<BODY><center> <!-- Begin: adBrite, Generated: 2010-11-05 4:20:15 banner--> <script type="text/javascript"> var AdBrite_Title_Color = '32527A'; var AdBrite_Text_Color = '000000'; var AdBrite_Background_Color = 'FFFFFF'; var AdBrite_Border_Color = 'CCCCCC'; var AdBrite_URL_Color = '1B703A'; try{var AdBrite_Iframe=window.top!=window.self?2:1;var AdBrite_Referrer=document.referrer==''?document.location:document.referrer;AdBrite_Referrer=encodeURIComponent(AdBrite_Referrer);}catch(e){var AdBrite_Iframe='';var AdBrite_Referrer='';} </script> <span style="white-space:nowrap;"><script type="text/javascript">document.write(String.fromCharCode(60,83,67,82,73,80,84));document.write(' src="http://ads.adbrite.com/mb/text_group.php?sid=1799760&zs=3436385f3630&ifr='+AdBrite_Iframe+'&ref='+AdBrite_Referrer+'" type="text/javascript">');document.write(String.fromCharCode(60,47,83,67,82,73,80,84,62));</script> <a target="_top" href="http://www.adbrite.com/mb/commerce/purchase_form.php?opid=1799760&afsid=1"><img src="http://files.adbrite.com/mb/images/adbrite-your-ad-here-banner.gif" style="background-color:#CCCCCC;border:none;padding:0;margin:0;" alt="Your Ad Here" width="11" height="60" border="0" /></a></span> <!-- End: adBrite --> </center> <body> Jari Dang Amai

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com
Thursday, April 21, 2005
Diulit buku

Sampai dirumah pukol 10:40 malam selepas memeriahkan majlis zikir Maulidur Rasul dirumah sepupu babu dikampong. Mata ku tak mau lelap, fikiran ku ligat memikirkan kerja ku bertimbun yang tak mau surut. Baby Leyinah tidur pulas disebelah ku. Biasalah bila hubby kerja outstation maka Lutfan dan Leyinah berebut-rebut hendak tidur disebelah ku, tapi malam ini baby tidak payah berebut-rebut dengan abangnya Lutfan. Kerna Lutfan tidur dirumah sepupunya Humaidi. Pusing kiri pusing kanan, mata ku tak mau lelap juga. Akhirnya aku bangkit mencari apa-apa yang dapat membuat ku terlena.

Beberapa buah novel melayu diatas meja sisi. Ku ambil novel Rohani Din; 'Diari Bonda 4'. Mungkin novelnya ini dapat melelapkan mata ku. Entah dah beberapa kali aku mengulang baca novel beliau maseh jua tak dapat menambat hati ku untuk terus menyudahkannya. Walaupun didalam hati ingin mengetahui apa kisah selanjutnya tentang anaknya yang sakit itu. Ku belek lagi muka suratnya.. selembar demi selembar maseh juga terasa hambarr, tidak seperti Diari Bonda I & II dapat menawan hati ku. Ku letakan balik ditempat asalnya. 

Aku jadi bosan sendirian, mata ku terkebil-kebil memerhati siling. Mata tidak juga dapat ku pejam. Huhhhh.. bosannya, aku bingkas bangun. Lalu keluar bilik menuju kebilik kakak(Liyana). Ku lihat dia sedang tidur dengan novel Sri Diah iaitu 'Jangan ada dusta' ditangannya. Adoi.. aku lupa yang anak ku dah meningkat dewasa. Minggu lepas pun ku dapati dia tidur berulit dengan 'Cinta mu dihati' oleh Aida Adriani.

Aku menjadi risau bila dia dah mula membaca novel-novel yang tidak sesuai dengan usianya. Salah ku juga mengarahkan dia membaca novel-novel itu dulu. Masa tu aku risau sangat melihat prestasi pelajaran Bahasa Melayunya yang menurun berbanding dengan mata pelajaran Bahasa Inggerisnya yang memang ku akui cemerlang.  Bila dia membuat karangan seolah-olah kanak-kanak yang belajar dalam Darjah 4. Sedangkan pada masa itu dia sudah didalam Darjah 6 dan akan mengambil PSR. Tatabahasanya lintang pukang. Aku maseh ingat bila dia membuat satu baris ayat dalam karangannya yang lebih kurang bunyinya begini; '...tolong aku mencarikan sebuah buku yang hilang...' Ibu mana yang tidak risau melihat pencapaian anaknya yang bukan pada tahap yang selayaknya. Lalu aku tanpa memikir panjang menyuruhnya membaca novel Norhayati Ibrahim yang banyak ku miliki untuk menggalakan dia membaca buku-buku yang berbahasa melayu. Akhirnya dia dapat juga memperbetulkan kelemahannya dan berjaya meraih pangkat A dalam Bahasa Melayu PSRnya tahun lalu. Dan kini aku pulak yang sakit kepala memikirkan gadis sunti ku yang ketagih membaca novel. Salah kah aku??????

Posted at 02:03 pm by ninasuria
Sekacip Pinang (10)  




Wednesday, April 20, 2005
Akedemi Miss Universe

Tiga hari kebelakangan ini kepala ku makin terasa berat dan berdenyut-denyut. Kerja yang memang penuh menghiasi meja kerja ku menambahkan kepala ku berat seberat pengetok 'pile' projek Istana, dengan dihiasi kerlipan bintang-bintang kejora yang bergemarlapan. Otak ku buntu sebuntu gamat(timun laut) yang mati tersadai dipantai negara jiran sebelah kita. Semua kerja ku buat tak membuahkan hasil, walau sekecil huma sekalipun. 

Dari asyik duduk membuat kerja yang tidak produktif, aku terus memikirkan saranan suami ku yang dah berpuloh-puloh kali menyuruh aku menziarahi akademi Miss Universe.. ouch... Miss Universe???? Memang suami ku seorang yang prihatin tentang kebajikan anak-isterinya, aku tabik itu. Apalagi bila melihat fizikal isterinya yang dulunya bagai Miss Linda Lam dan sekarang seperti kapal Titanic karam... Uhuk.. uhuk.. . Tapi bila mengenang $$$$$ yang hendak ku laburkan ke akedemi itu adalah tinggi nilainya, membuatkan aku berfikir bukan sekali.. malah beribu-ribu lemon. Seperti kata kawan ku yang disebelah; kalau $$$$ ku laburkan kepada barang kemas, maka berkilau-kilaulah permata nilam bergantung dileher dan di tangan ku, mengalahkan lampu crystal Arca Jerudong Park yang gah ditengah-tengah taman JP itu. Mami jarum pun akan terkeluar biji mata melihat perhiasan ku.. Apa lagi Makcik Joyah pit-pot-pit-pot tu.. pasti dia menelan air liur memandang ku..  KONON.

Dan petang itu aku pun singgah ke ATM berhampiran sebelum ke akedemi Miss Universe mengambil $$$$ yang malas nak ku sebutkan. Dalam perjalanan aku maseh berfikir berfikir berfikir dan berfikir lagi.. Kata hati ku mengatakan JANGAN.. Ditelinga ku terngiang-ngiang suara suami tercinta; pergilah sayaaang.. 

Akhirnya aku sampai jua kesana. Aku masuk ke akedemi Miss Universe itu  dengan langkah yang amat berat... (bukan berat kerana menganggung $$$$ yang hendak ku laburkan). Tapi mengenangkan hasil dan dividen yang akan ku perolehi kemudian nanti. Adakah menepati citarasa suami yang tercinta.. Atau hanya melepaskan batuk ditangga????

15minit mendengar takzirah yang bukan takzirah. Memang telinga ku sudah lali mendengar saranan motivasi seperti itu; 1000's of DONT;  dont eat fat fat fat fat fat fat. Tapi itulah makanan yang selalu dihadapi. Dont sleep before two hours eating meal, aktiviti itulah yang selalu ku lakukan bila perut dah kenyang.. and bla bla bla bla... Kalau ku huraikan disini pasti tidak cukup satu muka.

Theraphynya bermula dengan lipo massage dengan menggunakan mesin yang hi-tech. Mula-mula terasanya nyaman urutannya, betul-betul meleggakan. Maklum kepala tengah pening, stress semacam. Tapi bila dia meninggikan tahap gelombang mesin urut itu, terasa badan seolah-olah dicubit-cubit, sangat-sangat menyakitkan. Proses urutan yang menyeksakan itu berterusan hingga 30minit. Selepas itu badan ku, dari paras leher hingga kehujug kaki di tutup dengan satu mesin yang digelar slim-ray berbentuk sebiji terowong. Didalam terowong itu badan ku terasa panas hasil dari panculan cahaya dari mesin hi-tech  tersebut. Air peluh pun keluar seperti mandi sauna. Aduh benar-benar menyeksakan.. Betulah kata seniwati Sarimah, nak cantek bukan kerja yang senang, menguji minda.

Selepas theraphy tersebut aku pun disuruh minum air dan berehat 30minit sambil mendengar muzik yang dikhaskan untuk theraphy minda. Betul-betul aku hanyut dibuai muziknya. Aku terjaga bila tangan mengurut lembut badan ku. Rasa bagai kita seorang puteri yang dimanjakan.. Selepas 15 minit diurut dengan teknik relaxing massage aku di suruh berendam dalam SPA. Adoi nyamannya.. betul-betul merehatkan fizikal dan mental selepas badan kita didera dengan urutan dan hawa panas yang menyakitkan. Hilang rasa sakit kepala ku yang menyesakkan dua-tiga hari kebelakangan ini. Terima kaseh hubby.. for a special gift.

Posted at 09:35 am by ninasuria
Sekacip Pinang (6)  




Friday, April 15, 2005
Sambutan Maulidur Rasul

KEPUTERAAN Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam merupakan peristiwa penting dalam sejarah umat Islam. Tanggal 12 Rabiulawal tetap menjadi ristaan dan kenangan besar. Seluruh umat Islam di muka bumi ini akan mengenang Baginda Rasulullah dengan mengadakan Sambutan Maulud Nabi.

Kelahiran Rasulullah, pemimpin agung umat manusia sejagat yang tiada taranya di muka bumi ini, pemimpin rahmat sekalian alam semesta. Kerana Baginda , dunia yang gelap menemui cahaya yang terang benderang. Segala kebatilan dan kejahilan manusia telah berubah. Nabi Muhammad, manusia agung yang diutus oleh Allah untuk memimpin manusia sejagat ke arah yang lebih sempurna. Sebab itulah hari yang bersejarah itu tidak pernah luput dari ingatan umat Islam, kerana memperingati tarikh rahmat itu sekali gus mengenang jasa-jasa Baginda yang tiada ternilai itu, dan seterusnya mengambil iktibar dan teladan dari perjuangan dan pengorbanan Baginda yang tiada tolok bandingnya dalam menegakkan agama Allah yang Maha Suci itu.

Kehadiran Baginda benar-benar membawa perubahan dalam pelbagai aspek kehidupan manusia. Ini bertepatan dengan firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Anbiyaa' ayat 107 yang tafsirnya : "Dan tidaklah Kami utus engkau ya Muhammad kecuali untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam." Setiap langkah Baginda bergerak dan setiap patah Baginda bersabda adalah merupakan dakwah dan pimpinan umat manusia. Setiap apa yang Baginda serukan adalah semata-mata untuk kebaikan manusia itu sendiri dan sebagai jaminan kebahagiaan, kemuliaan dan keselamatan hidup di akhirat.

Bagi Negara Brunei Darussalam, Hari Maulud merupakan hari kebesaran Islam yang terpenting dalam kalendar Islam dinegara ini. Semua masjid-masjid dan badan-badan agama dikampong-kampong pada masa ini rancak memeriahkan Maulidur Rasul. Kemeriahanya terasa diseluruh pelusuk negara Brunei Darussalam. Dengan alunan zikir Maulud yang berbagai irama, menjadi halwa telinga selepas solat Maghrib dan Isya.

Dan semalam adalah gilirin dirumah kami meraikan Maulidur Rasul. Dengan rombongan lebih 30orang, yang banyak dianggotai oleh ahli-ahli remaja kampung kami dan diketuai oleh 2-3 orang tetua kami yang maseh tinggal. Dengan dimulai zikir Ya Maulai dan disudahi dengan doa, majlis kami selamat sempurna sebelum pukol 11malam. Semoga aktiviti-aktiviti sebegini akan terus kekal dihati remaja-remaja kita.

Nota: Ingin mengetahui selanjutnya majlis sambutan dikampong kami.. marilah berkunjung kerumah Dang Ayang..





Posted at 07:03 pm by ninasuria
Sekacip Pinang (4)  




Wednesday, April 13, 2005
Catatan seorang yang bergelar Nurul

J4B rumah JHEU

J4B rumah JHEU
Kampung Puni,
Temburong 8190
Brunei Darussalam.


Alamat rumah aku dulu. 1984-1995 aku tinggal di situ. Seawal umur 4 tahun, aku dah boleh cakap empat baris di atas dengan lancar.

Aku balik ke sana lagi, semalam. Aku jalan-jalan kat belakang rumah. Cari-cari sesuatu yang aku pun tak tahu. Kemudian tersedar. Panas berpeluh-peluh pada pukul 5.00 pagi. Menyedari hakikat yang aku sekarang ada di Gombak, Selangor, bukannya di pinggir belah barat Pulau Borneo.

Aku besar kat situ. Perkembangan jiwa aku yang membentuk asas personaliti aku  sekarang bermula dari situ. Jasad aku ada di sini, tapi jiwa aku tertinggal di sana. Sejak pergi ke tanah air aku pada akhir 1996, aku ibarat hilang identiti. Aku rakyat Malaysia. Tapi aku tak ada jiwa mendalam di sini. Tidak juga sekali-kali aku hendak mengaku rakyat sana. Tak ada sebab. Akhirnya aku anggap aku pemerintah kepada sebuah jajahan takluk tak bernama. Akulah pemerintah, akulah rakyat.

Aku pernah cakap kat Mak, aku kerap menziarah kesana, dalam tidur aku. Kadang-kadag berjalan-jalan. Kadang-kadang kawan-kawan ikut sekali. Cerita bermacam-macam. Tapi tempat tetap sama, tak berubah. Malah ada sekali tu, masa aku Tingkatan 2, aku bawa Fauzan ke sana.

Mak nampak tak senang hati.

"Ini dah cerita lain ni. Kalau dah balik kesana, Mak tak suka. Bawa-bawa baca ayat Da, jaga diri tu. Jangan biar hanyut."

Ada sebab Mak cakap macam tu. Aku pernah diganggu Jin, semasa darjah 4. Bangun di tengah malam dan menjadi orang lain. Tapi sekejap sahaja. Mak cepat bertindak, bawa aku kat Cikgu Osman, jiran berdekatan.

Tiada kaitan dengan cerita tu, Aku jadi macam ni hanya sebab rindu. Hanya aku. Adik-beradik lain, tak pedulikan sangat rumah tu.

Rumah tu, letaknya dalam kawasan Sekolah Rendah Puni. Rumah khas untuk guru yang kami tak perlu bayar sewa dekat kerajaan. Rumah papan+batu bertiang berkembar yang dibina zaman British memerintah lagi. Belakang rumah, hutan. Dipisahkan dengan pagar sekolah setinggi 2.5 meter. Asalnya sekolah ini dibina sebagai sekolah Inggeris dulu. Dan aku, bersekolah rendah kat sini sampai darjah 6. Nak pergi sekolah, langkah parit sahaja dah sampai.

Rumah ni, sebelum mak dan abah sampai pada tahun 1984, dikisahkan orang rumah kosong, tak ada orang boleh tinggal dengan lama. Tapi keluarga kami boleh menetap di sini dengan aman. Jiran sebelah rumah (ingatan:rumah berkembar) namanya Cikgu Adam. Suka usik aku dan adik-adik dari kecil sampai besar.

Puni, dalam sejarah Brunei, adalah bandar tertua, dan tapak negara Brunei Darussalam. Pernah jadi ibu negara 400 tahun yang lampau. Sekarang sebuah kampung kecil, dengan udara nyaman, didiami oleh golongan sederhana dan pertengahan. Rumah batu dua tingat kebanyakannya. Kira, rumah kami yang cikai sekali. Tak kisahlah, rumah guru, free. Kami hanya pendatang.

Zaman aku kecil baru nak kenal dunia, aku menerokai rumah ni, luar dan dalam seteliti-telitinya. Tapi lebih banyak di luar rumah. Aku tak ada kawan untuk bermain. Aku jadi pemerhati. Menyusup dalam semak, ataupun berselindung di mana-mana. Meneutralkan dan menyelaraskan frekuensi tubuh aku, supaya sama dengan getaran alam sekeliling. Supaya belalang,kumbang,pipit dan keruak tak takut dan percaya, aku penjaga, aku penyelamat di sini. Inilah jajahan aku. Aku menguasainya dan percaya ini milik aku.

Akhir 1995, aku bagai menarik nyawa sendiri, dunia merintahkan aku keluar dari tanah jajahan.

"Nanti cuti sekolah kat Malaysia, boleh datang sini balik", kata Mak. Mak dan Abah terus bekerja di sini biar aku balik Malaysia. Tapi gerak hati aku kata, masa kereta bertolak pergi dari rumah tu, aku takkan dapat balik, apa yang aku genggam kejap selama ni. Tangan yang genggam tu dah longlai, takkan menggapai lagi.

Sebulan aku di Malaysia, Mak telefon beritahu pindah tempat kerja ke Bandar Seri Begawan. Bandar Seri Begawan dan Temburong, tiada jalan darat. Aku dah kata.

Aku degil. Aku tetap balik. Secara rahsia dan haram. Secara paranormal. aku tak peduli. Aku rindu. Aku benarkan jiwa aku terawang-awang dan merentas Laut China Selatan setiap kali malam menjelma.

Personaliti aku berubah. Aku bukan lagi kanak-kanak pendiam yang hanya seorang direkodkan sederhana dalam buku rekod kemajuan sedangkan 22 lagi rakan lain semuanya direkodkan memuaskan sewaktu pra-sekolah. Aku bukan lagi kanak-kanak yang pendiam dan diletakkan cikgu tempat duduk paling belakang dalam kelas, setiap tahun. Aku bukan lagi kanak-kanak pendiam yang tak pernah benarkan rakan-rakan sekelasnya merasa tempat pertama dalam setiap peperiksaan dari darjah 1 sampai darjah 6.

