Entry: Cinta Belacan Friday, December 03, 2010



Bila rindu mengenyam rajuk, gebar biru menyimpan pujuk



Cuti sekolah hujung tahun sudah tiga hari bermula. Dan tiga hari juga anak-anak Jefri  bergubang di rumah tahap bosan yang tidak dapat diselamatkan. Hujan masih turun tapi tidak selebat tadi.
Di ruang belakang Wana masih bermain dengan pensel kaler dan crayon. Melukis sesuatu objek berpusar-pusar dengan warna merah, biru dan ungu. Wana sedang melukis angin ribut yang baru saja di lihatnya menerbangkan pasu-pasu bunga di  taman belakang. Syasya dan Aqil sudah siap dengan but getah dan kut hujan bermain di luar. Mendengar  suara riuh di luar, Wana terhenti melukis, lalu berdiri dan mengintip di jendela kaca.

Kelihatan  Syasya sedang mengejar Aqil dengan payung Dora warna merah jambu di tangannya. Aqil tiba-tiba ter jatuh betul-betul di dada lopak kecil yang penuh dengan air hujan. Syasya sudah terkekih-kekih ketawa dan menguhulurkan tangannya kepada Aqil untuk membantu Aqil berdiri. Dengan secepat kilat Aqil menarik tangan Syasya sekuat tenaga.  Syasya Terus jatuh dan tersembam kedalam lopak, di sisinya, payung Doranya jua turut terebang.

"Fair and square" Aqil mengenyetkan matanya pada Syasya, lalu membuka dua tapak tangannya pada Syasya  "Low five"

Syasya terus menyambut dan menepuk tangan Aqil  dan menyambung "Hi five"

Kemudian mereka berdiri dan bersinggulan sambil bernyanyi serentak "Too slow"  

Aqil dan Syasya menghentakkan kaki mereka kuat-kuat seperti kadet askar sedang berlatih kawat.  Air lopak bertebaran memercik ke muka mereka. Mereka sungguh-sungguh berseronok di  dalam lopak kecil itu tanpa menghiraukan ada mahluk lain lagi sedang memerhatikan mereka dekat-dekat situ juga.

Wana tiba-tiba teringin menyertai mereka dan berlari keluar mendapatkan Aqil dan Syasya.  Aqil buka lagi kedua tangannya buat Wana. Wana sudah siap menepuk tangan Aqil dengan mata bercahaya. Mereka berhi-5 lagi, kegirangan.

Wana mula bernyanyi hujan turun. Aqil an Syasya terus jadi backup singer di belakang.  Taman belakang sudah riuh dengan suara gempar mereka bertiga. Katak pun tak berani lagi bernyanyi. Burung murai yang kesejukkan di atas pokok cuma memerhati tingkah anak-anak riang ribena yang sedang bersuka ria.

Hujan turun
Hujan turun
Di sini
Di sini
Mari kita mandi
Mari kita mandi
Pik pik pik
Pik pik pik

Di belakang mereka, Jefri sudah siap dengan kayu panjang . Pik pik pik, kayu panjang sudah singgah di punggung Aqil. Syasya terkejut. Wana sudah mahu pengsan saat itu juga. Syasya tidak mati akal terus menarik tangan Wana lari bagai pelari pecut seratus meter ke dalam rumah. Menyelamat diri dari habuan kayu panjang Jefri.

 "Tok Umi tolong..  Tolong. Abah nak pukul Wana"  Wana sudah mula menangis dan cuba mencari bantuan perlindungan pada tok Umi yang selalu berpihak apa jua kesalahan yang dilakukannya. Lantai ruang famili sudah basah  oleh mereka berdua. Wana berlari terus kedapur mencari tok Umi. Syasya naik ke ruang atas lalu bersembunyi di bawah katil di dalam biliknya.

Tok Umi tiada di dapur. Lalu Wana berlari lagi ke dalam kamar tidur tok Umi. Tanpa mengetuk pintu, Wana terus masuk ke dalam. Kaki Wana tiba-tiba terpaku, matanya terhenti pada selimut biru air laut yang menelan seluruh badan tok Umi. Ada satu perasaan ganjil menyelinap masuk ke dalam hatinya. Kenapa tok Umi tidur dengan membungkus kepala? Tak pernah pun tok Umi buat begini. Kata hati Wana. Perlahan-lahan Wana merapati tok Umi dan meletakkan tangannya pada hujung kaki tok Umi. Terasa ada bahang panas meresapi tangannya.

Wana panggil tok Umi perlahan seakan berbisik "Tok Umi. Tok Umi demam ek?" Tiada jawaban. Wana tarik selimut biru perlahan. Mata tok Umi merah dan sembab.

"Tok Umi menangis ek?" Jari Wana cepat meramas pundak tok Umi. Panas.

~Sekapur Sirih~

Tak tahu kenapa hati tetiba gusar. Kaki mentua makin bengkak kedua-duanya. Langsung tidak dapat diangkat. Di bawa ke doktor, semuanya baik. Tekanan darah normal. Ujian darah bersih. Gambar X-Ray, tiada tulang yang terseliuh ataupun retak. Hati tiba-tiba berperasangka..

Dua hari lepas aku cuba jadi bomoh tak bertauliah. Kuliah Mufti jadi panduan ku. Aku tumbuk segenggam jintan hitam dan tiga camca madu dan sedikit minyak kelapa. Lalu kaki mentua yang bengkak itu kubalut bersama jintan yang ku buat tadi dengan bacaan fatihah tiga kali. Harap-harap sakit kakinya sembuh. Subuhnya aku bermimpi buruk. Mentua lalu ku jenguk di kamar tidurnya. Alhamdulillah bengkaknya berkurangan sedikit. Tapi masih tidak boleh berjalan.

Dan malamnya aku ajak lagi bang Mat berjumpa ustaz dari Darul Syifa itu. Setelah siap dijampi dengan ayat-ayat Al-Quraan dan dibekalkan dua botol besar air jampi, kami pulang dengan harapan Allah akan menyembuhkan penyakit mentua. Sampai ke rumah sudah lewat 10:30 malam.

Paginya sang mentua mengadu lagi, dia bermimpi kakinya dikelilingi dengan anak-anak patung yang banyak. Dan anak-anak patung itu tanpa tangan dan kaki. Subhanallah. Ya Allah lindungilah kami daripada kejahatan manusia, jin dan syaitan.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments