Entry: Warna Saturday, December 18, 2010



Sejak mentua di rumah dan tetiba jatuh sakit, hariku jua turut bertukar warna. Tidak terasa masa begitu pantas berlari. Jika bisa kuputarkan ke belakang waktu itu seperti mana tombol mesin pengadun kek ini, mungkin aku bisa berkicau hari-hari di sini, seperti burung di taman belakangku itu.

Sebentar lagi 2011 akan mengetuk. Dan kerjaku semakin bertimbun. Alangkah bahagianya jika longgokan kerja-kerja itu adalah timbunan emas berlian... Aku pasti dapat duduk di rumah tanpa perlu memikirkan 'perjalanan awangan' itu...

Dalam keresahan itu aku cuba bersahabat dengan pensel, berus dan warna, menghamparkan apa yang tertinta di hati.

Dan ruang makmal kecil itu menyaksikan kecintaan dan keresahanku.

~Sekapur Sirih~

I found I could say things with color and shapes that I couldn't say any other way -
things I had no words for. ~ Georgia O'Keeffe 

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments