<BODY><center><script language='JavaScript' type='text/javascript' src='http://ads.blogdrive.com/adx.js'></script> <script language='JavaScript' type='text/javascript'> <!-- if (!document.phpAds_used) document.phpAds_used = ','; phpAds_random = new String (Math.random()); phpAds_random = phpAds_random.substring(2,11); document.write ("<" + "script language='JavaScript' type='text/javascript' src='"); document.write ("http://ads.blogdrive.com/adjs.php?n=" + phpAds_random); document.write ("&amp;what=zone:3"); document.write ("&amp;exclude=" + document.phpAds_used); if (document.referrer) document.write ("&amp;referer=" + escape(document.referrer)); document.write ("'><" + "/script>"); //--> </script><noscript><a href='http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a6b05a3e' target='_blank' rel=nofollow><img src='http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:3&amp;n=a6b05a3e' border='0' alt=''></a></noscript></center> <body> Jari Dang Amai

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com
Tuesday, October 27, 2009
Laskar Pelangi

Rupanya Laskar Pelangi sudah lama siap di layar-perakkan. Dalam aku termanggu menanti 'saat' itu tiba... aku tetiba gatal tangan mengetuk abjad L-A-S-K-A-R-P-E-L-A-N-G-I di papan kekunci di komputer riba ku. Pencarian enjin Google terus memaparkan; Laskar Pelangi The Movie.

Anda masih ingatkan novel Laskar Pelangi, Andrea Hirata? Aku pernah membuat entri mengenai novel ini setahun yang dulu..

Bagi yang terlepas entri itu.. Ceritanya adalah mengenai sepuluh orang penuntut miskin dan dua orang guru yang berjiwa tegar di sebuah Pulau Belitong yang kaya hasil buminya, tapi bukan penduduknya. Ceritanya menekankan bahawa kemiskinan itu bukan penghalang untuk anak-anak miskin itu turun kesekolah dan memburu mimpi indah hingga ke menara gading.

Nak tahu cerita sepenuhnya... klik klip video di bawah ini.. Ceriterannya begitu mengujakan. Aku paling suka bab Ikal jatuh cinta pada kuku A Ling itu. Apa yang ditulis Andrea perasaan Ikal waktu itu benar-benar berjaya difilemkan. Lucu banget

Yang istimewanya filem itu di lakunkan oleh anak-anak Pulau Belitung itu sendiri.. Juga lokasinya pun di Pulau Belitong itu juga. Sebuah pulau yang amat cantik sekali.

Saksikanlah sendiri...

~Sekapur Sirih

Salam semua, kabare? Kita sudah didalam bulan Zulkaedah. Rasanya baru semalam aku menjejaki bumi Haram Makkah. Kini musim Haji datang lagi. Mendengar teman-teman yang akan menjadi tetamuNYA... hati terlonjak bahagia. Alhamdulillah akhirnya mereka dijemputNYA jua. Pergilah teman dengan lapang dada. Ikhlaskan hati pasti DIA menerima mu sebagai tetamuNYA yang teristimewa.

Posted at 07:08 am by ninasuria
Sekacip Pinang (2)  




Friday, October 16, 2009
Kandatipun...

Salam Aidilfitri semua. Tak terasa waktu begitu cepat berlalu. Dan kita sudahpun di penghujung Syawal 1430H. Sudah lama aku meninggalkan blog ini. Jua meninggalkan aktiviti Gayah Enterprise yang meributkan.

Meniti hari-hari yang sepi ini rupanya adalah saat yang paling indah dan membahagiakan. Rupanya kesakitan yang dianugerahkanNYA itu adalah satu hadiah yang tidak ternilaikan. Hanya mata hati yang bisa merasakannya.

Maaf zahir dan batin.

Posted at 05:30 pm by ninasuria
Sekacip Pinang (1)  




Saturday, September 05, 2009
Kantoi

Tika sungkai(berbuka puasa), dimeja makan, tiba-tiba Lutfan dengan matanya yang nakal bertanya, "Babu, puasa?".

Aku menjawab dengan sepontan, "Puasaaaa...".

Mata Lutfan tidak berpuas hati dengan jawabanku. Jari lunaknya terus mengair-ngair nasi didalam pinggannya, dikumpal-kumpal lalu disuapkan kedalam mulutnya. Sekejap-sekejap matanya melirik ku lagi dengan hujung matanya, menyelidikku dari sisi. Mungkin.

Aku buat dergg aja. Aku terus mencarik isi ayam panggang dan mencelup kedalam cicah air asam cili api. Belum ayam panggang masuk kedalam kerongkong ku Lutfan bersuara lagi, "Babu kemasjid karang?"