Dan juga, bukan lagi kanak-kanak yang mencangkung berjam-jam di bawah rumah, tunggu labah-labah menyudahkan sarangnya.

Aku jadi remaja mesra, dan ramah. aku mula bercakap dan pandai bercerita. Tapi aku dah hilang daya pemerhatian. Terkikis sedikit demi sedikit. Aku tak tahu apa yang aku buat. Aku dah hilang gerak rasa istimewa. Aku hilang arah dalam suasana baru. Frekuensi yang getarannya buat aku tak selesa. Lebih teruk lagi, aku tak boleh kawal frekuensi itu.

Tahun 2001, selepas cuti SPM. Aku bercuti dengan Mak dan Abah di rumah baru-rumah flat, rumah guru juga. Tapi kena bayar sewa sedikit. tiba-tiba, Hari Raya Kedua, Abah kata nak balik Temburong, jenguk kawan-kawan lama Abah kat sana. Buat pertama kali untuk kami semua, selepas 1995.

Kali ni dah ada alternatif jalan darat. Dari Bandar Seri Begawan, masuk ke Limbang, Sarawak. Di Limbang, kereta kami dibawa bot merentas sungai ke Temburong, Brunei. Dua kali cop pasport.

Kami singgah di Sekolah Rendah Puni. kebetulan jumpa tukang masak sekolah dulu, yang selalu suruh aku balik rumah cepat-cepat bila dia nampak aku merayau-rayau jauh di kawasan sekolah waktu petang.

Kami singgah di J4B, rumah JHEU. Cikgu Adam dah pindah rumah sendiri, khabarnya, rumah batu dua tingkat. betul ke ini rumah dulu. Suasana dah lain. mana jajahan aku dulu, aku dah tak jumpa. Ini lain. Sekitarnya dah lain. Rumah ni dah di renovate. Dulu tingkap selit. Sekarang cermin gelap. Dulu kipas. Sekarang dah di letak air-conditioner.

Mana tentera aku: pipit, keruak, kumbang, labah-labah, semut api... barangkali semua dah membawa diri. tempat ni dah hilang auranya. Atau aku yang sudah hilang rasa?

Rumah tu - tiada penghuni. Selepas kami. Tiada yang mahu tinggal disitu lama. Mungkinkah ada keluarga lain selepas ini, suami isteri orang dagang, membawa anak 2 orang, seorang lelaki nakal berlari, seorang perempuan yang masih di atas dukungan. Anak perempuan itu membesar dengan gerak rasa istimewa dan menjadi pemerintah selepas aku?

Tak, tak mungkin. Tanah jajahan tu dah di sumpah. Lenyap dari muka bumi. Hanya wujud kala malam, waktu rindu mendatang.


Nota untuk Nurul: Bila ku membaca entry mu ini perasaan cemburu menguasai diri.. betulkah apa yang kau rasakan.. Walau aku anak jati Brunei tidak dapat merasai pengalaman hidup dibesarkan dalam dunia hijau yang melekakan. Terima kaseh atas berkongsi rasa sayang mu keatas tanah tumpah darah ku...

Posted at 06:18 am by ninasuria
Sekacip pinang  




Saturday, April 09, 2005
Nasib bini-bini bematuka

Ujan labat menggurut, padahal matahari kantar-kantar. Banarnya peribahasa; mendangar guruh tamparik dilangit, air ditampayan jangan dicurahkan. Samalah jua; jangan disangka langit cerah ceria inda turun ujan.

Dalam ujan labat tapaksa tah ku pelahankan kelajuan matuka ku, walaupun ati menariak kan nyuruh laju. Tapi ditahan-tahan saja dulu. Sampai disekolah Cina, ku liat kereta inda banyak, alhamdulillah... bermakna aku dapat balik keofis sebelum 11:45. Dan utang masa kan ku bayar balik pun inda banyak 30minit saja. Sebuah dami sebuah matuka menurunkan anaknya arah dropping bay  supaya inda takana aing ujan. Kesian jua kanak-kanak kan..

Tiba giliran bini-bini cina didapan ku menurunkan anak-anaknya. Ku kira; satu dua tiga empat lima.. ehh.. banyak jua anak cina ani.. dalam ati ku berasa 'bias' ; mesti tukang angkat dalam ati ku. Sudah abis anak-anak diturunkan ia pun begarak kedapan. Inda semana-mana matukanya ani anggak-anggak. Bah abislah aku ni.. dalam ati ku. Ku dangar dua tiga kali ia cuba mengidupkan injin, lakat jua lagi bunyi orang berasin kesadakan. Lapas atu kalap-kalap tia emergency litenya. Allah huAkhbar.. tesangkut tah ku ni.. inda tah ku lapas.. Ujan lagi labat, sapa jua kan menolong kereta bini-bini cina ani.

Orang yang betaduh disiring dropping bay ani memiksai saja meliat kereta cina yang tesadai.  Matuka udah panjang bebaris dibelakang ku, indada orang tau apa kan hal orang didapan ku ani. 5minit belalu; bunyi hon sekali kedangran dari arah belakang. Mesti orang belakang ku ni inda penyabar, dalam ati ku(macam tah aku ani penyabar ;P) 10minit bebunyi hon panjang; pit..pit..pit..pitttttttttt.. sambung besambung. Bayangkan kawasan sekolah bunyi bingit hon matuka menggamatkan suasana. Kalau ku laki-laki bekarih ku menyurungkan matuka cina ani kesiring jalan, abis cerita.

Dalam ku bekira-kira ani, teliat ku dari arah ceramin belakang,  dua buah dari arah matuka ku babaris, turun kalibat seorang melayu keluar dari matukanya menuju kearah depan kami. Iatah bepahala menyurungkan matuka cina rusak ani kesiring. Baru tah aman dunia.. Orang dibelakang sekali atu tau kan marah ganya.. cuba tah liat dulu apa masaalahnya.. ani main antam saja.. entahlah labu...

Menganangkan senerio bini-bini selalu jadi mangsa matuka bemasaalah ani, iatah mambari ku selalu mengusut arah laki ku menyuruh memeriksa matuka sebelum ia keraja outstation. Ku itung-itung seumur ku menjadi bini dan ibu kepada anak-anaknya; sudah 7kali matuka yang ku pakai membawa masaalah; tiga kali ku tepaksa menukar tayar kereta pancit di kawasan sekolah. Nasib badan... sendiri memasang, orang lalu-lintas memiksai ganya. Baik jua bukan 4WD kalau inda menangis tak berlagu..  3kali engine overheated, aing bateri karing dan sekali bateri melatup. Diantara ketujuh-tujuh kajadian atu; bateri melatup atu yang paling ku tungkal padahal kereta baru Merce C240. Canggih pebaik buatan orang jajahan ani ada jua salah silapnya..

Moral of the story; suami-suami jangan tah lapas tangan menyuruh isteri memandu kereta. Ceklah dulu kondisinya. Kalau keretanya lama inda lagi hukum, tukarkan tia yang baru. Tayar yang aus awal-awal lagi ganti... Kalau payah jua.. antar bini training arah workshop kereta belajar troubleshooting kereta..


Posted at 11:18 am by ninasuria
Sekacip Pinang (6)  




Wednesday, April 06, 2005
Sejarah Bandar Brunei

                      

Bandar Brunei diatas air
Negara Brunei Darussalam telah lama wujud sejak berkurun-kurun lamanya bersaing dengan negara-negara tua dirantau Nusantara ini. Kedudukan geografinya yang elok ditambah lagi lokasi pelabuhannya yang strategik dan terlindung menjadikannya terkenal sebagai tempat persinggahan berulang-alik ahli-ahli pelayaran Arab, India, China dan negeri-negeri dirantau ini sejak Kurun Masehi ke 6. Keadaan ini telah menjadikan Pelabuhan Brunei di Kota Batu sentiasa sibuk.

Kota Batu adalah ibu negeri Brunei yang pertama, terletak di tebing Sungai Brunei. Yang mana lebih kurang 5Km arah ke Timur dari Bandar Seri Begawan(pada masa ini).

Disinilah tapak Bandar Brunei yang pertama didirikan.

Makam Sultan Sharif Ali bertarikh TH 836 bersamaan TM 1432 terletak di Perkuburan Islam Kota Batu, Bandar Seri Begawan. Sultan Brunei ke-III memerintah dari TM 1425 - TM 1432. Pemandangannya sungguh indah menunduki Sungai Brunei.


Dan ini adalah makam Sultan Bolkiah(1485 - 1524) diatas tebing bukit Kota Batu. 


Lokasi Bandar Brunei di Kampong Ayer ini tercatat dalam laporan Antonio Pigafetta(seorang bangsa Italy yang datang ke Brunei dalam tahun M1521). Beliau menulis; bandar Brunei keseluruhannya didirikan diatas air masin kecuali istana Raja dan kediaman beberapa orang pembesar. Penduduknya seramai 25,000 kelamin. Rumah-rumahnya diperbuat daripada kayu dan bertiang kukuh. Apabila air pasang, ramai kaum wanita(yang digelar padian) berkayuh menjual barang-barang keperluan harian.

 


Daripada catatan beliau kita dapat menggambarkan bahawa pada kurun Masehi ke 16 bandar Brunei sudah terkenal diseluruh benua dengan aktiviti daggangnya. Manakala dalam catatan seorang pemberita dari kapal Amerika yang datang ke Brunei pada tahun 1837 mengatakan penduduk bandar Brunei seramai 15,000 - 25,000 orang. Sementara Kapten Henry Keppel pula mencatatkan seramai 10,000 orang.



Bertepatan dengan catatan sejarah yang mengatakan kurun Masehi ke 16 adalah zaman keemasan Empayar Brunei yang kekuasaannya bukan sahaja meliputi keseluruhan Pulau Borneo, bahkan juga Pulau-Pulau Suluk, Balayan, Mindoro, Bonbon hingga Saludang di Kepulauan Filipina.


Era perpindahan Bandar Brunei ke darat




Sultan Muhammad Jamalul Alam II (TM 1906-1924)

Setelah rancangan perpindahan penduduk Kampung Ayer berjalan baik, penempatan baru bagi Bandar Brunei pun bermula. Pada tahun 1921 ditubuhkan Lembaga Kerbersihan untuk mejaga dan membisaikan kawasan Bandar Brunei itu. Dan pada tahun 1920an bangunan kerajaan, rumah-rumah persendirian dan kedai-kedai mula dibina disekitar Bandar Brunei.


Sultan Ahmad Tajuddin (TM 1924-1950)

Pada tahun 1953 Lembaga Kebersehan ditukar menjadi Lembaga Bandaran mengikut Undang-Undang Lembaga Bandaran menurut Enakmen 20/1953. Berkembangnya Bandar Brunei Zaman Sultan Omar Ali Saifudien Sa'adatul Khairi Waddien dari tahun 1950-1967, Bandar Brunei tumbuh dengan pesatnya. Dengan berpandangan luas dan wawasan yang jauh serta bertawakal kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, baginda telah berjaya menjadikan Brunei sebuah negara yang maju, aman dan terkenal dikalangan negara-negara antarabangsa sepanjang pemerintahan baginda selama 17tahun. Hasil dari tangan Baginda, Brunei telah menjadi sebuah bandar moden dan terus menjadi pusat pentadbiran, keagamaan, perdagangan, pendidikan dan kebudayaan.


Sultan Omar Ali Saifudien Sa'adatul Khairi Waddien (1950-1967)

      

Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah (1967 - Sekarang)

Posted at 02:34 pm by ninasuria
Sekacip Pinang (15)  




Tuesday, April 05, 2005
Sayang anak timang-timangkan

Alhamdulillah kelmarin aku dapat mengelakan dari terperangkap dalam kesesakan jalan raya untuk menghantar Lutfi ke sekolah lama-barunya(entah formula bahasa apa yang ku gunakan untuk mendifinasikan sekolah lama menjadi baru, kalau salah tolong tunjukan). Akhirnya my hubby akur untuk menggunakan jalan pintas itu. Dan aku dapat sampai ke pejabat bila jarum pendek jam mengarah ke angka tujuh, bahagianya aku....

