkau angka empat puluh ini, aku sudah rabun dekat. Seperti jua penulis buku ini. Perlahan-lahan nikmat yang dipinjamkanNya telah ditarik balik. Esok entah nikmat apa lagi yang diambilNya. Sedangkan Al-Quran hanya sempat ku khatamkan kurang dari lima jari.

 

"Nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan" Ayat Ar-Rahman

 

Benar seperti apa yang diingatkanNYA. "Demi masa manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka-mereka yang beriman dan beramal soleh dan mereka itu pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran..." - Ayat Al--'Asr

 

Pada mereka-mereka diluar sana, dapatkanlah buku ini pasti anda ingin mendapatkan kad jemputan dariNYA selepas usai membaca Travelog HAJI Mengubah Sempadan Iman.

 

Pada saudara-saudaraku dan jua pembaca blog ini, disini aku mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf jika ada kata-kataku yang telah menyakitkan dan keterlanjuran yang tidak disenghajakan mahupun yang disenghajakan.

 

Doakan Dia menerimaku sebagai tetamu yang teristimewaNya. Subhanallah. Astaghafirullah

Posted at 08:50 pm by ninasuria
Sekacip Pinang (14)  




Thursday, October 16, 2008
Tolonggggg

Salam 16Syawal semua. Aku masih tanat(pulun) membuat kek aising fondant hingga kepenghujung Syawal ini. Walau aku sudah melantak(memaku) notis 'kadai tutup' bermula 15hb semalam, namun masih ada yang tetap mengetuk 'Gayah Enterprise' minta diladeni.

Semalam aku seperti tidak cukup tangan menyiapkan 100 biji kek cawan untuk adik sepupu yang membuat majlis 'open office' di kantornya. Petangnya disambung lagi membuat kek aising fondant tiga tingkat untuk adik sepupu yang satu lagi, juga membuat majlis yang serupa; 'open office'.

Alhamdulillah tepat 12malam 'kek labok tiga tingkat' siap ku dandan. Rasa penat yang amat sangat hilang serta merta bila melihat tiga anak dara comel berbaju raya manis menyapa ku.


~Sekapur sirih~

Lelahku belum lagi usai, tengahari tadi aku 'bacaplong' lagi membakar 13dozen kek cawan comel untuk majlis tahlil ayahnda saudara malam nanti.

Esok, adinda-adindaku sudah menggaran kek cawan dan guli-guli comel untuk penyambut tetamu di majlis rumah terbuka mereka. Bonda-bonda saudaraku pulak sudah seksokseksok menyuruh menyediakan kek hari jadi kaum kerabat yang menyambut puja usia oktober ini.

Lusa kakanda sulongku pulak minta diladeni untuk majlis rumah terbukanya.

Aku???? Mintak nyawaaaaaaa....

Posted at 03:25 pm by ninasuria
Sekacip Pinang (6)  




Tuesday, October 07, 2008
Jauh tapi dekat

Aku terkaku. Jantungku terhenti seketika. Aku baca berulang-ulang sms Dang Kalas. Tak percaya. Aku masukkan kembali HP kedalam tas tanganku. Terus memandu laju kepejabat. Sampai dimeja kerja ku, aku buka kembali text Dang Kalas. Sahih ka berita tu? Buka PC terus masuk blog Dang Inoi. Memang benar apa yang diberitakan. Dia Dang Inoi telah kembali ke Rahmatullah. DIA yang menjadikan kita dan kepadaNYA juga kita kembali.

Rasaku berbaur-baur. Sapaannya yang tak sempat ku sambut disini. Kartu Aidilfitrinya yang ku tulis tapi tidak ku kirimkan. Buku Bagas Tangan Bu Apsah yang ingin dimilikinya belum lagi ku bungkuskan. Ya Allah, lalainya aku. Maafkan aku sayang.

Doaku, moga dia damai bersemadi diSANA. Dan moga DIA mengumpulkan roh arwah bersama kekasihNYA. Al-Fatihah.

Sekapur sirih

Sepagi ini aku cuma membaca catatan terakhir arwah 'gembira + sedih = drama'  disini. Foto diatas aku pinjam dari blog kawan karibnya.

Klik disini untuk mengetahui ceritanya.