Aku menjawab sepontan, lagi. "Inda..".

Mulut Lutfan terus terbuka luas dengan matanya yang berkilau nakal. "Ha haah.. gotcha.. babu tipu.. babu inda puasa.."

Ayam panggang yang baru saja hendak ku telan terus tersangkut.

~Sekapur sirih~
Alhamdulillah, hari ini kita sudah masuk minggu yang ketiga di bulan Ramadan yang penuh berkah ini.

Dan Alhamdulillah jua.. AJK Masjid RIPAS Rimba sudah belajar dari 'sejarah' semalam. Kami jemaah Nisaa sudah dapat bernafas lega. Ruangan solat sudah luas dan selesa. Dan kami tidak lagi huru-hara memburu waktu untuk solat Isyak dan berterawih kemasjid diluar jajahan. Syukran Jazilan

Posted at 02:12 am by ninasuria
Sekacip Pinang (2)  




Friday, August 21, 2009
Salam Ramadan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Posted at 12:30 pm by ninasuria
Sekacip Pinang (2)  




Thursday, July 02, 2009
Memoir



Kau sinaran bulan
Menyerikan bitang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi

Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untuk

Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu

Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku

Lirik : Sharifah Aini

~Sekapur Sirih~

Hari ini tanggal 2hb Julai 2009, bermakna bonda telah  lima tahun bersemadi di SANA. Tetiba malam ini rasa sedih, rindu menyelubungi diri. Wajah bonda datang lagi di bingkai-bingkai potret memori. Ceritera duka itu tergambar kembali di layar mata.

Memori di pagi jumaat, 2hb Julai 2004, di wad ICU Ripas, tiada bicara, mata terkatup, hanya debur nafas yang semakin lemah. Akhirnya bonda pergi jua dengan aman.

Ya Tuhan... moga KAU mengampunkannya dan merahmatinya. Al-Fatihah buat bonda

Posted at 10:04 pm by ninasuria
Sekacip Pinang (2)  




Wednesday, June 24, 2009
Kemana hilangnya kasut?



Selama empat hari di Madinah aku tidak menghubungi anak-anak, saudara-mara mahu pun teman-teman di Brunei. Hanya bang Mat saja yang tiap hari membuat 'laporan selari' lewat HPnya. Aku cuma mendengar apa yang bang Mat bicarakan dari jauh. Kebetulan pada hari itu selesai usai makan malam, Ryn mendapat sms dari adik ku Reyma, yang mengatakan, Leyn dapat 'kuligata' sebesar peta dunia diseluruh badannya dan telahpun dibawa kehospital untuk meredakan sakitnya. Hatiku berdetak. Subhanallah. Allahuakbar. Mulut ku celupar sangat. Astaghfirullah

Sehari sebelum kejadian Leyn mendapat 'kuligata' itu, sedang kami mencari 'tasbih 1000' pesanan dari seseorang di Berunai, yang aku sendiri lupa siapa, aku ternampak kemenyan berketul-ketul dan pelbagai jenis herba perubatan dijual di kedai dekat-dekat masjid Nabawi itu. Aku terlonjak gembira dan ingin membeli seketul dua kemenyan tersebut. Bang Mat menahan ku. Tapi aku membebel pulak dan merungut yang anak-anak dirumah selalu saja terkena penyakit gatal-gatal yang tidak tahu datangnya dari mana(kata satu ustaz, penyakit gatal-gatal itu dari air kencing 'Jun', dan katanya lagi untuk mengubati penyakit itu, kena cari anak-anak yang lahir diluar nikah dan bla.. bla.. bla.. Wallahuwalam).Subhanallah, Maha besar Tuhan, yang mengatur segala kejadian di muka bumi ini.

Pada satu malam selesai usai solat Isyak seorang guard masjid mengangkat papan tanda bertulis 'MELAYU' tidak jauh dari tempat kami duduk. Aku dan Ryn tiba-tiba teringin sangat nak masuk lagi ke Rawdah. Kami pun terus menunggu dan menyertai kumpulan melayu Indon.

Alhamdulillah dengan izinNYA hampir pukul sebelas malam kami berjaya masuk ke Rawdah untuk kedua-kalinya. Kawasan yang dibukakan kepada kami malam itu pun lebih besar dari kunjungan pertama. Di tepi pintu masuk, di sebelah kiri, seorang wanita sedang membaca Al-Quraan. Aku baru dapat melihat dengan jelas sebuah rak yang tinggi dari lantai kesiling, dibangunkan sebagai dinding untuk menutup makam Rasulullah dan kawasan bagunan asal masjid Nabi dari pandangan mata luar. Wallahuwalam. Dan Al-quraan tersusun rapi di dalam rak-rak tersebut.

Akibat suasana yang sesak dan padat aku terpisah lagi dengan Ryn. Aku teruskan saja solat sunat dan solat hajat. Selesai memberi salam, aku toleh kiri-kanan, nampak sedikit kelonggaran. Guard-guard masjid pun tidak 'segarang' waktu siang. Maka aku angkat lagi takbir, solat taubat. Alhamdulillah, aku sempurna memanjatkan doa untuk anak-anak, famili dan jua sahabat-sahabat yang telah menitip pesan. Di luar, aku terus ke rak kasut. Allahuakbar, semua rak bersih. Takpe lah, aku terus mengatur langkah untuk balik kehotel.

Di mulut pintu masjid, aku terkaku. Subahanallah. mataku jatuh pada selonggok besar kasut-kasut yang dikumpulkan pembersih di tepi tangga sebelah kanan ku. Oh rupanya kasut-kasut yang hilang itu bukan diambil jemaah, tetapi dikeluarkan oleh pembersih masjid. Alhamdulillah, untuk kali keduanya kasut 'kambing biri-biri' ku terselamat lagi(lupa bagi tahu yang aku tidak memakai kasut 'kambing biri-biri' saat pertamakali aku kehilangan kasut selepas lawatan Rawdah). Kebetulan aku memakai sandal sport bang Mat yang ringan itu. Kesian bang Mat, dua kali sandalnya jadi mangsa ku Dari jauh, nampak kelibat Ryn berjalan 'inggut-inggut' menghampiri ku. Rupanya Ryn pun menerima nasib yang serupa. Kami terus menggali kasut-kasut yang mahu dibuang itu. Kalau-kalau masih ada rezki kami. Tapi hampa. Kami pulang dengan tangan kosong.

Esoknya, solat Subuh, kami terlewat sedikit, jadi kami cuma dapat sof betul-betul di sebelah rak-rak kasut yang di letakkan di tepi dinding. Kuasa Tuhan yang menentukan segalanya. Usai solat, Ryn menahan ku. "Jom, kita cari kasut". Lalu kami pun menarik rak-rak yang penuh dengan kasut itu keluar sedikit, cukup-cukup untuk badan kami masuk. Beberapa minit mencari, Ryn menjerit halus, sebelah kasutnya telah ditemuinya. Aku yang berada selang sebuah dari rak Ryn, pun jua sama. Tapi aku lebih bernasib baik, sandal bang Mat, ku temui berpasangan.

~Sekapur Sirih~
Cuti sekolah sudah dipenghujungnya, dan cutiku jua turut berakhir hari khamis ini. Aku pulun dengan projek Gayah Enterprise. Kakak pulun dengan kelas tambahan. Abang, Lutfan dan Leyinah, 'guring-limpang', 'mengayam-karan' aja dirumah. Kesiannnnnn.

Posted at 01:17 pm by ninasuria
Sekacip Pinang (2)  




Wednesday, May 20, 2009
Barakahnya kota Madinah

Barakahnya Madinah memang terbukti jelas dan nyata. Kami sendiri dapat menikmati akan kebarakahan tanah haram itu. Seperti yang telah diriwayatkan oleh Muslim di dalam kitab Minuman, Kelebihan Bantu Membantu Di Dalam Makanan Yang Sedikit, hadith no.179-181, yang menyatakan lebih kurang begini;  Jabir bin Abdullah r.anhuma berkata:

Aku telah mendengar Rasullah s.a.w. bersabda; 

"Makanan seorang mencukupi dua orang dan makanan dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang."

 

Dari awal-awal lagi sebelum berangkat, aku sudah mengisi bagasi ku dengan plastik tali 'tapau'. Aku teringat cerita arwah bonda, sewaktu dia mengerjakan haji beberapa tahun yang lalu, setiap kali dia turun kemasjid, pasti arwah tidak lupa membawa plastik tali 'tapau' yang berisi makanan untuk disedekahkan pada jemaah-jemaah yang berada di kaki lima masjid. Cerita ini juga disahkan oleh teman arwah yang bersama-sama arwah menunaikan Haji pada masa itu. Aku terkedu. Didalam hati, aku berazam ingin seperti arwah. Lalu, dua hari sebelum berangkat, aku penuhkan sebiji bagasi ku dengan biskut-biskut kering seperti chipsmore dan crackers pelbagai perisa. Gula-gula untuk sakit tekak juga ku bawa, melebihi keperluan sendiri(teringat akan cerita Profesor Muhd Kamil Ibrahim dalam bukunya berjudul Travelog HAJI).