Tapi pagi ini kami lalui lagi jalan pintas itu, sudah ada beberapa buah kereta tersekat di pintu masuk kawasan perumahan kakitangan kerajaan itu. Bila kami melintasi jalan yang dikira private property itu beberapa pasang mata merenung kami dengan pandangan tajam. Cukup dengan aksi mereka bercekak pinggang, sungguh ngilu hati ku memikirkan renungan mereka itu. Renungan itu sudah cukup menghantar message ketidakrelaan mereka menerima kami(penceroboh) menggunakan jalan mereka. Entahlah atau aku sahaja yang berperasaan.....

Kalau dikenang zaman persekolahan kami 20tahun dulu, berjalan kaki kesekolah beramai-ramai adalah saat-saat yang mengembirakan. Kami akan berjalan kaki beramai-ramai dari rumah kekuala jalan untuk menunggu bas sekolah dalam jarak 300meter jauhnya. Dan kadang-kadang balik sekolah kami minta turunkan dirumah guru mengaji Al-Quraan kami di Kg Sungai Ketam. Selepas habis waktu mengaji kami akan balik berjalan kaki sahaja kerumah yang jauhnya lebih kurang 3km. Memang seronok berjalan dengan teman-teman sebaya ketika itu. Ada kalanya, jika wang jajan masih penuh dalam poket, kami akan singgah kekedai Makan India untuk menghilangkan penat dan membasahi tekak sebelum sampai kerumah. Makanan yang selalu kami pesan adalah soto dan rojak India. Kedai ni memang terkenal dengan menu tersebut. Memang soto dan rojak Pakcik Wahab(Pakcik India) tak setanding dengan dengan  masakan orang India masa kini. Memori indah zaman sekolah itu maseh kuat terpahat dalam ingatan.

Dan sekarang fenomena berjalan kaki dan menunggu bas ini jarang lagi kelihatan . Mana tidaknya, dari seawal kindergarten  ibu bapa menghantar mereka hingga ketempat duduk, terlalu memanjakan anak-anak(termasuklah aku). Dan tabiat memanjakan anak makin menular hingga mereka meningkat remaja. Maseh mengharapkan ibu bapa menghantar depan pintu pagar. Disuruh berjalan dalam 100meter pun mereka sudah berkeluh kesah apalagi kalau disuruh berjalan dalam jarak 1km.. tak tahu apa kan jadi.

Bila difikirkan mengapa ibu bapa zaman ini lebih protektif dari dulu. Mungkinkah akibat pengaruh sosial dan alam sekeliling membuatkan ibu bapa menjadi Sanisah Huri. Memang menakutkan bila mendengar ada anak-anak sekolah yang berjalan kaki ditabrak dan ditinggalkan begitu saja oleh pemandu yang tidak bertanggung jawab. Dan ada anak-anak sekolah perempuan  yang diculik, diperkosa dan ditinggalkan didalam hutan. Adoi.. memang keadaan dan situasi inilah yang memaksa ibu bapa(seperti aku) lebih memanjakan anak-anak. Ehmm... sayang anak timang-timangkan... 

Posted at 09:08 am by ninasuria
Sekacip Pinang (2)  




Saturday, April 02, 2005
Stupid saturday

Orang India menggelar hari sabtu ini sebagai hari bodoh. Tapi bagi ku hari sabtu ada lah hari yang paling ku suka. Apalagi kalau cuti awam jatuh hari sabtu, maka makin bertambah-tambah lah suka ku.

Tapi pagi ini; hari sabtu yang paling menyakitkan. Bertolak dari rumah pukol 6:25 pagi untuk menghantar Lutfi ke sekolah barunya, dibangunan yang lama(Maktab Sains telah berpindah ke bangunan lamanya di jalan Muara). Konon untuk mengelakan dari terperangkap dalam kesesakan. Aduhai.. cuma tinggal lebih kurang dalam 500meter saja dari simpang masuk sekolah,  kereta sudah bersusun berderet-deret tidak seinci pun bergerak dalam masa 15minit. Dalam 40 minit kereta kami hanya bergerak dalam jarak 300meter sahaja. Akhirnya aku mengarahkan hubby untuk menurunkan Lutfi di bibir jalan. Lutfi pun terpaksa berjalan kaki lebih kurang 300meter untuk sampai kekelasnya. My hubby betul-betul kesal tidak mengikut arahan ku awal-awal tadi, untuk mengikut jalan pintas(melalui jalan kediaman kakitangan kerajaan yang mana tidak praktikal dilalui). Kalau macam ni lah senario setiap hari yang akan ku tempuhi, alamat anak ku yang satu lagi terpaksa datang kesekolah lambat 20minit, dan aku sendiri akan masuk kerja bila jarum pendek jam sudah ke angka lapan.

Dan sekarang aku terpaksa review balik proposal my hubby untuk mengambil seorang driver.

Posted at 11:58 am by ninasuria
Sekacip pinang  




Thursday, March 31, 2005
cooking lesson

Durian Cheeeez Cake

10 eggs
180 gm self rising flour
70 gm cornflour
250 gm caster sugar
1 tbl spoon ovalette

Mixed them all. Beat with maximum speed until thick and fluffy. Then pour 300 gm melted butter into the mixture and fold it until well combined. Put aside.

500gm cheese cream
350gm durian monthong paste/fresh
250ml fresh milk
1 cup nestle cream
4 egg yolks

Blend them until the mixture creamy. Mixed with the above mixture gently. Fold with wooden spatula. And pour the creamy mixture into 12"X12" baking pan. Bake abaout 45mins with 160-180 celcius. Allow to cool about an hour, and  topped with icing sugar. (Refrigerate overnight for best result)

Posted at 12:43 pm by ninasuria
Sekacip Pinang (14)  




Saturday, March 26, 2005
Clitoria ternatea


Ingat tak Nina ada cerita fasal bunga Telang. Sebenarnya bunga Telang ni sangat popular diseluruh Asia hingga sampai ke benua Eropah. Nama botaniknya adalah Clitoria ternatea dari famili Fabaceae/Leguminosae. Orang Inggeris menggelar Asian pigeon-wings, Butterfly pea, Cordofan pea. Di Filipina terkenal dengan nama Balog-balog, Giting princesa, Kokokanting. Orang Indonesia memberi nama Bunga biru, Kembang telang. Di Khmer Rouge pula  dipanggil Rum'choan. Laos pula menamakan 'Ang s'an dam, Bang s'an dam. Orang Vietnam; Dâu biê'c. Di Thailand popular dengan nama Anchan. Dan masyarakat kita melayu pula menggelarkan Bunga biru, Kacang telang.

Sebenarnya bunga ini besar pengaruhnya dizaman nenek moyang kita, dahulu kala. Bunganya telah di proses menjadi bahan pewarna makanan. Secara tidak langsung sebenarnya sudah melalui proses uji kaji, karena sudah digunakan beratus-ratus tahun secara turun-temurun sejak nenek moyang kita.

Bagi masyarakat cina, mereka menggunakan bunga telang dalam kueh ala Nyonya mereka. Seperti pulut Ta-Tai(disajikan dengan serikaya) misalnya. Begitu juga orang Indonesia mereka menggunakan bunga ini untuk menghasilkan warna biru keungguan kepada kueh tradisional mereka; kueh talam.

Keunggulan pewarna alami ini tidak dapat menandingi pewarna yang diciptareka dizaman cyber ini. Kerana pewarna alami satu ini, selain memberikan warna ianya sekaligus memberikan perisa dan harumanya yang semulajadi.

Jadi, kenapa tidak kita praktikan apa yang nenek moyang kita buat dulu... Murah dan selamat.

image

Foto ini aku pinjam dari human flower project

Posted at 08:55 am by ninasuria
Sekacip Pinang (7)  




Previous Page Next Page


Hikayat jari Dang Amai

Sumbangsih untuk Bonda Almarhumah Dayang Hjh Halimah Hj Yussof




Malaysia:
  • VANILLA PASTRY BANDAR BARU BANGI.


  • Brunei Darussalam
  • BEST EASTERN BOOK STORE BRUNEI DARUSSALAM
  • LE APPLE BAKERY
  • PUSTAKA REMAJA


  • On-Line Sale:
  • JEMARI SENI
  • E-KEDAI














    PURIH BANGSA

    Brunei tanah air kita
    Warisan berkurun lamanya
    Budaya Melayu teras bangsa
    Islam cara hidup kita

    Kita purih pancir mulia
    Tabah gagah berhemah tinggi
    Bermaruah dan berperibadi
    Bersopan sedar harga diri

    Masa depan penuh cabaran
    Kita ungkayahkan dengan iman
    Dengan ilmu bakti setia
    Ikhlas amanah kerana Allah

    Bangunkan kemakmuran
    pelihara keamanan
    Teguhkan kedaulatan
    Tegakkan keadilan
    Junjunglah kebenaran
    Hidupkan kerohanian
    Ajaran Allah kita turutkan

    Tegak bersatu mendukung negara
    Brunei sejahtera bumi tercinta
    Taat setia rakyat bahagia
    Di bawah naungan Sultan kita





    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anak pemagat dibawa lari,
    Dibawa oleh anak Benggali;
    Mari tuan duduk kemari,
    Makan sirih bersama kami
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




  • Kalau nak tahu apa cerita hari ni..
    klik waktu tempatan
    ~~~~~~~~~~~~~
    << May 2006 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02 03 04 05 06
    07 08 09 10 11 12 13
    14 15 16 17 18 19 20
    21 22 23 24 25 26 27
    28 29 30 31




  • Remalan Cuaca Negara Brunei Darussalam



  • Name :
    Web URL :
    Message :
    smileys

    Hentikan merapik meraban
    1. Adakah anda ingin membaca celoteh Nina Suria lagi?

    Ya
    Tidak


       Next >>



    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Pohon besar empat pemeluk
    Hendak ditebang berdiri duduk
    Kalau tidak panjang penjuluk
    Manakan dapat bunga yang elok

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



    Gandang Si Dondang
  • Dendang Brunei
  • Seri Brunei


  • Brunei Tanah Air Ku
  • KHEU
  • KAMUS BERUNAI


  • Radio Televisyen Brunei
  • RTB Home Page
  • PELANGI 91.4 FM


  • Resepi RTB
  • Kek Lapis Tarap
  • Sajian Dapur Radio Kitani



  • Seni tiada sempadan
  • Jari Amaiku
  • Kaban Craft
  • Rajawali Art Gallery
  • Redzuan Rusli Melakar
  • Rozi d artist


  • Apanya kitani
  • Anak Brunei
  • Awan Biru
  • Brunei Iron Lady
  • Brunei Tau
  • Crystal Frog
  • Dang Ayang
  • My Passion
  • Rouge Economist
  • Pak Malau
  • Paulaland 16
  • Pena Gila
  • Puasha
  • Redzuan
  • Seri Dewi
  • Si Pugut
  • Temburong Central
  • Ucing Itam


  • Dang Sanak
  • Memeng
  • Penguin Kalas di gurun pasir
  • Ct


  • Kadai Orang kitani
  • Hobi
  • Made to oder


  • Dapur orang kitani

  • Blue Eden
  • Brunei Restaurant Review*
  • Cookie Monzters
  • Food for thought*
  • Food Hungry
  • Foodie Tales
  • Life, Food and Randomness
  • Sapphira Cakes
  • Self taught Chef
  • The Cupcake Queen Brunei
  • What's in your tummy
  • Carita Makan





  • Penglipur Lara
  • Adek Nakal
  • Bonda Puteri
  • Bonda Ratu
  • Spupu Spapat
  • Jidah
  • Klavu Qulit Tiqus
  • Tanah Pusaka
  • Achik
  • Otak Gila da Babas


  • Adek beradek lain mak-bapak
  • Aida Maheran
  • Wabbit Da Rabbit



  • Membuka minda
  • Atikah
  • Atok
  • Arigato
  • Baghdad is burning
  • Budin TaBabas
  • Hijau Zamrud
  • Jiwarasa
  • Jahrera
  • Mohd Hatta Ghazali
  • Khabar dari Makkah
  • Nujum Pak Belalang
  • Pramoedya
  • SuriJiwa



