|
Kau sinaran bulan Menyerikan bitang-bintang Kaulah fajar yang menerbitkan pagi Kau sirami embun Menyegarkan pepohonan Kau bukakan tabir siang untuk Kau berikan mama Kasih sayang maha suci Betapa agungnya Tiada ternilaikan Oh mama, oh mamaku Tiada cinta yang suci Setulus cintamu Ku suntingkan mama Sekuntum mawar putih Sebagai lambang kesucian cintaku Lirik : Sharifah Aini ~Sekapur Sirih~
Hari ini tanggal 2hb Julai 2009, bermakna bonda telah lima tahun
bersemadi di SANA. Tetiba malam ini rasa sedih, rindu menyelubungi
diri. Wajah bonda datang lagi di bingkai-bingkai potret memori.
Ceritera duka itu tergambar kembali di layar mata.
Memori di pagi jumaat, 2hb Julai 2004, di wad ICU Ripas, tiada bicara, mata terkatup, hanya debur nafas yang semakin lemah. Akhirnya bonda pergi jua dengan aman. Ya Tuhan... moga KAU mengampunkannya dan merahmatinya. Al-Fatihah buat bonda
|
| Jid July 6, 2009 05:51 PM PDT al-Fatihah.... | ||
| kaksu July 31, 2009 11:20 PM PDT al-Fatihah | ||
| Leave a Comment: |