Alhamdulillah, bila sampai di Madinah apa yang arwah bonda katakan itu benar-benar belaka. Makanan yang disediakan pihak muasasah terlalu 'juntrah'. Sepanjang kami berada disana, tidak pernah sekali pun kami tidak kebahagian makanan. Padahal kami selalu saja jadi jemaah yang terakhir untuk mengambil makanan, baik sarapan pagi, tengahari mahupun malam. Namun makanan disajikan masih melimpah ruah hingga kami masih lagi dapat membawa lebihan makanan-makanan itu masuk kekamar. Makanan-makanan itu kemudiannya kami bungkus dalam plastik tali tapau dan kami berikan kepada jemaah-jemaah yang kami rasa lebih memerlukan. Minum petang pula, selalu saja kami lupakan, kerna kami lebih memburu waktu solat Maghrib dan Isyak. Takut sangat-sangat tersadai di kaki-lima atau di mulut pintu masjid lagi.

Semasa berada di Madinah, kami berkesempatan melawat ekspo kurma yang kebetulan hapening di situ. Ini semua gara-gara adinda-adinda ku yang 'terhyper-active'. Tak tahu pulak, darimana mereka dapat  info ekspo kurma tersebut. Lokasi Ekspo itu tidaklah jauh dari hotel kami, cuma selang beberapa blok saja dibelakang penginapan kami. Maka tidak hairanlah jika muka kami yang beracuankan melayu ini sahaja yang datang menyibuk di Ekspo yang majoritinya orang arab dan bangsa asing dari Timur Tengah.


Di depan pintu masuk Ekspo terbesar Kurma Madinah

Ekspo itu bukan saja mempamerkan kurma, malahan sejarah kurma juga turut di 'ristakan' kembali. Begitu juga kraftangan dari kurma, pun jua diperlihatkan. Hasil kraftangannya ini bukan saja dari buahnya, bahkan dari pokok, pelepah dan daunnya sekali. Sungguh unik dan berseni.

Makanan asasi orang arab jua turut sama dipamerkan disitu. Aku tertarik pada hidangan yang dipertunjukkan itu. Disamping roti, disitu juga ada madu,  kurma dan halwa. Cuba perhatikan di dalam foto dibawah ini.

Aku terpaku sekejap melihat pada sebuah gerai kurma yang menjual produk butiknya yang berjenama Dallah. Gerai itu lengkap membawa bersama fountain caramel fonduenya,  untuk tetamu merasai produk kurma yang mereka keluarkan. Memang sungguh sedap kurma-kurma yang dicelupkan kedalaam fondue yang pelbagai perisa, seperti mentega kacang, coklat dan juga caramel yang ditambah sedikit herba.

 

Dan pokok kurma yang dikanan itu adalah hasil dari buah-buah kurma yang di reka bergitu rupa sekali,  hingga aku tidak perasan pada mulanya yang pohon itu sebenarnya adalah buah-buah kurma yang 'dianyam' begitu halus dan artistik.

 

Dan pagi itu kami pulang dengan beberapa kilo kurma Ajwa dan Ambar serta perut yang kenyang setelah membalun kurma percuma. 

 

 

Memang tidak dapat disangkalkan lagi bahawasanya Madinah adalah sebuah kota yang penduduknya hidup aman damai, tiada sebarang penyakit yang berjangkit,  tanahnya adalah ubat penawar, hasil buah-buahannya subur dan segar. Lihat saja pada tamar Ajwa dan Ambarnya, begitu segar dan manis serta mengenyangkan.

 

Sabda Rasullah s.a.w -  'Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan tamarNYA sebagai pelindung dan perisai dari racun dan sihir. Jika kita makan tujuh biji tamar-tamar itu sekaligus diwaktu pagi maka dengan izinNYA tiadalah kita terkena racun ataupun sihir pada hari itu'

 

Ekspo Kurma di Madinah
 
~Sekapur Sirih~
 
Saat dunia sedang gempar dengan virus khinjir yang dikenali dengan nama virus H1N1, aku sedang mengaitkan kekejaman Israel menodai tanah dan rakyat Palestine dan juga Jalur Gazza. Mungkinkah bala dari Tuhan atas kekajaman kafir musyirikin, membunuh tanpa rasa belas kasihan, maka wabak ini diturunkan untuk peringatan kita..
 
Aku terbaca dalam surah Al Israa' yang bermaksud;
 
"Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakkan dibumi(Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.
 
Maka apabila sampai masa janji(membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua(kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamuhamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu) dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.
 
Ayat 4-5 Surah Al-Israa
 
Cuba kita renungkan sekejap, bukankah khinjir itu mahluk Allah. Dan khinjir itu adalah mahluk yang memang sudah di katakan dengan terang dan nyata dalam Kalam Tuhan, bahawasanya mahluk itu haram di sentuh apalagi di makan.
 
Dan dalam dua tiga hari ini, di perjalan pulang kerumah, aku berkesempatan mendengar ceramah mufti dari corong radio, di gelombang 93.3FM, yang menyatakan lebih kurang begini, "Allah mengharamkan khinjir ini atas 1001 keburukan yang ada pada diri khinjir itu sendiri. Barangsiapa yang memakannyaa dikhuatiri akan mengikut sifat dan buruk perangainya yang pemalas, pengotor, suka mengawan, tidak punya rasa cemburu bila anak-isterinya dikacau jantan lain malahan dia sendiri akan menyoggokan hak-miliknya(anak-isteri) kepada khinjir(jantan) yang lain. Nau'zubillaahiminasyaitanirazim. Moga kita dilindungi dari hasutan syaitan yang direjam.
 
Dan berbalik paada ayat Israa' diatas;sekarang dunia tengah kalut akan keganasan virus khinjir yang membawa maut itu akan merebak keseluruh dunia. Bukankah didalam ayat itu ada menyebutkan "Kami datangkan kepada kamuhamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu)".
 
Subhanallah maha agung Tuhan yang menciptakan mahluk yang ada di langit dan dibumi. Yang mengatur perjalanan bulan dan matahari. Memasukan Siang yang terang benderang ke suasana malam yang gelap gulita.
 
Fikir-fikirkan lah. Astaghafirullah...
 
p/s foto-foto diaatas dipinjam dari galeri saudara sepusat-sepusingku. Di sini

Posted at 10:42 pm by ninasuria
Sekacip Pinang (2)  




Saturday, May 09, 2009
I ♥ Babu

Salam hari ibu untuk semua pengunjung wanita yang menziarahi ku disini.  Tidak terasa hari ibu 2009 sudah datang menjengahku. Rasanya baru saja semalam bang Mat mengirimkan sejambak bunga hari ibu 2008nya.

Petang tadi aku menjemput pulang si Jentayuku di kelas Tadika Tiga Unggu nya. Dia berlari, lalu menghulurkan kartu merah jambu, seraya mencium pipi kanan-kiri dan pundak ku. Adusss... Hatiku tiba-tiba cair melihat hasil lakarannya. Lihatlah sendiri dibawah...



Barusan

Babu: Sedang membuat homework (terpaksa bawa pulang kerja opis kerumah).
Jentayu: Babu liat sini. Leynah kan lukis babu. Teranah aaah . Sambil tangan kecilnya meluruskan posisi muka Babunya kedepan menghadapnya.




~Sekapur Sirih~
Terlalu banyak cerita yang ingin ku kongsikan disini. Tapi bila ingin mengetuk papan kekunci PC ini... Perbendaharaan-kata ku tiba-tiba terkunci. Alfa-alfa itu semakin kabur dan berterbangan, tidak bisa ku susun untuk membangunkan sebuah cerita... hatta sepotong ayat pun..

Posted at 09:33 pm by ninasuria
Sekacip Pinang (4)  




Tuesday, March 24, 2009
Ulat Buku

   

Salam semua. Saya sudah kehilangan tenaga saat ini. Projek Gayah Enterprise yang tak putus-putus menyita seluruh masa senggangku. Hatta my quality time pun turut terkorban. Aku betul-betul rindu untuk guling-guling di hujung minggu bersama-sama keluarga dan buku-buku ku. Aku sudah tidak punya cukup waktu, bermula dari kunjungan ziarah Ulat Buku ke bandar Berunai pada 28hb februari yang lalu, hinggalah hari ahad lepas.

Ampun, aku tidak dapat bersama-sama menjemput di Lapangan Terbang Antarabangsa seperti plan awal. Nasib baik saudara sepusat sepusingku Reyma dari Kota Minyak sana, datang menghantarkan-dirinya untuk menggantikan tempatku. Terimakasih seluas langit biru dinda.

Hari ini, aku baru dapat mengangkat muka, mencatat sesuatu untuk berkongsi rasa bersama kaum kerabat Ulat Buku dan geng da Seven Crownies disini. Kunjungan Makcik Raja dan anak buahnya memang dinanti-nanti sejak dua tahun lalu. Kita yang merancang tapi DIA yang menentukan.

Akhirnya semua plan induk kakmOn jadi haru-biru, tidak boleh dipakai. Sedihkan??? Psssst PinkJambu... memang tiada ada yang seronok pun.