Posted at 01:55 pm by ninasuria
Sekacip Pinang (3)  




Tuesday, September 30, 2008
Salam Aidilfitri

 
Dengan ingatan tulus ikhlas
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir batin
Moga ini bukan Ramadan yang terakhir
 
Sekapur sirih
 
Rupanya sudah lebih sepurnama aku mengabaikan rumah ku yang satu ini. Masa begitu pantas berlalu. Pejam celik pejam celik, esok kita sudah menyambut Aidilfitri yang mulia(jika di izinkanNYA).
 
Ogos begitu memenatkan jiwa dan ragaku. Masuk bulan september aku sudah 'Karam Singh'. Lemas dengan projek Gayah Enterprise yang tak mahu surut. Bang Mat awal-awal sudah memberi waran 'TUTUP' pada kakmOn. Tapi aku degil juga, gatal sangat mencari penyakit. Nah! Lihat apa sudah jadi. Aku terpaksa angkat bendera putih. Tidak sanggup lagi.
 
Dan hari ini aku masih bergelut dengan tepung dan mentega untuk menghabiskan tempahan terakhir(?) dimusim Ramadan 1429 ini. Dapur ku sudah bagai tongkang pecah. Abdul Wahuuuuuuuuub...
 
Oh yah! Dua hari yang lepas kakak sudah 'pancit'. Jadi ku kerah abang pulak mengganti tempat kakak menemani ku mendandan guli-guli comel itu. Alhamdulillah kami dapat melepasi zon tidak selamat.
 
Dan harap-harap nanti malam anak bulan tidak dapat dilihat  (^;^)

Posted at 12:53 pm by ninasuria
Sekacip Pinang (6)  




Wednesday, August 13, 2008
Ngaleh...

Salam Sya'ban semua. Saat ini baru terasa kepala ku ringan amat. Badan melayang-layang(walau saiz dah sebesar lori tekuyong semen). Lepas beban. Alhamdulillah syukur nikmat.

Seminggu tanat(pulun) menyiapkan projek mega 'Gayah Enterprise' lagi. 08.08.08 tarikh yang direbutkan. Aku sendiri hampir tumbang menyiapkan lebih 600 biji kek cawan, 3,000 biji biskut marble-ous dan 3 biji kek fondantdalam masa empat hari berturut-turut.

Baru saja dapat bernafas di atas ruang, hari ini aku buka gelanggang balik. Subuh-subuh sudah bacaplong(ribut di dapur) menghias 100 biji kek cawan. Entah aku sendiri tidak tahu bilalah agaknya 'Gayah Enterprise' nak tutup pintu. Kita sudah diambang Ramadan. Nasib segala hutang puasa sudah ku langsaikan tahun lalu. Kalau tak??? cry

~Sekapur Sirih~

Selepas saja 'pesta keretapi' itu, langkah ku makin singkat, nafas pun semakin sesak. Tekanan kerja yang menggunung ditambah lagi aktiviti 'Gayah Enterprise' yang  menyita seluruh masa senggangku yang tersisa sehingga banyak janji-janji ku yang kena tunda. Ampunkan aku. Insya Allah pada yang masih menanti, sabar-sabar yah! Hilang kabus nampaklah ia.

Pada Paus biruku; maaf yah kakmOn jadi kelabu sehingga tertinggal kartu itu. Namun kamu tetap dihati. Salam tahniah hanya mampu ku ucapkan dari sini. Kek dibawah ini khas untuk mu. Santap dengan mata aje yah.

Kek  tiga tingkat diatas ini beratnya melebihi seguni beras(yang guni kecil yah). Tolak campur mungkin  kek ini beratnya 14kg. Bayangkan saja  bahan semennya (coklat ganache) 4kg, gaunnya(fondant aising) 8kg manalagi berat kek coklat itu sendiri.

Aku hampir-hampir putus asa untuk menyiapkannya bila menghadapi kesukaran memakaikan gaunnya hingga ketengah malam. Subuh makin menyapa. Hati ku menangis. Ujian apakah yang diberikanNYA sehingga dua kali kek tiga tingkat ini gagal ku sarungkan dengan gaunnya. 