  • Bila mata pena menari
  • Adileah
  • Aisya Sofea
  • Aida Adriani
  • Aina Emir
  • Anis Ayuni
  • Azizi Abdullah
  • Damya Hanna
  • Darma Mohammad
  • Eyman Haykal
  • Faisal Tehrani
  • Niamat'atiffi
  • Imaen
  • Izza Aripin
  • Izzulizzati
  • Matt Romeo
  • John Norafizan
  • Khairyn Othman
  • Lynn Dayana
  • Damya Hanna
  • Lily Suriani
  • Najwa Aiman
  • Norzailina
  • Meen Zulaikha
  • Norisah Bakar
  • Lily Kamaluddin
  • Lilly Haslina
  • Noorsuraya Adnan
  • Rnysa
  • Ruby Hazri
  • Salina Ibrahim
  • Sri Diah
  • Zaharah Muhammad



  • Dang malai Dang bungang ku:
  • Dang Amai
  • Dang Anis
  • Dang Ayang
  • Dang Inoi
  • Dang Jijah
  • Dang Kalas
  • Dang Nila
  • Dang Sari



  • Bicara tentang buku
  • Anak Dara Menteri - Matt Romeo
  • Anak Dara Menteri 3 - Matt Romeo
  • Bara - Abdul Rahim Awang
  • Damai - Noor Suraya
  • Doa Buat Suamiku - Sri Diah
  • HAIKU - Lelahiro/DiPinggiran/Tabir Alam
  • Janji Kasih - Sri Diah
  • Katak Di Atas Tempurung - Hj Mohd Hussain Hj Rahmanh
  • Kasih Kita - Najwa Aiman
  • Kopi susu sepatu biru
  • Lorong Ke Kaki Langit - Adi Al-Hadi
  • Labyrinth - Imaen
  • Mahligai Cinta - Sri Diah
  • Nyanyian Tanjung Sepi - Noor Suraya
  • Surat Ungu Untuk Nuha - Noor Suraya
  • Pada angin aku berpesan - Adileah
  • Panggil aku Dahlia - Noor Suraya
  • Takdir - Norisah A.Bakar
  • Tetralogi Laskar Pelangi - Andrea Hirata
  • Tetralogi Laskar Pelangi - Andrea Hirata
  • Travelog HAJI Mengubah Sempadan Iman - Muhd Kamil Ibrahim
  • Zahrah de Tigris - Khairyn Othman


  • Layarlara
  • Jang Geum


  • Si Tukang Ulas novel
  • Antu Buku
  • Seribu Satu Malam
  • Carriekirana
  • Wan Amalyn
  • Ulat Buku




  • Kitab coklat bulu sapi ~da7Crownies~
    chance made us friends
    hearts made us sisters
  • Kaka Basai
  • Lai Damit
  • Along
  • Angah~Achik~Ucu


  • Sesuatu
  • Aku yang pancit
  • Pontianak
  • satu-dua-tiga
  • Tersampok
  • Teropong Ajaib
  • Ternakan cendawan


  • Mambang Tanah
  • Do Mulu


  • Masam-masam Manis
  • Puteri Abu dan Tongkat Sakti
  • Lucifer oh Lucifer
  • Mahligai Cinta Ku
  • Hobi Gila
  • Kucing
  • Suntuk


  • Bila hati menjerit
  • Rindunya zaman hingus meleleh
  • Disubuh duapuluh tujuh februari


    Teman Maya
  • Adhan
  • Anni
  • Bunga Di Jakarta
  • Cik CTi
  • Chempaka
  • Siti Di Kota Singa
  • Suhaila di Nagaoka



  • Landing Time
  • Eita
  • Kak Uya
  • Ija
  • Ruby Hazri
  • Ryana
  • Seriadriani


  • Gudang Buku
  • Alaf21
  • CESB
  • Jemari Seni







  • Khazanah dapor ku yang tak ternilai


    [Periuk Nasi] [Chocoholic] [Fingers] [Gourmet - 60years in making] [Salad] [Say Cheeze] [Scone] [Shortbread]


    MengAyamKaran???
  • ABC Cake
  • Ayam Madu
  • Batu Belah Batu Betangkop
  • Bread Butter Pudding
  • Brodetto
  • Choc Almond Muffin
  • Chocolate Ganache Cheese Cake
  • Custard Coconut Rough>
  • FudgyBrownies
  • Kek Cawan Sanang dan Nyaman
  • Laksa Labok
  • Myrah Cuppies
  • Makaroni Bakar
  • Kek Ngek Ngeek
  • Pancake With Caramel Apple
  • Pavlova
  • Pavlova TIPs
  • Rangin
  • Redbean Bun
  • Roll Bulu Merak
  • Roll Batu Bungan
  • Roasted Duck with Cranberry Sauce
  • Sayor Tai Thong Bu Apsah
  • Shortbread
  • SinahMon Roll
  • Snow White Cheese Cake
  • Soto Rindu
  • Summer Fruit Pie topping with Meringue
  • Tat Nenas
  • Triple Chocolate Peanut Butter Cookies
  • Trifle




  • Dapur berasap
  • Animah
  • Bakers Place
  • Brownies
  • Bunda Nandine di Batam
  • Cek De Sam
  • Cik Wan
  • Cookies Monstarr
  • Diana
  • Ihsan
  • Jun di Shah Alam
  • MamaFami
  • Kak Norz
  • Kak Pah Sherry
  • Mama Sya
  • Mamazieza
  • Mama Vouge
  • Mat Gebu di Johor
  • Princess Haryati
  • ResipiNet
  • Rinnchan
  • Rossya
  • Rozzan di Singapura
  • Su Yin
  • Tun Zureidai
  • Ummi di Pahang
  • Umi-e
  • What I eat today?


  • Betty Crocker
  • Cooking for Engineers
  • Delia Online
  • Jamie Oliver
  • Nigella Lawson
  • Gadget Candy

  • Landing time:
  • House and Garden
  • Better Homes and Garden




  • Mula mencoret 21hb March 2005






    My blog is worth $11,290.80.
    How much is your blog worth?




    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




    rss feed

    Who links to me?




    eXTReMe Tracker