Kepada kelapan-lapan geng Ulat Buku, disini aku mengambil kesempatan mengucapkan terimakasih atas kunjungan da-bom kalian. Begitu jua buah-tangan yang dibawa begitu super-duper nyaman. Masih terasa-rasa rangup dan sedapnya kerepek kentang goreng berlada. Tidak kurang jua kuih goyang yang ringan itu. Sehingga ayahnda yang tidak memasang mutiaranya pun boleh mengunyah kuih goyang itu dengan begitu nikmat sekali.

Dan sate Kajang itu jugak. Rasa macam tak cukup pulak. Jeling Makcik Raja dengan muka tak malu, nak lagi banyak. Nak cerita sikit. Em! kakmOn n kompeni, nyaris-nyaris membalun semua bahagian Klavu. Adik dengan seronoknya menghebahkan didalam peti es Kingston itu masih ada dua bungkusan sate yang tertinggal. KakmOn betul-betul terlupa. Rupanya...

Pada Wabbit dan Rnysa, terimakasih atas ingatan yang manis itu. Juga pada semua tetamu kakmOn; Makcik Raja, Em, Jid, KNoor, Notie, Nacha, Nawwir dan Wan atas semua buah-tangan itu. Tak tahu bila nak membalasnya. Moga DIA memberiku kelonggaran masa. Ameen...

~Sekapur Sirih~

Setelah selamat kelapan-lapan geng UB meninggalkan bumi yang damai ini, esok paginya aku baru dapat membuka beg Doraemon yang Jid angkut itu. Didalamnya penuh dengan guling-tangan kakmOn. Hati bagai digaru-garu ingin test-drive. Memang mengecurkan. Terimakasih sebanyak bulu kambing Shaun da sheep, Jid. I lap U. Mmmmmuah. Lihatlah foto-foto terakhir kek kakmOn hasil dari beg Doraemon JID.

Si Adik sudah kembang hidung. Melihat hadiah Bude'nya itu. Tanpa menunggu sesaat, baju itu terus aja disarungkan kebadannya. Pas amat. Pandainya Bude' mengukur badan si adik.

Si Jentayuku berlebih-lebih lagi. Matanya bulat berkilau-kilau, melihat pen kaler berperisa buah-buahan itu. Terimakasihnya pada Bude' tidak putus-putus. Sehingga aku dikerahnya untuk menghubungi Bude saat itu juga untuk menyampaikan rasa terimakasih yang tak terhingga.

Yang lebih parah dalam seminggu itu... setiap hari dia menulis surat untuk Bude'nya, dengan menulis sepotong sepotong ayat-ayat cinta yang telah di 'carbon copy'nya. Jika ku kumpulkan, sudah melebihi sepuluh pucuk surat cinta Bude' dalam simpanan ku.

Di bibirnya masih terucap terimakasihnya. Di hatinya melekat wajah Bude'nya yang tak sempat disalaminya itu. Sesalnya tak sudah-sudah. Siang-malam dia dok menyalahkan kakmOn tak membawanya bersama waktu menghantar Bude'nya pulang. Pandainya Bude' mencuri hati si Jentayu ku.

Posted at 12:49 pm by ninasuria
Sekacip Pinang (11)  




Sunday, March 15, 2009
I need a break

 

Before the marriage:

He: Yes. At last. It was so hard to wait.

She: Do you want me to leave?

He: NO! Don't even think about it.

She: Do you love me?

He: Of course!

She: Have you ever cheated on me?

He: NO! Why you even asking?

She: Will you kiss me?

He: Yes!

She: Will you hit me?

He: No way! I'm not such kind of person!

She: Can I trust you?

He: Yes.

Now, after the marriage you can read it from below to up!!!! he he he Tongue

Posted at 06:39 am by ninasuria
Sekacip Pinang (3)  




Next Page


Hikayat jari Dang Amai

Sumbangsih untuk Bonda Almarhumah Dayang Hjh Halimah Hj Yussof




Malaysia:
  • VANILLA PASTRY BANDAR BARU BANGI.


  • Brunei Darussalam
  • BEST EASTERN BOOK STORE BRUNEI DARUSSALAM
  • LE APPLE BAKERY
  • PUSTAKA REMAJA


  • On-Line Sale:
  • JEMARI SENI
  • E-KEDAI














    PURIH BANGSA

    Brunei tanah air kita
    Warisan berkurun lamanya
    Budaya Melayu teras bangsa
    Islam cara hidup kita

    Kita purih pancir mulia
    Tabah gagah berhemah tinggi
    Bermaruah dan berperibadi
    Bersopan sedar harga diri

    Masa depan penuh cabaran
    Kita ungkayahkan dengan iman
    Dengan ilmu bakti setia
    Ikhlas amanah kerana Allah

    Bangunkan kemakmuran
    pelihara keamanan
    Teguhkan kedaulatan
    Tegakkan keadilan
    Junjunglah kebenaran
    Hidupkan kerohanian
    Ajaran Allah kita turutkan