Setelah usai solat Subuh aku duduk didepan kek yang gaunnyanya koyak rabak itu. Aku beristighfar dan berdoa didalam hati minta dipermudahkan. Dengan izinNYA aku tiba-tiba teringat dengan pencetak getah itu. Lalu tangan ku laju mencari fondant tools itu. Aku tampal gaun yang koyak itu dengan lapisan fondant yang baru. Tepat pukul 7:30 kek tiga tingkat itu siap berbaju dan berhias cantik. Alhamdulillah. DIA yang menjadikan dan menentukan segalanya.

Posted at 10:36 am by ninasuria
Sekacip Pinang (5)  




Friday, August 01, 2008
8 gerabak Pak Pandir Moderen

KakmOn diberi tugasan yang berat dari si Klavu untuk majlis gilang-gemilang orang 'ITU' bersempena peresmian potong riben rumah baru sekali gus menyambut hari puja usia untuk 'anak-anak riang ribena' dibawah ini.

11.07 - Waheeda
12.07 - Izzaty
13.07 - Humairah
14.07 - Syasya
15.07 - Minah
16.07 - Lutfan
28.07 - ALim
31.07 - Ryn



8 buah gerabak 'Pak Pandir Moden' telaH kakmOn rekacipta untuk hari bersejarah itu. Idea menampal(melekatkan) foto-foto, nama-nama berserta nombor gerabak(tarikh lahir) itu menyemarakan majlis potong kek besar-besaran(?) yang julung-julung kali diadakanTongue

Memang seronok melihat mereka mencari nama dan nombor masing-masing. Apalagi bila melihat muka cemburu si Jentayu ku dan anak-anak yang tidak tersenarai... Jahatnya kakmOn *tutup tanduk klavu tumbuh atas kepala*

p/s Kata orang 'ITU' bagai kindergarten class.. (@_@)

~Sekapur sirih~

Sementara menanti kek keju ku masak, aku mengarut disini. Sudah lama rupanya aku membiarkan rumah ini sendirian. Bukan fasal mim alif lam sin. Sebenarnya, aku benar-benar lelah. Titik.

Posted at 11:41 pm by ninasuria
Sekacip Pinang (3)  




Previous Page Next Page


Hikayat jari Dang Amai

Sumbangsih untuk Bonda Almarhumah Dayang Hjh Halimah Hj Yussof




Malaysia:
  • VANILLA PASTRY BANDAR BARU BANGI.


  • Brunei Darussalam
  • BEST EASTERN BOOK STORE BRUNEI DARUSSALAM
  • LE APPLE BAKERY
  • PUSTAKA REMAJA


  • On-Line Sale:
  • JEMARI SENI
  • E-KEDAI














    PURIH BANGSA

    Brunei tanah air kita
    Warisan berkurun lamanya
    Budaya Melayu teras bangsa
    Islam cara hidup kita

    Kita purih pancir mulia
    Tabah gagah berhemah tinggi
    Bermaruah dan berperibadi
    Bersopan sedar harga diri

    Masa depan penuh cabaran
    Kita ungkayahkan dengan iman
    Dengan ilmu bakti setia
    Ikhlas amanah kerana Allah

    Bangunkan kemakmuran
    pelihara keamanan
    Teguhkan kedaulatan
    Tegakkan keadilan
    Junjunglah kebenaran
    Hidupkan kerohanian
    Ajaran Allah kita turutkan

    Tegak bersatu mendukung negara
    Brunei sejahtera bumi tercinta
    Taat setia rakyat bahagia
    Di bawah naungan Sultan kita





    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anak pemagat dibawa lari,
    Dibawa oleh anak Benggali;
    Mari tuan duduk kemari,
    Makan sirih bersama kami
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



  •    

    Kalau nak tahu apa cerita hari ni..
    klik waktu tempatan
    ~~~~~~~~~~~~~
    << November 2009 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
    01 02 03 04 05 06 07
    08 09 10 11 12 13 14
    15 16 17 18 19 20 21
    22 23 24 25 26 27 28
    29 30




  • Remalan Cuaca Negara Brunei Darussalam



  • Name :
    Web URL :
    Message :
    smileys

    Hentikan merapik meraban
    1. Adakah anda ingin membaca celoteh Nina Suria lagi?

