|
Sehari sebelum kejadian Leyn mendapat 'kuligata' itu, sedang kami mencari 'tasbih 1000' pesanan dari seseorang di Berunai, yang aku sendiri lupa siapa, aku ternampak kemenyan berketul-ketul dan pelbagai jenis herba perubatan dijual di kedai dekat-dekat masjid Nabawi itu. Aku terlonjak gembira dan ingin membeli seketul dua kemenyan tersebut. Bang Mat menahan ku. Tapi aku membebel pulak dan merungut yang anak-anak dirumah selalu saja terkena penyakit gatal-gatal yang tidak tahu datangnya dari mana(kata satu ustaz, penyakit gatal-gatal itu dari air kencing 'Jun', dan katanya lagi untuk mengubati penyakit itu, kena cari anak-anak yang lahir diluar nikah dan bla.. bla.. bla.. Wallahuwalam).Subhanallah, Maha besar Tuhan, yang mengatur segala kejadian di muka bumi ini. Pada satu malam selesai usai solat Isyak seorang guard masjid mengangkat papan tanda bertulis 'MELAYU' tidak jauh dari tempat kami duduk. Aku dan Ryn tiba-tiba teringin sangat nak masuk lagi ke Rawdah. Kami pun terus menunggu dan menyertai kumpulan melayu Indon. Alhamdulillah dengan izinNYA hampir pukul sebelas malam kami berjaya masuk ke Rawdah untuk kedua-kalinya. Kawasan yang dibukakan kepada kami malam itu pun lebih besar dari kunjungan pertama. Di tepi pintu masuk, di sebelah kiri, seorang wanita sedang membaca Al-Quraan. Aku baru dapat melihat dengan jelas sebuah rak yang tinggi dari lantai kesiling, dibangunkan sebagai dinding untuk menutup makam Rasulullah dan kawasan bagunan asal masjid Nabi dari pandangan mata luar. Wallahuwalam. Dan Al-quraan tersusun rapi di dalam rak-rak tersebut. Akibat suasana yang sesak dan padat aku terpisah lagi dengan Ryn. Aku teruskan saja solat sunat dan solat hajat. Selesai memberi salam, aku toleh kiri-kanan, nampak sedikit kelonggaran. Guard-guard masjid pun tidak 'segarang' waktu siang. Maka aku angkat lagi takbir, solat taubat. Alhamdulillah, aku sempurna memanjatkan doa untuk anak-anak, famili dan jua sahabat-sahabat yang telah menitip pesan. Di luar, aku terus ke rak kasut. Allahuakbar, semua rak bersih. Takpe lah, aku terus mengatur langkah untuk balik kehotel. Di mulut pintu masjid, aku terkaku. Subahanallah. mataku jatuh pada selonggok besar kasut-kasut yang dikumpulkan pembersih di tepi tangga sebelah kanan ku. Oh rupanya kasut-kasut yang hilang itu bukan diambil jemaah, tetapi dikeluarkan oleh pembersih masjid. Alhamdulillah, untuk kali keduanya kasut 'kambing biri-biri' ku terselamat lagi(lupa bagi tahu yang aku tidak memakai kasut 'kambing biri-biri' saat pertamakali aku kehilangan kasut selepas lawatan Rawdah). Kebetulan aku memakai sandal sport bang Mat yang ringan itu. Kesian bang Mat, dua kali sandalnya jadi mangsa ku Dari jauh, nampak kelibat Ryn berjalan 'inggut-inggut' menghampiri ku. Rupanya Ryn pun menerima nasib yang serupa. Kami terus menggali kasut-kasut yang mahu dibuang itu. Kalau-kalau masih ada rezki kami. Tapi hampa. Kami pulang dengan tangan kosong. Esoknya, solat Subuh, kami terlewat sedikit, jadi kami cuma dapat sof betul-betul di sebelah rak-rak kasut yang di letakkan di tepi dinding. Kuasa Tuhan yang menentukan segalanya. Usai solat, Ryn menahan ku. "Jom, kita cari kasut". Lalu kami pun menarik rak-rak yang penuh dengan kasut itu keluar sedikit, cukup-cukup untuk badan kami masuk. Beberapa minit mencari, Ryn menjerit halus, sebelah kasutnya telah ditemuinya. Aku yang berada selang sebuah dari rak Ryn, pun jua sama. Tapi aku lebih bernasib baik, sandal bang Mat, ku temui berpasangan. ~Sekapur Sirih~
|
| Jid June 26, 2009 02:59 PM PDT Syukurrrr.. alhamdulillah... tak terbayang longgokan kasut tu di mata kasar... | ||
| kakmOn June 29, 2009 11:26 AM PDT Jid kalo jid semunyi bawah longgokan kasut tu pun tak nampak tau :D | ||
| Leave a Comment: |