    Tegak bersatu mendukung negara
    Brunei sejahtera bumi tercinta
    Taat setia rakyat bahagia
    Di bawah naungan Sultan kita





    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anak pemagat dibawa lari,
    Dibawa oleh anak Benggali;
    Mari tuan duduk kemari,
    Makan sirih bersama kami
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



  •    

    Kalau nak tahu apa cerita hari ni..
    klik waktu tempatan
    ~~~~~~~~~~~~~
    << August 2005 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02 03 04 05 06
    07 08 09 10 11 12 13
    14 15 16 17 18 19 20
    21 22 23 24 25 26 27
    28 29 30 31




  • Remalan Cuaca Negara Brunei Darussalam



  • Name :
    Web URL :
    Message :
    smileys

    Hentikan merapik meraban
    1. Adakah anda ingin membaca celoteh Nina Suria lagi?

    Ya
    Tidak


       Next >>



    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Pohon besar empat pemeluk
    Hendak ditebang berdiri duduk
    Kalau tidak panjang penjuluk
    Manakan dapat bunga yang elok

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



    Gandang Si Dondang
  • Dendang Brunei
  • Seri Brunei


  • Brunei Tanah Air Ku
  • KHEU
  • KAMUS BERUNAI


  • Radio Televisyen Brunei
  • RTB Home Page
  • PELANGI 91.4 FM


  • Resepi RTB
  • Kek Lapis Tarap
  • Sajian Dapur Radio Kitani



  • Seni tiada sempadan
  • Jari Amaiku
  • Kaban Craft
  • Rajawali Art Gallery
  • Redzuan Rusli Melakar
  • Rozi d artist


  • Apanya kitani
  • Anak Brunei
  • Awan Biru
  • Brunei Iron Lady
  • Brunei Tau
  • Crystal Frog
  • Dang Ayang
  • My Passion
  • Rouge Economist
  • Pak Malau
  • Paulaland 16
  • Pena Gila
  • Puasha
  • Redzuan
  • Seri Dewi
  • Si Pugut
  • Temburong Central
  • Ucing Itam


  • Dang Sanak
  • Memeng
  • Penguin Kalas di gurun pasir
  • Ct


  • Kadai Orang kitani
  • Hobi
  • Made to oder


  • Dapur orang kitani

  • Blue Eden
  • Brunei Restaurant Review*
  • Cookie Monzters
  • Food for thought*
  • Food Hungry
  • Foodie Tales
  • Life, Food and Randomness
  • Sapphira Cakes
  • Self taught Chef
  • The Cupcake Queen Brunei
  • What's in your tummy
  • Carita Makan





  • Penglipur Lara
  • Adek Nakal
  • Bonda Puteri
  • Bonda Ratu
  • Spupu Spapat
  • Jidah
  • Klavu Qulit Tiqus
  • Tanah Pusaka
  • Achik
  • Otak Gila da Babas


  • Adek beradek lain mak-bapak
  • Aida Maheran
  • Wabbit Da Rabbit



  • Membuka minda
  • Atikah
  • Atok
  • Arigato
  • Baghdad is burning
  • Budin TaBabas
  • Hijau Zamrud
  • Jiwarasa
  • Jahrera
  • Mohd Hatta Ghazali
  • Khabar dari Makkah
  • Nujum Pak Belalang
  • Pramoedya
  • SuriJiwa



  • Bila mata pena menari
  • Aisya Sofea
  • Aida Adriani
  • Aina Emir
  • Anis Ayuni
  • Azizi Abdullah
  • Damya Hanna
  • Darma Mohammad
  • Eyman Haykal
  • Faisal Tehrani
  • Niamat'atiffi
  • Imaen
  • Izza Aripin
  • Izzulizzati
  • Matt Romeo
  • John Norafizan
  • Khairyn Othman
  • Lynn Dayana
  • Damya Hanna
  • Lily Suriani
  • Najwa Aiman
  • Norzailina
  • Meen Zulaikha
  • Norisah Bakar
  • Lily Kamaluddin
  • Lilly Haslina
  • Noorsuraya Adnan
  • Rnysa
  • Ruby Hazri
  • Salina Ibrahim
  • Sri Diah
  • Zaharah Muhammad



  • Dang malai Dang bungang ku:
  • Dang Amai
  • Dang Anis
  • Dang Ayang
  • Dang Inoi
  • Dang Jijah
  • Dang Kalas
  • Dang Nila
  • Dang Sari