    Ya
    Tidak


       Next >>



    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Pohon besar empat pemeluk
    Hendak ditebang berdiri duduk
    Kalau tidak panjang penjuluk
    Manakan dapat bunga yang elok

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



    Gandang Si Dondang
  • Dendang Brunei
  • Seri Brunei


  • Brunei Tanah Air Ku
  • KHEU
  • KAMUS BERUNAI


  • Radio Televisyen Brunei
  • RTB Home Page
  • PELANGI 91.4 FM


  • Resepi RTB
  • Kek Lapis Tarap
  • Sajian Dapur Radio Kitani



  • Seni tiada sempadan
  • Jari Amaiku
  • Kaban Craft
  • Rajawali Art Gallery
  • Redzuan Rusli Melakar
  • Rozi d artist


  • Apanya kitani
  • Anak Brunei
  • Awan Biru
  • Brunei Iron Lady
  • Brunei Tau
  • Crystal Frog
  • Dang Ayang
  • My Passion
  • Rouge Economist
  • Pak Malau
  • Paulaland 16
  • Pena Gila
  • Puasha
  • Redzuan
  • Seri Dewi
  • Si Pugut
  • Temburong Central
  • Ucing Itam


  • Dang Sanak
  • Memeng
  • Penguin Kalas di gurun pasir
  • Ct


  • Kadai Orang kitani
  • Hobi
  • Made to oder


  • Dapur orang kitani

  • Blue Eden
  • Brunei Restaurant Review*
  • Cookie Monzters
  • Food for thought*
  • Food Hungry
  • Foodie Tales
  • Life, Food and Randomness
  • Sapphira Cakes
  • Self taught Chef
  • The Cupcake Queen Brunei
  • What's in your tummy
  • Carita Makan





  • Penglipur Lara
  • Adek Nakal
  • Bonda Puteri
  • Bonda Ratu
  • Spupu Spapat
  • Jidah
  • Klavu Qulit Tiqus
  • Tanah Pusaka
  • Achik
  • Otak Gila da Babas


  • Adek beradek lain mak-bapak
  • Aida Maheran
  • Wabbit Da Rabbit



  • Membuka minda
  • Atikah
  • Atok
  • Arigato
  • Baghdad is burning
  • Budin TaBabas
  • Hijau Zamrud
  • Jiwarasa
  • Jahrera
  • Mohd Hatta Ghazali
  • Khabar dari Makkah
  • Nujum Pak Belalang
  • Pramoedya
  • SuriJiwa



  • Bila mata pena menari
  • Aisya Sofea
  • Aida Adriani
  • Aina Emir
  • Anis Ayuni
  • Azizi Abdullah
  • Damya Hanna
  • Darma Mohammad
  • Eyman Haykal
  • Faisal Tehrani
  • Niamat'atiffi
  • Imaen
  • Izza Aripin
  • Izzulizzati
  • Matt Romeo
  • John Norafizan
  • Khairyn Othman
  • Lynn Dayana
  • Damya Hanna
  • Lily Suriani
  • Najwa Aiman
  • Norzailina
  • Meen Zulaikha
  • Norisah Bakar
  • Lily Kamaluddin
  • Lilly Haslina
  • Noorsuraya Adnan
  • Rnysa
  • Ruby Hazri
  • Salina Ibrahim
  • Sri Diah
  • Zaharah Muhammad



  • Dang malai Dang bungang ku:
  • Dang Amai
  • Dang Anis
  • Dang Ayang
  • Dang Inoi
  • Dang Jijah
  • Dang Kalas
  • Dang Nila
  • Dang Sari



  • Bicara tentang buku
  • Anak Dara Menteri - Matt Romeo
  • Anak Dara Menteri 3 - Matt Romeo
  • Bara - Abdul Rahim Awang
  • HAIKU - Lelahiro/DiPinggiran/Tabir Alam
  • Janji Kasih - Sri Diah
  • Kasih Kita - Najwa Aiman
  • Kopi susu sepatu biru
  • Lorong Ke Kaki Langit - Adi Al-Hadi
  • Labyrinth - Imaen
  • Mahligai Cinta - Sri Diah
  • Nyanyian Tanjung Sepi - Noor Suraya
  • Surat Ungu Untuk Nuha - Noor Suraya
  • Takdir - Norisah A.Bakar
  • Tetralogi Laskar Pelangi - Andrea Hirata
  • Tetralogi Laskar Pelangi - Andrea Hirata
  • Travelog HAJI Mengubah Sempadan Iman - Muhd Kamil Ibrahim
  • Zahrah de Tigris - Khairyn Othman


  • Layarlara
  • Jang Geum


  • Si Tukang Ulas novel
  • Antu Buku
  • Seribu Satu Malam
  • Carriekirana
  • Wan Amalyn
  • Ulat Buku




  • Kitab coklat bulu sapi ~da7Crownies~
    chance made us friends
    hearts made us sisters
  • Kaka Basai
  • Lai Damit
  • Along
  • Angah~Achik~Ucu


  • Sesuatu
  • Aku yang pancit
  • Pontianak
  • satu-dua-tiga
  • Tersampok
  • Teropong Ajaib
  • Ternakan cendawan


  • Mambang Tanah
  • Do Mulu


  • Masam-masam Manis
  • Puteri Abu dan Tongkat Sakti
  • Lucifer oh Lucifer
  • Mahligai Cinta Ku
  • Hobi Gila
  • Kucing
  • Suntuk


  • Bila hati menjerit
  • Rindunya zaman hingus meleleh
  • Disubuh duapuluh tujuh februari


    Teman Maya
  • Adhan
  • Anni
  • Bunga Di Jakarta
  • Cik CTi
  • Chempaka
  • Siti Di Kota Singa
  • Suhaila di Nagaoka



  • Landing Time
  • Eita
  • Kak Uya
  • Ija
  • Ruby Hazri
  • Ryana
  • Seriadriani


  • Gudang Buku
  • Alaf21
  • CESB
  • Jemari Seni







  • Khazanah dapor ku yang tak ternilai


    [Periuk Nasi] [Chocoholic] [Fingers] [Gourmet - 60years in making] [Salad] [Say Cheeze] [Scone] [Shortbread]


    MengAyamKaran???
  • ABC Cake
  • Ayam Madu
  • Batu Belah Batu Betangkop
  • Bread Butter Pudding
  • Brodetto
  • Choc Almond Muffin
  • Chocolate Ganache Cheese Cake
  • Custard Coconut Rough>
  • FudgyBrownies
  • Kek Cawan Sanang dan Nyaman
  • Laksa Labok
  • Myrah Cuppies
  • Makaroni Bakar
  • Kek Ngek Ngeek
  • Pancake With Caramel Apple
  • Pavlova
  • Pavlova TIPs
  • Rangin
  • Redbean Bun
  • Roll Bulu Merak
  • Roll Batu Bungan
  • Roasted Duck with Cranberry Sauce
  • Sayor Tai Thong Bu Apsah
  • Shortbread
  • SinahMon Roll
  • Snow White Cheese Cake
  • Soto Rindu
  • Summer Fruit Pie topping with Meringue
  • Tat Nenas
  • Triple Chocolate Peanut Butter Cookies
  • Trifle




  • Dapur berasap
  • Animah
  • Bakers Place
  • Brownies
  • Bunda Nandine di Batam
  • Cek De Sam
  • Cik Wan
  • Cookies Monstarr
  • Diana
  • Ihsan
  • Jun di Shah Alam
  • MamaFami
  • Kak Norz
  • Kak Pah Sherry
  • Mama Sya
  • Mamazieza
  • Mama Vouge
  • Mat Gebu di Johor
  • Princess Haryati
  • ResipiNet
  • Rinnchan
  • Rossya
  • Rozzan di Singapura
  • Su Yin
  • Tun Zureidai
  • Ummi di Pahang
  • Umi-e
  • What I eat today?


  • Betty Crocker
  • Cooking for Engineers
  • Delia Online
  • Jamie Oliver
  • Nigella Lawson
  • Gadget Candy

  • Landing time:
  • House and Garden
  • Better Homes and Garden




  • Mula mencoret 21hb March 2005






    My blog is worth $11,290.80.
    How much is your blog worth?




    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




    rss feed
    Who links to me?




    eXTReMe Tracker