  • Bicara tentang buku
  • Anak Dara Menteri - Matt Romeo
  • Anak Dara Menteri 3 - Matt Romeo
  • Bara - Abdul Rahim Awang
  • HAIKU - Lelahiro/DiPinggiran/Tabir Alam
  • Janji Kasih - Sri Diah
  • Kasih Kita - Najwa Aiman
  • Kopi susu sepatu biru
  • Lorong Ke Kaki Langit - Adi Al-Hadi
  • Labyrinth - Imaen
  • Mahligai Cinta - Sri Diah
  • Nyanyian Tanjung Sepi - Noor Suraya
  • Surat Ungu Untuk Nuha - Noor Suraya
  • Takdir - Norisah A.Bakar
  • Tetralogi Laskar Pelangi - Andrea Hirata
  • Tetralogi Laskar Pelangi - Andrea Hirata
  • Travelog HAJI Mengubah Sempadan Iman - Muhd Kamil Ibrahim
  • Zahrah de Tigris - Khairyn Othman


  • Layarlara
  • Jang Geum


  • Si Tukang Ulas novel
  • Antu Buku
  • Seribu Satu Malam
  • Carriekirana
  • Wan Amalyn
  • Ulat Buku




  • Kitab coklat bulu sapi ~da7Crownies~
    chance made us friends
    hearts made us sisters
  • Kaka Basai
  • Lai Damit
  • Along
  • Angah~Achik~Ucu


  • Sesuatu
  • Aku yang pancit
  • Pontianak
  • satu-dua-tiga
  • Tersampok
  • Teropong Ajaib
  • Ternakan cendawan


  • Mambang Tanah
  • Do Mulu


  • Masam-masam Manis
  • Puteri Abu dan Tongkat Sakti
  • Lucifer oh Lucifer
  • Mahligai Cinta Ku
  • Hobi Gila
  • Kucing
  • Suntuk


  • Bila hati menjerit
  • Rindunya zaman hingus meleleh
  • Disubuh duapuluh tujuh februari


    Teman Maya
  • Adhan
  • Anni
  • Bunga Di Jakarta
  • Cik CTi
  • Chempaka
  • Siti Di Kota Singa
  • Suhaila di Nagaoka



  • Landing Time
  • Eita
  • Kak Uya
  • Ija
  • Ruby Hazri
  • Ryana
  • Seriadriani


  • Gudang Buku
  • Alaf21
  • CESB
  • Jemari Seni







  • Khazanah dapor ku yang tak ternilai


    [Periuk Nasi] [Chocoholic] [Fingers] [Gourmet - 60years in making] [Salad] [Say Cheeze] [Scone] [Shortbread]


    MengAyamKaran???
  • ABC Cake
  • Ayam Madu
  • Batu Belah Batu Betangkop
  • Bread Butter Pudding
  • Brodetto
  • Choc Almond Muffin
  • Chocolate Ganache Cheese Cake
  • Custard Coconut Rough>
  • FudgyBrownies
  • Kek Cawan Sanang dan Nyaman
  • Laksa Labok
  • Myrah Cuppies
  • Makaroni Bakar
  • Kek Ngek Ngeek
  • Pancake With Caramel Apple
  • Pavlova
  • Pavlova TIPs
  • Rangin
  • Redbean Bun
  • Roll Bulu Merak
  • Roll Batu Bungan
  • Roasted Duck with Cranberry Sauce
  • Sayor Tai Thong Bu Apsah
  • Shortbread
  • SinahMon Roll
  • Snow White Cheese Cake
  • Soto Rindu
  • Summer Fruit Pie topping with Meringue
  • Tat Nenas
  • Triple Chocolate Peanut Butter Cookies
  • Trifle




  • Dapur berasap
  • Animah
  • Bakers Place
  • Brownies
  • Bunda Nandine di Batam
  • Cek De Sam
  • Cik Wan
  • Cookies Monstarr
  • Diana
  • Ihsan
  • Jun di Shah Alam
  • MamaFami
  • Kak Norz
  • Kak Pah Sherry
  • Mama Sya
  • Mamazieza
  • Mama Vouge
  • Mat Gebu di Johor
  • Princess Haryati
  • ResipiNet
  • Rinnchan
  • Rossya
  • Rozzan di Singapura
  • Su Yin
  • Tun Zureidai
  • Ummi di Pahang
  • Umi-e
  • What I eat today?


  • Betty Crocker
  • Cooking for Engineers
  • Delia Online
  • Jamie Oliver
  • Nigella Lawson
  • Gadget Candy

  • Landing time:
  • House and Garden
  • Better Homes and Garden




  • Mula mencoret 21hb March 2005






    My blog is worth $11,290.80.
    How much is your blog worth?




    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




    rss feed
    Who links to me?




    eXTReMe Tracker